Showing posts with label stadium merdeka. Show all posts
Showing posts with label stadium merdeka. Show all posts

Saturday, 12 January 2013

#KL112 -[ FOTO] PAKCIK PENJUAL AIR LEBIH CERDIK DARI PENDEMO HKR ???


Puak-puak PR kata peniaga untung besar petang tadi kerana semua barang jualan habis dan keuntungan seseorang melebihi RM1000. Memang la untung mangkuk..sebab yang beli pun dari puak-puak hayun jugak...dah yang jual baju kuning,hijau,oren dan juga merah untuk puak2 mangkuk jugak kan. kalau yer pun nak buat lawak buat la lawak yang ada kelas. Bukan dok tunjuk gambar yang peniaga untung besar....Kalau kata BENGONG marah pulak....Tengok gambar di atas, peniaga tu jual apa ?

Pakcik ni bukan penyokong PR pun...saja dia pakai baju kuning supaya air mineral yang dijualnya dibeli oleh peserta mangkuk yang kehausan sebab dok menyalak dan melolong mengalahkan anjing dan serigala. Kalau dibandingkan pakcik ni dengan peserta demo jauhlah cerdik dan bijak pakcik ni. Kesiankan senang-senang kena tipu oleh pakcik sipenjual air....Ha Ha Ha Ha.....

#KL112 - STADIUM MERDEKA HAMPIR 'ROBOH' DIPENUHI 200000 PESERTA ???




BERIKUT adalah kronologi Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) yang dijadualkan akan berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada petang Sabtu:
3.13 petang: Sasterawan negara, Datuk A. Samad Said tampil membacakan puisi bertajuk 'Di atas Padang Sejarah'.
3.06 petang: Vokalis kumpulan Blues Gang, Ito tampil menyanyikan lagu bertajuk 'Ubah Sekarang'.
2.45 petang: Pengerusi DAP, Karpal Singh; Setiausaha DAP, Lim Guan Eng dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di stadium.
Peserta KL112 berjalan di Jalan Ampang menuju ke Stadium Merdeka. 
2.38 petang: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Stadium Merdeka.
2.11 petang: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tiba di Stadium Merdeka.
2.07 petang: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di Stadium Merdeka.
Sebahagian peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) sedang berkumpul di KLCC sebelum menuju ke Stadium Merdeka.
2.03 petang: Wakil mahasiswa, Safwan Anang berucap. Katanya, mahasiswa menerusia 'student power' (kuasa mahasiswa) akan terus berjuang agar PTPTN dan AUKU dimansuhkan.
1.51 petang: Ribuan peserta KL112 membanjiri Stadium Merdeka. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memulakan ucapan.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.
1.24 petang: Azan Zohor berkumandang di Stadium Merdeka. Separuh stadium sudah dipenuhi dengan para peserta KL112.
1.17 petang: Peserta dari Jalan Sultan meneruskan perjalanan ke Stadium Merdeka.
Keadaan peserta himpunan di Jalan Sultan. 
1.14 petang: Fuziah Salleh berucap di hadapan peserta di depan Stadium Bola Keranjang.
Dalam ucapannya, beliau berkata, perhimpunan itu dianjurkan bertujuan untuk menuntut sistem pentadbiran kerajaan yang adil.
Ini termasuk tuntutan agar kerajaan menghentikan projek Lynas, memberi royalti minyak dan memastikan sistem pilihan raya yang bersih dan adil.
Kumpulan peserta dari Amcorp Mall berjalan melalui Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur menuju ke Stadium Merdeka. 
Beliau turut menggesa agar semua rakyat turun mengundi pada PRU-13 nanti jika menginginkan perubahan.
1.00 petang: Peserta KL112 diminta duduk di jalan berhadapan dengan Stadium Bola Keranjang.
12.52 tengah hari: Kumpulan peserta KL112 mula bergerak ke Stadium Merdeka.
Kumpulan peserta KL112 memenuhi kawasan di hadapan Pasar Seni. 
12.45 tengah hari: Pemimpin pembangkang dan NGO berucap di hadapan peserta KL112 di Jalan Sultan sebelum bergerak ke Stadium Merdeka.
12.20 tengah hari: Hujan renyai-renyai di Jalan Tun Sambathan. Peserta tetap meneruskan perjalanan ke Stadium Merdeka.
12.15 tengah hari: Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw tiba menyertai peserta di Jalan Sultan.
Peserta berkumpul di jalan menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Sultan.
Kumpulan penyokong KL112 berjalan di Jalan Ampang menuju ke Stadium Merdeka. 
12.10 tengah hari: Unit Amal PAS menunggi di Little India, Brickfields untuk bergabung dengan kumpulan peserta dari Amcorp Mall sebelum menuju ke Stadium Merdeka. Keadaan trafik sesak.
12.08 tengah hari: Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Teck berucap menggunakan pembesar suara di hadapan peserta yang berkumpul di Jalan Sultan.
12.02 tengah hari: Peserta KL112 yang berkumpul di Jalan Sultan menyanyikan lagu 'Rasa Sayang' beramai-ramai.
11.50 pagi: Jumlah penyokong bertambah dan membanjiri Jalan Sultan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Adam Adli (kanan) yang merupakan wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyampaikan ucapan di hadapan peserta di Masjid Ar-Rahman dekat Universiti Malaya (UM). 
11.14 pagi: Kumpulan peserta melepasi Dataran Maybank, Bangsar. Polis trafik mengawal lalu lintas.
11.25 pagi: Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh tiba di Jalan Sultan. Menurut beliau, kumpulan penyokong KL112 di Jalan Sultan akan bergerak menuju ke Stadium Merdeka kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
11.00 pagi: Kumpulan peserta KL112 semakin ramai di sepanjang Jalan Bangsar. Mereka bergerak menuju ke Brickfields. Kumpulan mahasiswa turut kelihatan.
Trafik sedikit sesak namun masih terkawal. Kelihatan juga pegawai pemerhati daripada Majlis Peguam ditempatkan.
Sebahagian peserta KL112 yang duduk di jalan berhadapan dengan Stadium Bola Keranjang. 
10.35 pagi: Kumpulan peserta KL112 dari Amcorp Mall bergabung dengan kumpulan peserta yang berkumpul di UM.
10.20 pagi: Kumpulan peserta mula memasuki Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur. Mereka berjalan di lorong kecemasan. Keadaan trafik lancar.
10.05 pagi: Pasukan Unit Amal PAS mula membuat kawalan di sekitar Jalan Sultan. Jumlah peserta himpunan semakin bertambah.
10.05 pagi: Peserta mula berjalan menuju ke Universiti Malaya (UM) secara berpasangan. Keadaan terkawal.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersemangat ketika memberi ucapan di hadapan peserta KL112 di Majid Ar-Rahman dekat UM. 
10.00 pagi: Jumlah penyokong KL112 di Jalan Sultan semakin bertambah. Suasana sekitar kawasan bising dengan tiupan "vuvuzela".
9.00 pagi: Peserta perhimpunan berkumpul di Amcorp Mall, Petaling Jaya untuk berarak ke Stadium Merdeka pada pukul 10 pagi.
Peserta terdiri daripada anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan orang awam, antara yang akan berjalan bersama kumpulan ini termasuk Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Peserta dijangka akan berjalan dari sini yang merupakan lokasi pertama dan paling jauh yang akan dilalui oleh peserta perhimpunan untuk sampai ke Stadium Merdeka.
8.45 pagi: Sekumpulan penyokong KL112 dari Johor mula berkumpul di Jalan Sultan berhadapan dengan Kompleks Selangor.
Kumpulan berkenaan memakai kemeja-T kuning dengan tulisan 'Kuasa Rakyat KL112'.
Tapi yang pelik dan anehnya Stadium Merdeka hanya muat kapasiti 25000 orang tetapi kenapa Malaysiakini melaporkan peserta melebihi 100000 orang ?

#KL112- BAYI SEKECIL INI JUGA MENJADI MANGSA KERAKUSAN IBUBAPA ???

Inilah bahananya mempunyai mak bapak yang rendah IQ. Tak terfikirkah di kepala otak dua ibubapa ni? Kalau ya pun nak sokong pakatan kena juga fikir keselamatan bayi yang sekecil itu.PT tak tahu nak kata apa bila melihat foto bayi menjadi mangsa  ketaksuban ibubapa sendiri.

Kepada pihak kerajaan WAJIB mengenakan hukuman yang sewajarnya kepada dua manusia ni yang sengaja membabitkan bayi mereka di HKR112 NI.

Barangkali mereka telah diarah berbuat demikian dengan menjadikan bayi sebagai perisai jika pihak betkuasa hendak bettindak.

Adakah perbuatan sengaja menempah bahaya telah dihalalkan oleh para ulamak Pr atau Hj Hadi telah membuat fatwa baru?

Thursday, 10 January 2013

ADAKAH ANWAR AKAN BAYAR SEGALA KERUGIAN PENIAGA SABTU INI ???

Himpunan Kebangkitan Rakyat : Nampaknya, trend membuat demonstrasi sudah menjadi sebati dengan Parti Politik Pkatan Rakyat, yang sebelum itu, telahpun menjalankan demonstrasi Bersih 2.0 pada tahun 2012 yang lepas.Dalam Bersih 2.0 tempohari, macam-macam cerita dan kerosakan yang kita dengar, hingga melibatkan pihak berkuasa yang turut cedera dalam huru-hara tersebut.

Himpunan Kebangkitan Rakyat?
Kali ini, di kalangan penganjur yang sama  semasa Bersih 2.0 tempohari, ingin melancarkan pula satu lagi perhimpunan yang dikatakan lebih besar daripada sebelumnya iaitu “Himpunan Kebangkitan Rakyat”. Ianya bakal di adakan di Stadium Merdeka , pada hari Sabtu, 12 Januari 2013 ini yang akan bermula dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Dan daripada sumber, permohonan pihak penganjur untuk mendapatkan Stadium Merdeka sebagai tempat “Himpunan Kebangkitan Rakyat”, mungkin tidak akan diluluskan, oleh kerana pihak pengurusan Stadium yang masih lagi berdolak-dalih untuk bertemu penganjur dalam hal tersebut.

Itu tidak menghairankan kami kerana dalam kes Bersih 2.0 tempohari juga, semasa mereka meminta Dataran Merdeka untuk dijadikan tempat berhimpun, ianya tidak diluluskan, namun diberikan tempat ke Stadium Merdeka. Dan kali ini, pihak penganjur, yang terdiri daripada ahli politik DAP, PAS, dan PKR meminta Stadium Merdeka pula sebagai platform perhimpunan .

PT
Apakah motif sebenar Pakatan mengadakan perhimpunan ini.Adakah sengaja untuk meraih simpati rakyat untuk menutup segala kelemahan dan keburukan pakatan mereka.Apapun masing-masing mempunyai akal dan fikiran dan jangan kita di bodohkan oleh sikap pemimpin yang hanya reti menipu dan berbohong sepanjang masa.

Siapakah akan bayar segala kerugian yang terpaksa ditanggung oleh peniaga dan penjaja? Kerosakan dan juga kecederaan jika ada ? Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive