Friday, 10 August 2012

RENUNGAN !!! PESTA MAKANAN @ PESTA AURAT @ BAZAR RAMADHAN ???



Gamabr hiasan dari pakcik Google

Ajaibnya Malaysia, sebuah negara majoriti Islam dengan pemakaian yang tak mampu dibezakan dengan orang kafir.

Bila tiba malam hari,  di pasar- pasar malam. Agaknya sebab malam waktu puasa telah tamat maka kita beranggapan kita sudah kembali bebas daripada pantang larang berpuasa yang merimaskan. Keadaan kembali normal seperti malam- malam sebelum dan selepas Ramadhan. Agaknya lebih rancak.

Perempuan berbaju singkat terdedah sana sini boleh dilihat di setiap inci tapak di pasar malam. Peratus yang bertudung tiba-tiba berkurang mendadak. Sangat sukar untuk dicari. Jika ada pun tiada yang menepati ciri-ciri menutup aurat. Sekadar tudung senteng terburai sana sini.

Ada yang tudung cukup cantik berwarna warni denga tahap kesukaran memakainya boleh dikelaskan pada level Hard (kalau main game) tapi sayang dada terdedah. Bukan tak pakai baju, tapi sendatnya menampakkan segala-gala.

Seolah-olah sedang berlangsungnya satu pertandingan dada siapa paling seksi. Siapa paling montok. Itulah situasi yang perlu diterima kenyataannya. Sehingga mustahil dipercayai jika ada seorang lelaki bertaraf alim mengaku bahawa dia mampu menundukkan pandangannya semaksima mungkin dalam situasi sebegini.


Gambar hiasan dari pakcik Google  

Serius, memang aku takleh bezakan sama ada mereka ni orang Islam atau bukan. Melayu atau bukan. Tiada perbezaan dari segi berpakaian.

Lelaki juga tiada beza. Dengan bangga mengusung awek berpakaian bohsia ke sana ke mari. Tanpa segan dan silu digelar dayus.

Dayus itu sifat yang ada pada seekor babi. Entah bagaimana DNA nya boleh berpindah ke dalam kromosom seorang lelaki. Nak kata makan babi pandang pun dah jijik semacam. walaupun semua benda haram dibuat dan dibedal.


Kesimpulannya ialah : 

1. Pakaian tak ubah seperti bohsia. Tak percaya pergi tengok filem sampah “Bohsia : Jangan Pilih Jalan Mati”. Tengoklah pakaian bohsia dalam cerita tu camne. Buat perbandingan. Takut2la korang tak pernah nampak bohsia real punya.

2. Pakaian dan fesyen tiada beza dengan orang bukan Islam. Adalah satu kemaluan perkara memalukan jika mereka mengaku beragama Islam dalam keadaan berpakaian sebegitu.

3. Harga dada jatuh mendadak. Makin murah dan kadang –kadang percuma. Pameran percuma diadakan secara konvoi sepanjang lorong pasar. Tiada nilai ekslusif untuk seorang lelaki bakal suami atau sudah menjadi suaminya. Semua berpeluang sama rata menontonnya.


4. Tiada usaha bersungguh –sungguh pihak berwajib untuk sekurang-kurangnya menegur. Cukuplah sekadar banner atau papan tanda “ TUTUPLAH AURAT DENGAN SEMPURNA” yang disertakan dengan gambar-gambar contoh pemakaian mengikut syariat. Yang ada cuma di Negeri Kelantan tetapi bukan semua kaum wanita mengikuti arahan tersebut.

5. Ruang dan peluang untuk menundukkan pandangan masih terlalu sempit. Nafsu masih bergelojak mahu meratah setiap yang terlintas.

Dari sudut positifnya, mungkin menjadi satu titik tolak buat mereka untuk mula berubah secara sedikit demi sedikit. Mungkin memperbaiki amalan lain walaupun belum mampu dalam bab aurat. Masih banyak aset –aset penting yang perlu ditonjolkan untuk tatapan umum sebelum semuanya kendur tak bernilai.

Kadang- kadang tipu daya dunia penuh keindahan. Sampai kita lupa asal kita hanya dari tanah. Meminjam nyawa dari Allah. Dan akan kembali menjadi tanah.


TUTUPLAH AURAT SEBELUM AURATMU DITUTUP !!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive