Showing posts with label 13Mei. Show all posts
Showing posts with label 13Mei. Show all posts

Friday, 17 August 2012

"KL SEKARANG KITA PUNYA ?? " - LIM KIT SIANG (11 MEI 1969)




Di bawah adalah ayat-ayat cercaan Lim Kit Siang, ahli-ahli DAP dan Gerakan sewaktu berarak meraikan kemenangan mereka di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969 yang dipetik daripadaLaporan MAGERAN...

1. Menggunakan slogan “Malai-Si” yang membawa maksud “Mati Melayu”.

2. “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” – 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.

3. “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”– 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.

4. “KL sekarang cina punya” – 11 Mei, Jalan Changkat Dollah.

5. “Melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.” – 12 Mei, Jalan Tunku Abdul Rahman.

6. “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…” – 12 Mei, Jalan Khir Kampung Baru.

7. “… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.” – 12 Mei, depan Balai Polis Jalan Pudu.

8. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!” – 12 Mei.

9. “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…” – 12 Mei, Jalan Canvel.

10. “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.” – 12 Mei Jalan Bukit Bintang.

Kerana provokasi-provokasi yang didalangi oleh Lim Kit Siang inilah dikatakan telah menyebabkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 dahulu. Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan itu, padanlah ramai pemimpin-pemimpin DAP yang sensitif dan mahu menutup sejarah ini serapat-rapatnya.


Sumber : GossipRakyat

Sunday, 12 August 2012

BAPA PERKAUMAN BELIT ISU 13MEI & ISU HARAM SOKONG DAP ??




Roketkini melaporkan bahawa bapa perkauman Malaysia iaitu Lim Kit Siang akan menjawab isu dan tuduhan mengenai peristiwa 13 Mei yang dilemparkan. Isu itu akan dijawab melalui wawancara. Wawancara?!

Mengapa perlu menjawab dengan sesi wawancara? Mengapa tidak menjawab dengan sidang media terbuka? Ini pastinya kerana Lim Kit Siang cuba mengelakkan diri dari soalan wartawan sekiranya sidang media terbuka diadakan.

Peristiwa 13 Mei sudah pun berlaku lebih 40 tahun. Amat menghairankan mengapa semasa Laporan Mageran dikeluarkan, Lim Kit Siang sendiri tidak mampu mengeluarkan kenyataan. Mengapa baru hari ini terhegeh-hegeh hendak keluar kenyataan?

Jawapannya mudah. Jika 20 tahun lepas Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan mempertahankan diri semasa peristiwa 13 Mei, pastinya kenyataannya terang-terangan dihidu rakyat dan barisan pemimpin kerajaan sebagai pembohongan kerana mereka adalah saksi untuk peristiwa tersebut. Tetapi pada hari ini, hanya segelintir sahaja saksi peristiwa tersebut yang tinggal. Malah dalam kabinet sendiri tidak ada seorang pun pemimpin BN yang menyaksikan peristiwa 13 Mei di Kuala Lumpur.

Tetapi agak sukar Lim Kit Siang menipu fakta kerana segala kejahatan Lim Kit Siang telah lama dicatat oleh penulis-penulis sejarah. Cuma kita terfikir sampai bilakah Lim Kit Siang mahu menafikan fakta tersebut.

Lim Kit Siang juga menuntut Datuk Seri Najib Razak menjelaskan tindakannya membiarkan Utusan menjalan kempen "haram sokong DAP" selama empat hari berturut-turut.

"Najib wajib memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia sama ada beliau telah meluluskan atau mengesahkan kempen berbisa Utusan yang berbaur hasutan dan anti nasional 'haram sokong DAP'," soalnya.

Lim juga mempersoalkan sama ada Najib berani memisahkan diri daripada kempen itu, yang didakwa memperkecil-kecilkan agama Islam dengan menjadikannya sebagai "umpan politik".

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive