Showing posts with label bajet 2014. Show all posts
Showing posts with label bajet 2014. Show all posts

Friday, 11 October 2013

Bajet Kerajaan Pas Kelantan 2014 Satu Penipuan Kepada Rakyat Kelantan???


Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan pembentangan Bajet 2014 oleh kerajaan Pas Kelantan semalam yang mengalami defisit sebanyak RM10.39 juta.


Beliau menyifatkan tindakan kerajaan Pas Kelantan terus memasukkan hasil tuntutan royalti sebanyak RM200 juta atau 36.41 peratus daripada keseluruhan anggaran hasil negeri tahun depan, merupakan satu pembohongan kepada rakyat negeri itu.

Ibrahim secara sinis turut berpendapat, tema bajet itu wajar ditukar kepada 'kesejahteraan pemimpin Pas dan penderitaan rakyat Kelantan' mengambil kira kegagalan kerajaan Pas membangunkan ekonomi negeri, meskipun telah diberi mandat untuk tempoh 23 tahun.

Menurut Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu, Kelantan yang kaya dengan hasil, tanah luas dan rakyat yang rajin, berkemampuan menjadi sebuah negeri hebat sekiranya dipimpin dengan baik oleh parti dan pemimpin yang hebat.

"Malangnya, rakyat Kelantan mudah diperbodohkan oleh imej kepemimpinan Pas, tetapi apa hasilnya? Peruntukan pembangunan begitu kecil macam mana rakyat Kelantan nak maju?

"Yang anehnya, balak ditebang dan syarikat kaut untung berjuta-juta tetapi hasil premium kepada kerajaan negeri tak seberapa. Kalau saya jadi pemimpin negeri dengan hasil macam ini malu nak keluar rumah kerana retorik berdegar-degar macam guruh tetapi hasilnya macam mana?," soalnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pembentangan Bajet 2014 oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Antara lain, kerajaan negeri sekali lagi memasukkan hasil royalti sebanyak RM200 juta atau 36.41 peratus daripada RM549.26 juta anggaran perolehan kerajaan pada 2014, biarpun isu tuntutan tersebut masih dalam proses perundangan.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, berdasarkan pembentangan bajet itu, jelas kerajaan Pas Kelantan masih lagi gagal mendapat sumber pendapatan baharu disebabkan ketiadaan pembangunan di daerah-daerah apabila terus bergantung kepada sumber lama seperti cukai tanah dan pintu.

"Kelantan jika tidak dibantu Kerajaan Pusat akan jadi padang tekukur, kilang-kilang tidak ada, usaha tarik pelabur tak ada, insentif (pelaburan) tak ada, harap daripada Pusat sahaja," katanya. - Sumber

Thursday, 10 October 2013

[VIDEO] TERBAIK!!! MENGAPA Husam Musa Hentam Kerajaan Kelantan???


ADUN Pas Salor, Husam Musa membidas kerajaan Kelantan disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan berkaitan isu pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu.


Husam meminta kerajaan negeri tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan berkenaan. Kelantan semasa diteraju Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah membuat keputusan agar semua permohonan baharu di kawasan hutan simpan itu mesti ditolak.

“Seingat saya, kata Tok Guru (Nik Abdul Aziz), Hutan Ulu Sat dan Cabang Tongkat adalah paru-paru untuk mengeluarkan udara segar dan bersih bagi penduduk Kelantan. Biarlah ia kekal untuk anak cucu kita,” kata Husam yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan.

Syarikat berkenaan bakal menerima kawasan pembalakan tersebut tanpa membuat sebarang tender.

“Ia sangat meragukan sekali. Seingat saya, semasa pentadbiran YAB Tok Guru dahulu, tidak ada kawasan seluas itu diberikan kepada mana-mana individu. Adakah hanya dengan permohanan ringkas dua muka surat, serta-merta permohonan ini akan ditimbangkan?,” 


Husam juga berkata jika Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) diurus dengan lebih amanah, kenaikan tarif air sepatutnya boleh dielak. AKSB juga gagal meningkatkan kualiti bekalan air walaupun beberapa loji air utama telah dinaik taraf.

"Saya tidak hendak mempertahankan sesiapa dalam hal ini. Saya tidak boleh kata apa yang Adun Salor timbulkan itu benar atau salah. Tapi yang saya yakin ialah Adun Salor membuat 'kerja rumahnya' sebelum berucap di Dun. Maka sekarang ini bagi melihat kekuatan hujah masing-masing, saya menunggu jawapan MB dalam penggulungan nanti.

Bukan saya sahaja yang menunggu, rakyat juga ternanti-nanti jawapan MB. Ini kerana dalam beberapa hal, bajet tadi tidak menjawab banyak persoalan yang dinantikan rakyat tentang peruntukan pembinaan lebuh raya dan stadium serta peruntukan untuk menjayakan projek kambing jamnapari dan padi organik -perkara yang sebelum ini juga saya timbulkan.

Satu lagi yang rakyat hendak tahu secara rasmi ialah tentang kenaikan tarif air yang dikatakan naik sehingga 39% mengikut tahap tertentu penggunaan air, tetapi tidak diumumkan. Yang rakyat hendak tahu ialah betulkah tarif air naik? Jika naik, kenapa tidak diumumkan? Dalam hal ini, seorang kawan saya memberitahu saya, sekeras-keras kerajaan BN pun, kenaikan harga minyak dan elektrik diumumkan kepada rakyat".

Menariknya, apabila beliau menimbulkan cerita ini pelbagai persoalan muncul. Antaranya mengapa beliau bangun untuk melawan kerajaan dari partinya sendiri? Mengapa tidak beliau atasi kelemahan kerajaan negeri semasa beliau berkuasa dahulu? Mengapa hanya sekarang beliau memberikan pelbagai cadangan untuk membangunkan negeri? Adakah ini sabotaj beliau kepada kerajaan negeri selepas tidak lagi dilantik menjadi Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri yang baru?

Beliau turut melahirkan rasa kecewa apabila kerajaan negeri menamatkan kontrak dengan kontraktor dari Korea Selatan untuk membina Lebuh Raya Rakyat yang diasaskan olehnya kira-kira dua tahun lepas.

PT
Sekiranya pembangkang tidak mampu untuk memberi impak yang berkesan.dikhuatiri kerajaan akan bermaharajalela mengikut acuan kelompok mereka sendiri..maka perlu ada individu atau kelompok yang bangkit mengkritik kerajaan secara berhemah dengan hujah yang berfakta agar keseimbangan pentadbiran mampu memberi masalah kepada rakyat. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah....


Thursday, 3 October 2013

HANGAT!!! Tun M Kata Stop BR1M 3.0???


Tun Dr. Mahathir Mohamad @ Che Det walaupun umurnya sudah pun mencecah hampir 90 tahun

Tetap masih aktif dan acapkali berkongsi pendapat yang adakalanya ditentangkan oleh pihak lawan mahupun kawan. Tetapi banyak juga pendapat yang boleh dipertimbangkan terutamanya menjelang pembentangan (Bajet 2014) tidak lama sahaja lagi…

NASIHAT CHE DET KEPADA PM NAJIB RAZAK & KERAJAAN MALAYSIA

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan. Che Det lebih suka kerajaan lebih fokus untuk mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka berbanding memberikan imbuhan seperti BR1M semata
“Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja".
“Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi,” katanya sambil menambah: “Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan.”

BR1M 3.0 VS SUBSIDI MINYAK?

Maknanya di sini, Che Det lebih gemar dengan pendekatan memberikan joran kepada rakyat berbanding memberikan ikan secara terus kepada rakyat. Sekurang-kurangnya dengan memberikan joran dan peralatan serta kemudahan latihan yang diberikan kepada rakyat contohnya memberikan peluang untuk rakyat Malaysia mendapatkan “variasi ikan secara berterusan”.

Hakikatnya sekarang ini, dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini, kerajaan telah berjaya jimatkan pemberikan subsidi kepada rakyat Malaysia sebanyak RM3.3 bilion.

Dan berdasarkan semakan di atas pemberian subsidi BR1M 2.0, kerajaan sekali lagi akan membelanjakan lebih RM3 bilion pusingan pemberikan BR1M 3.0. Daripada datangnya duit tersebut? 

Jikalau tidak datangnya dari ...
Amat bersetuju dengan pendapat dan saranan Che Det dalam hal ini dan bagi diri sendiri Bantuan BR1M tidak dilihat memadai dengan kenaikan belanja dan tidak menyelesaikan kepincangan ekonomi negara yang tidak menentu sekarang ini.

Mengapa? Ini antara sebab yang telah kenal pasti :

Andaikata BR1M dinaikkan sebanyak RM600 sekalipun tidak berpadanan dengan tanggungan belanja isi rumah rakyat Malaysia termasuklah belanja petrol dan diesel yang meningkat sebanyak RM752 setahun (yang nilainya lebih tinggi dari BR1M), setiap isirumah juga terpaksa berhadapan dengan masalah kenaikan harga barang secara keseluruhannya akibat inflasi. Jumlah tanggungan adalah jauh lebih tinggi dari nilai RM600 BR1M yang ditawarkan kelak. Sudah bersedia rakyat Malaysia?

Keduanya pula, faktanya ramai golongan yang berhal memperolehi BR1M tercicir dalam senarai penerima BR1M. Di mana hanya sebahagian rakyat Malaysia sahaja yang menerima BR1M iaitu sekitar 40% isirumah, sedangkan 40% lagi golongan sederhana yang turut terkesan tidak mendapat sebarang bantuan. Adakah anda orangnya?
Ketiga, akan menyebabkan budaya kebergantungan dengan nilai pemberian BR1M sedangkan subsidi itu diperkenalkan sekian lam untuk menurunkan kos sara hidup, pendidikan dan peluang pekerjaan yang baik yang membebaskan mereka dari perangkap kemiskinan.

Realitinya sekarang ini, pendapatan dan perbelanjaan setiap isi rumah rakyat Malaysia adalah berbeza mengikut taraf sosioekonomi keluarga. Setuju atau tidak? - Sumber


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive