Saturday 12 January 2013

#KL112 - OSTAZAH ARBAAYAH KATA HKR GAGAL !!!!

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang diadakan di Stadium Merdeka telah pun selesai dengan jayanya. Apabila rujuk tweet pelakon Abby Abadi seperti dalam gambar diatas, aku jadi tertanya-tanya berapa jumlah peserta yang cedera atau terkorban akibat dipukul Polis DiRaja Malaysia (PDRM) gara-gara tidak memiliki kad media pada perhimpunan tersebut..?? 

Harap Abby Abadi boleh jawab soalan aku ini. Sekiranya beliau tidak boleh jawab, sudah terang-terang beliau dengan warasnya sengaja membuat fitnah kepada PDRM demi mencemar dan membusukkan nama baik PDRM. Mungkin ini la hasil didikan Nik Aziz dan pemimpin Parti Islam SeMalaysia (PAS) terhadap Abby Abadi.


Adakah peserta HKR tu teraniaya ? Apa yang kerajaan lakukan kepada rakyat sehingga ostazah kepeningan boleh keluarkan kenyataan di atas ?

Menurut portal pro pembangkang iaitu Malaysiakini, seramai 100 ribu rakyat hadir pada Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 hari ni. Pemimpin pembangkang mengatakan perhimpunan tersebut berjaya. Suasana begitu berbeza pada perhimpunan kali ini berbanding perhimpunan yang diadakan sebelum ini dan ia petanda bahawa perubahan akan berlaku. 

Pembangkang target jumlah rakyat yang turun Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 1 juta. Jumlah rakyat yang hadir pada perhimpunan tersebut 100 ribu (menurut portal pembangkang Malaysiakini). Apa pemimpin pembangkang ni tak reti kira ke..?? 100 ribu bukan 1 juta. Jadi perhimpunan kali ni gagal. Suku dari target pun tak sampai. Kalau sampai mengira pun dah tak reti, aku rasa elok pemimpin pembangkang pergi masuk darjah satu belajar subjek matematik balik . -

Mengikut laporan polis hanya sekitar 45k  sahaja peserta dan bukan seperti yang dinyatakan oleh si Apek Chua Jui Meng dalam tweetnya....


Kalau dah biasa menipu, menipu jugak la akhirnya....PR memang sudah sinonim dengan Penipu Rakyat !!!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive