Saturday 12 January 2013

[FOTO] BANTAH BONCENG MENGANGKANG DI ACHEH !!!





Duduk mengangkang bagi perempuan saat membonceng motor dilarang di Lhokseumawe, Aceh. 


Berita dari agensi barat, yang tentu bukan rakan baik perjuangan Islam. Berita itu menonjolkan seorang anggota kumpulan hak asasi manusia, menggesa pemerintah Indonesia menyekat cadangan pelaksanaan undang-undang Islam edisi Aceh, malam semalam. Begini bunyinya..

Aktivis tentang cadangan undang-undang membonceng
JAKARTA - Seorang anggota kumpulan hak asasi manusia semalam menggesa pemerintah Indonesia untuk menyekat cadangan pelaksanaan undang-undang yang melarang wanita daripada duduk seperti lelaki ketika membonceng motosikal bersama kaum Adam di bandar Lhokseumawe, Aceh.

Wanita-wanita yang duduk dengan mengangkang kaki mereka itu dianggap sebagai posisi yang tidak sopan. Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah. Datuk Bandar Lhokseumawe, Suaidi Yahya pada Isnin lalu mengedarkan surat penjelasan tentang perlunya undang-undang tersebut dilaksanakan.

Menurutnya, ia bertujuan untuk mengelak perbuatan yang tidak bermoral. Bagaimanapun, seorang aktivis hak-hak wanita, Roslina Rasyid berkata, pelaksanaan itu akan menyebabkan ciri-ciri keselamatan semasa menunggang motosikal telah diabaikan. Beliau merupakan anggota Persatuan Bantuan Guaman Wanita Indonesia.

Ini pula b
erita tunjuk perasaan bogel di sebuah mall Brazil, oleh aktivis Femen yang sedang sedang bergelut ditangkap polis...

Aktivis ini memberontak ketika diamankan pihak kepolisian saat berunjuk rasa menentang keseronokan wisatawan di Brasil.
Aktivis ini memberontak ketika diamankan pihak kepolisian saat berunjuk rasa menentang keseronokan wisatawan di Brasil.
Aktivis ini memberontak ketika diamankan pihak kepolisian saat berunjuk rasa menentang keseronokan wisatawan di Brasil.

Anggota kumpulan hak aasi manusia, Femen atau sekandang dengannya, konon ingin membela kaum wanita, tetapi membantah sikap kerajaan Aceh, yang juga untuk membela dan menaikkan maruah muslimatnya.

Soalnya mana lebih bermaruah, melindungi wanita berpakaian dan lagak sopan seperti di Aceh, berbanding dengan mengerahkn anggotanya berbogel atau separuh bogel di khalayak ramai bertempur dengan polis seperti di Brazil dan lain-lain negara? - Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive