Saturday 12 January 2013

[VIDEO] KEMALANGAN DAN KENDERAAN JPJ DIBAKAR !!!



Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.

Pegawai penyiasat trafik polis daerah Manjung, yang bernama Nurul, memberitahu Malaysiakini bahawa 15 orang cedera dalam kemalangan tersebut, dengan tiga daripadanya dirawat di hospital, kerana cedera parah.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.

Saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu.

Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah "bakar!"

Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api.


 

TAPI INI CERITA SEBENAR YANG BERLAKU DISITU..

Kenderaan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sri Manjung dirosakkan dan diterbalikkan orang awam kerana didakwa punca kemalangan di lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Methodist pekan Air Tawar dekat sini, Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung DSP Ahmad Mat Isa berkata dalam kejadian 12.20 tengah hari itu, pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner dinaiki tiga anggota JPJ berhenti di lampu isyarat sebelum kemalangan berlaku melibatkan dua lori, dua bas sekolah, empat kereta dan sebuah motosikal.

"Kereta JPJ itu berhenti kerana lampu merah. Semasa menunggu lampu hijau tiba-tiba lori yang membawa kelapa sawit dari arah Ipoh telah melanggar kenderaan JPJ itu kemudian membabitkan pula lapan kenderaan lain di belakang," katanya ketika dihubungi.

Ahmad berkata kira-kira 30 orang awam di kawasan itu menyerbu ke arah anggota JPJ berkenaan dan menuduh mereka menyebabkan berlakunya kemalangan itu.

"Oleh kerana takut kakitangan JPJ lari meninggalkan kereta mereka dan menumpang kenderaan awam untuk membuat laporan di Balai Polis Sri Manjung," katanya.

Beliau berkata 15 orang yang cedera dalam kejadian itu dihantar ke Hospital Sri Manjung untuk rawatan dan polis sedang menyiasat punca kemalangan.BERNAMA

1 comment:

  1. Betul ke lori yg lgar jpj tu? Aku tengok kete jpj tu tak ada kemek ape pun?? Apesal lori tu yg plak yg remuk teruk?? Haa tolong jawab

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive