Thursday 31 January 2013

"SAYA DI HUMBAN TANPA PROSEDUR YANG DITETAPKAN" - USTAD NASHA

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mendakwa penggugurannya daripada Ahli Majlis Syura Ulama parti itu tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. 

Beliau mendakwa pemecatan itu bukan saja tidak dimaklumkan melalui prosedur biasa, malah mengakui tidak pernah menerima sebarang surat tunjuk sebab berhubung perkara berkenaan. 


Ahli Parlimen Bachok itu berkata, walaupun digugurkan daripada jawatan itu, perjuangan untuk mendaulatkan Islam tidak akan terpadam dan beliau akan bergerak dengan mana-mana pihak yang memperjuangkan Islam di negara ini. 

“Saya tidak terima sebarang surat sehingga kini, saya tidak tipu. Saya hendak tengok hitam putih mungkin disebut alasannya (pemecatan), tapi kalau ikut prosedur ia (cara pemecatan) tidak berapa kena. 

“Kalau ikut prosedur ia kena ada surat tunjuk sebab misalnya dan diikuti beberapa prosedur lain, tetapi sehingga kini saya tidak dimaklumkan apa-apa, saya hanya mengetahuinya melalui media,” katanya ketika ditemui selepas sesi taklimat penubuhan ‘Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan’ di sini, semalam. 

Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat 13 Januari lalu menggugurkan Nasharudin daripada jawatan selaku ahli majlis itu dengan alasan beliau gagal memberikan komitmen termasuk tidak menghadiri banyak mesyuarat.

Ditanya sama ada akan bertindak meninggalkan parti itu, Nasharudin berkata beliau hanya digugurkan daripada jawatan Ahli Majlis Syura namun menyifatkan wujud usaha untuk memecatnya daripada PAS. 

Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan lawatannya ke Gaza bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi punca utama PAS untuk menyingkirkannya daripada memegang sebarang jawatan dalam parti. 

“Ada kemungkinan, kerana penyataan terbuka (PAS) selepas saya pulang dari Gaza, sedangkan sebelum ini saya pernah pergi banyak tempat dan saya pernah mewakili Speaker (Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia) berucap pada persidangan di luar negara. 

“Malah, saya pernah menyertai banyak rombongan bersama kerajaan sebelum ini, tetapi kemungkinan isu Gaza ini dijadikan penyebab (untuk dipecat),” katanya. 

Sementara itu mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa beliau tidak akan dicalonkan, Nasharudin berkata: 

“Menjadi calon pilihan raya bukan agenda besar saya menyertai PAS, bagaimanapun saya bersyukur dan lega kerana akan terlepas satu tanggungjawab dipikulnya apabila tidak lagi dicalonkan bertanding.”

PT
Gelak sakanlah para pengikut Anwar dan juga Dap kerana berjaya menghumban keluar Ustad Nasha dari Majlis Syura. Nampaknya semakin hari semakin kuranglah ulamak yang berada dalam Pas...Pas semakin hancur !!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive