Tuesday, 31 July 2012

KELUARGA MAHU PUNCA SEBENAR MENGENAI KEMATIAN SYALEZA !!!


Pihak polis semalam telah mengesahkan membuat penahanan suami seorang Eksekutif Wanita TV9 yang di temui mati dirumahnya kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suami mangsa yang berusia 31 tahun itu ditahan di Segamat, Johor kira-kira pukul 10.15 malam bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan.


Katanya, pihaknya mengklasifikasikan kes kematian Syaleza (eksekutif Wanita ) di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kita sudah buat penahanan (suami Syaleza) di Segamat, Johor dan kita bawa beliau ke sini (Selangor). Kita cuma tahan untuk siasatan lanjut dan reman seminggu bermula hari ini,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Bagi keluarga arwah pula, beliau reda dan menganggap kejadian itu sebagai ketentuan Ilahi, namun mereka tetap mahu punca sebenar kematiannya disiasat.

Bapa mangsa, Jaffar Bakri, 60, berkata, keluarganya yang masih diselubungi perasaan sedih dan terkilan kerana punca dan cerita sebenar mengenai kematian mengejut anak keduanya itu masih belum jelas.



Keluarga Syaleza Mahu Punca Sebenar

Polis Tahan Suami Eksekutif TV9, Keluarga Mahu Punca

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive