Monday 7 January 2013

PELIK !!! USTAD MC DEE DAPAT SLOT DI ASTRO KERANA ANWAR ???


Riuh rendah dengan gelak hilai terbahak bila Ustaz Azhar Idrus buat lawak di setiap ceramah beliau. Biasanya pendengar akan ketawa pecah masjid bila sessi soalan bermula dan Ustaz Azhar akan menjawab dengan selamba bersulam jenaka dan logik akal.

Dari seorang 'Ustaz Kampung' yang naik dan turun mengajar di surau-surau sekitar bandar Kuala Terengganu antara waktu solat maghrib dan isyak, beliau melangkah gagah naik dan turun masjid-masjid sekitar Terengganu hinggalah beliau mula dipanggil naik ke pentas ceramah politik Pas Terengganu kerana keberanian yang beliau tunjukkan semasa kuliah 'agama' dengan menghentam dan menghina Kerajaan Pusat, BN dengan kata-kata yang popular, "boddo", "menatang" dan pelbagai hukum yang beliau cipta sendiri sebagai "ahli fatwa bebas".

Kini, beliau bersama kumpulan penggerak mayanya sendiri mula melangkah ke hadapan meninggalkan ustaz-ustaz yang lain dalam kaedah penyebaran ilmu melalui Youtube dan juga medium internet yang lain. Samada ilmu itu ilmu yang bermenafaat atau ilmu yang sekadar membaca kitab tulisan orang lain atau sessi soal jawab lawak jenaka. BERITA SELANJUTNYA D
I[SINI]


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive