Wednesday 16 January 2013

"MEMANG SENGAJA NAK GULINGKAN BN" - MAT SABUN

KUALA LUMPUR - Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu tidak menolak sasaran Pakatan Rakyat (PR) mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi pihaknya mahu mencapai misi itu menerusi pilihan raya dan lunas demokrasi.

Katanya, PR tidak pernah dan tidak akan mencapai sasaran itu dengan mengadakan perhimpunan atau demonstrasi jalanan.


"Tipu kalau saya kata tak ada. Memang kita niat nak guling kerajaan tapi melalui pilihan raya," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat Pas di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin bahawa himpunan yang turut dikenali sebagai #KL112, sebagai cuba meniru apa yang berlaku di sesetengah negara Arab dengan niat menjatuhkan kerajaan.

Hal ini kerana menurut Dr Mahathir, pembangkang sudah merasakan mereka tidak boleh menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Jadi mereka berharap dengan meniru, dapat menjatuhkan kerajaan, sedangkan kerajaan negara ini bukan seperti di negara Arab, bukan kerajaan kuku besi, ia adalah kerajaan yang dipilih rakyat.

"Apa yang mereka tiru itu bukan cara demokrasi... jika nak adakan perhimpunan atau demonstrasi perlulah ada alasan, tetapi bukanlah demonstrasi mengenai Shamsidar (Taharin). Jadi seolah-olah bila ada sahaja kes mahkamah, kena adakan demonstrasi," beliau dipetik sebagai berkata.

Bahkan menurut Dr Mahathir, himpunan anjuran pembangkang juga mewujudkan keadaan serba salah kepada pihak berkuasa yang menjaga hal-hal keselamatan negara.

Himpunan #KL112 yang berlangsung di Stadium Merdeka, Sabtu lalu mengundang pelbagai reaksi positif termasuk Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada pembangkang kerana semua pihak menghormati Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

PT
Bodoh betul kaum pakatan rakyat ni..mat sabu..kaki tibai bini orang..kan dah janji pada pihak polis masa perhimpunan akan patuh pada syarat syarat yg telah ditetapkan..jadi sekarang kena lah tanggung akibat nya.Pas tetap Pas, bohong telah menjadi makanan ruji mereka. Kalau tak bohong mereka tak boleh hidup dan akan mampus dalam masa beberapa hari.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive