Saturday 26 January 2013

75% MAYAT MENYERUPAI WILLIAM YAU ZHENG ZHONG - POLIS

Penantian mengesan Adik William Yau Zhen Zhong yang dilaporkan hilang pada 16 Jan lalu telah berakhir dengan tragedi hitam hari ini apabila mayatnya ditemui mati di jeti Sungai Sireh,Klang 6.30 petang semalam..


Ibubapanya telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang tengahari tadi (Jumaat) untuk mengenalpasti mayat kanak-kanak tersebut mengesahkan bahawa itu ialah mayat anaknya berdasarkan seluar dan seluar dalam pada mayat sama dipakai oleh William pada hari kehilangannya.

Willian, anak kedua daripada 3 beradik dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights dekat Subang Jaya selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ.

Setakat ini, pihak polis mengesahkan bahawa 75% itu mayat Willian sehingga laporan DNA dikeluarkan secara rasmi...

OCPD Subang Jaya ,Yahaya Ramli memberitahu wartawan mereka menjangka akan dapat laporan DNA pada hari Isnin ini.

Menurut Yahaya, bedah siasat tidak dapat dijalankan kerana mayat Willian telah reput. Mayat Willian ditemui mengalami beberapa kesan gigitan binatang semasa terapung di sungai.

Berita kehilangan Willian mendapat liputan dan perhatian banyak pihak. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin turut menunjukkan gambar William ketika sesi sidang akhbar lawatannya di Melaka tempohari. -  Putrajaya Online

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive