Friday, 27 July 2012

SAMA2 DOAKAN KESELAMATAN UMAT ISLAM ROHINGYA DI MYANMAR




Hari ini adalah Jumaat pertama seluruh umat Islam di Malaysia kira- kira 8 juta orang menunaikan solat Jumaat untuk pertama kalinya bagi Ramadhan 1433 H.

Mapim menganjurkan supaya semua 6,400 lebih masjid diseluruh negara membaca khutbah khas untuk menyedarkan umat Islam mengenai isu pembunuhan umat Islam Rohingya di Myanmar.

Ketika pergolakkan umat Islam berlaku diseluruh dunia, mahu tidak mahu isu penghapusan etnik Rohingya Muslim di Myanmar yang sudah terlalu lama dideritai seharusnya mendapat perhatian utama. Malah etnik Rohingya telah dianggap oleh PBB sebagai salah satu bangsa paling tertindas didunia.

Pembunuhan kini disemarakkan lagi dengan puluhan ribu lagi yang maut ditembak, disembelih dan dibakar. Berita mengenai kezaliman luar biasa ini malangnya tidak diketahui oleh dunia.

Insiden yang sedang berjalan sekarang semakin mengerikan kerana masjid dan perkampungan turut dibakar, mayat-mayat dicampak ke laut dan gadis-gadis diperkosa sampai mati.

Mapim dengan itu menyeru agar seluruh umat Islam di negara ini pada hari ini hendaklah mengambil peluang untuk mengadakan majlis munajat khas kepada Allah agar Umat Islam dilindungi dari kezaliman yang menimpa mereka dimana sahaja mereka berada khusus yang berlaku di Myanmar.

Sesungguhnya kejadian di Myanmar sangat melukai hati Umat Islam. Di mana sahaja Umat beragama lain hidup di Negara Umat Islam , ternyata hak mereka terjamin dan mereka dapat hidup dalam keadaan yang sungguh aman dan selesa. Akan tetapi di Negara bukan Islam , Umat Islam sering berhadapan dengan ancaman dan penindasan.

Jadikanlah solat Jumaat hari ini sebagai hari Solidariti Umat Islam membela nasib Umat Islam Rohingya. Adakan himpunan agar mendidik masyarakat supaya mempunyai sensitivit yang tinggi terhadap nasib saudaranya seagama.


Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive