"Insya-Allah, suatu hari nanti saya akan berhijab. Terus-terang, saya ada terfikir untuk ke arah itu. Kalau boleh, biarlah saya bertudung atas kerelaan hati tanpa ada paksaan orang lain," katanya kepada murai.com.my.
Dalam pada itu, Rita Rudaini memberitahu, lamaran untuk menjadi isteri Rosyam Nor dalam filem Balistik diterima kerana dia tahu produser hebat ini seringkali memberikan watak yang terbaik buat dirinya.
"Sebenarnya, sebelum ini Rita ada mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem lain. Namun, Rita tidak terima tawaran berkenaan kerana berasakan ianya tidak bersesuaian dengan Rita.
"Namun, Rita setuju untuk terima berlakon dalam filem Balistik kerana Rita tahu Rosyam tidak pernah mengecewakan Rita.
"Buktinya, setiap kali drama yang Rita berlakon di bawah syarikat produksinya, pasti ianya akan memberikan impak yang bagus buat diri Rita. Lagipun, Rita pun serasi bekerja dengan dia," jelasnya.
Sementara itu, Rita tidak menolak mempunyai perancangan masa depan buat kedua orang anaknya. Namun, Rita tidak mahu berkongsi perancangan tersebut untuk sementara waktu dan berjanji akan memberitahnya apabila tiba masanya nanti. - mURAI
No comments:
Post a Comment