Thursday 10 January 2013

ADAKAH ANWAR AKAN BAYAR SEGALA KERUGIAN PENIAGA SABTU INI ???

Himpunan Kebangkitan Rakyat : Nampaknya, trend membuat demonstrasi sudah menjadi sebati dengan Parti Politik Pkatan Rakyat, yang sebelum itu, telahpun menjalankan demonstrasi Bersih 2.0 pada tahun 2012 yang lepas.Dalam Bersih 2.0 tempohari, macam-macam cerita dan kerosakan yang kita dengar, hingga melibatkan pihak berkuasa yang turut cedera dalam huru-hara tersebut.

Himpunan Kebangkitan Rakyat?
Kali ini, di kalangan penganjur yang sama  semasa Bersih 2.0 tempohari, ingin melancarkan pula satu lagi perhimpunan yang dikatakan lebih besar daripada sebelumnya iaitu “Himpunan Kebangkitan Rakyat”. Ianya bakal di adakan di Stadium Merdeka , pada hari Sabtu, 12 Januari 2013 ini yang akan bermula dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Dan daripada sumber, permohonan pihak penganjur untuk mendapatkan Stadium Merdeka sebagai tempat “Himpunan Kebangkitan Rakyat”, mungkin tidak akan diluluskan, oleh kerana pihak pengurusan Stadium yang masih lagi berdolak-dalih untuk bertemu penganjur dalam hal tersebut.

Itu tidak menghairankan kami kerana dalam kes Bersih 2.0 tempohari juga, semasa mereka meminta Dataran Merdeka untuk dijadikan tempat berhimpun, ianya tidak diluluskan, namun diberikan tempat ke Stadium Merdeka. Dan kali ini, pihak penganjur, yang terdiri daripada ahli politik DAP, PAS, dan PKR meminta Stadium Merdeka pula sebagai platform perhimpunan .

PT
Apakah motif sebenar Pakatan mengadakan perhimpunan ini.Adakah sengaja untuk meraih simpati rakyat untuk menutup segala kelemahan dan keburukan pakatan mereka.Apapun masing-masing mempunyai akal dan fikiran dan jangan kita di bodohkan oleh sikap pemimpin yang hanya reti menipu dan berbohong sepanjang masa.

Siapakah akan bayar segala kerugian yang terpaksa ditanggung oleh peniaga dan penjaja? Kerosakan dan juga kecederaan jika ada ? Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive