Friday, 20 July 2012

PARLIMEN DIJANGKA BUBAR SEPTEMBER 2012 ??



Laman pro pembangkang, suarapakatanrakyat.com meramalkan tarikh Pilihanraya Umum ke-13 akan dilakukan pada bulan September 2012.
“Semua ini bagi memastikan pilihanraya umum dapat diadakan pada bulan September ini, iaitu pada bila-bila masa antara tempoh selepas hari raya dan sebelum pembentangan bajet 2013 diadakan,” ramal laman itu.

Sementara itu, difahamkan Suruhajaya Pilihanraya (SPR) telah meluluskan lima badan pemikir untuk menjadi pemerhati bebas dalam PRU 13.

Badan-badan tersebut adalah IDEAS (Institute for Democracy and Economic Affairs), ASLI (Asian Strategy and Leadership Institute), TIM (Transparency International-Malaysia), PROHAM (Promotion of Human Rights) dan Merdeka Center.

Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan ketika memberitahu Malaysiakini meluahkan kekecewaan kerana badannya tidak dipilih oleh SPR, sedangkan ABIM berpengalaman dalam PRU dan pernah berkerjasama dengan MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections) semasa Pilihanraya Umum 1999.

Walaupun mempertikaikan krebiliti dan pengalaman kelima-lima badan yang diluluskan SPR itu, namun ABIM menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan badan-badan tersebut.

PT
Kuasa memilih pemerintah berada di tangan rakyat. Pastikan PRU13 tidak berlalu sia-sia, tidak kira bila ia menjelma. Bijak memilih, negara bersih.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive