Friday, 13 July 2012

ARTIS BUKAN AHLI POLITIK DAN BUKAN BIJAK - WARDINA



“Bagi saya, kalau hendak berubah ke arah lebih baik, buat perubahan pada diri.

“Bila diri kita berubah ke arah yang lebih positif, Insyaallah keadaan akan turut berubah,” kata Wardina Safiyyah ketika dihubungi MyNewsHub hari ini.

Ujarnya, itu menjadi hak masing-masing untuk melakukan perubahan pada diri mereka melalui apa cara yang dirasakan betul sama ada melalui pengajian agama, berguru dengan yang arif, serta banyak lagi.

“Mungkin mereka rasa politik mampu mengubah mereka ke arah yang lebih baik,” kata Wardina.

Menurutnya, segelintir selebriti yang memilih platform politik untuk merubah diri mereka pastinya telah berfikir dengan mendalam berkenaan pembabitan mereka dalam parti tersebut dan itu menjadi hak mereka.

“Selebriti atau artis itu bukanlah ahli politik, mereka bukan golongan yang bijak pandai menyuarakan sesuatu isu berkaitan politik,” ujar Wardina.

Wardina diminta mengulas berkenaan isu segelintir artis yang menggunakan platform politik untuk mengubah diri mereka ke arah yang lebih positif.

Semenjak demam pilihanraya umum ke-13 semakin memuncak, beberapa selebriti tanah air telah memilih medium politik sebagai cara untuk merubah diri mereka ke arah yang lebih positif.

Mereka bukan sahaja ingin merubah diri bahkan sebaliknya hingga ada yang bersifat radikal serta ‘agresif’ memperjuangkan parti.

Jika kita lihat, ramai selebriti yang mula malah ada yang sudah bertahun-tahun menunjukkan perubahan ke arah yang lebih positif seperti Wardina Safiyyah, Irma Hasmie, Aizat Amdan, Diana Amir, Yatt Hamzah, dan Heliza Helmi di mana mereka tidak memilih jalan politik sebagai perubahan.

Namun, jika benar ada di antara mereka yang terlibat dengan politik, itu menjadi hak mereka.

Sebaliknya mereka tidak bertindak ‘keterlaluan’, bersikap professional dan neutral bagi memastikan ia tidak akan menjejaskan periuk nasi mereka sebagai selebriti yang diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak kira bangsa, agama serta fahaman politik.

Oleh: HK-74

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive