Showing posts with label ahmad yaakob. Show all posts
Showing posts with label ahmad yaakob. Show all posts

Sunday, 27 October 2013

[FOTO] Yang Patut Ahli Pas Lihat!!!




Dengan bola sepak dapat manjalinkan ukhwah antara 2 pemimpin PAS dan UMNO,Politik ada medannya,jadi mengapa kita nak bermasam muka antara sesama muslim..


Tetapi dulu-dulu semasa Kelantan dibawah Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz pernah mengeluarkan kenyataan seperti dilaporkan dalam Harakah...

29 Mei 2013

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.

Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

May 17, 2013
Ini pulak kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas

Bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa hari ini mengulangi kenyataannya supaya parti-parti mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini bersatu untuk kebaikan agama.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al Quds Malaysia berkata untuk mencapai tujuan itu pemimpin dan anggota Umno dan Pas perlu berani mengenepikan kepentingan masing-masing.

"Kegagalan penyatuan di antara Umno dan Pas berlaku kerana masing-masing tidak mahu meninggalkan kepentingan peribadi dan kuasa yang diperoleh," katanya ketika menjawab soalan daripada peserta Forum Kedamaian dan Keselamatan 2013 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini.


PT
Tapi sekarang Kelantan dibawah MB yang baru Datuk Ahmad Yaakob yang ternyata jauh lebih cerdik dan berpandangan kedepan demi penyatuan sesama muslim....Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Syukur Alhamdulillah.. semoga bibit-bibit penyatuan ini dipanjangkan demi Allah, demi Rasulullah, demi ummah ahli sunnah wal-jammaah dan demi kalimah Laa-ila-ha-illallah Muhammadar-Rasulullah.

Friday, 11 October 2013

Bajet Kerajaan Pas Kelantan 2014 Satu Penipuan Kepada Rakyat Kelantan???


Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan pembentangan Bajet 2014 oleh kerajaan Pas Kelantan semalam yang mengalami defisit sebanyak RM10.39 juta.


Beliau menyifatkan tindakan kerajaan Pas Kelantan terus memasukkan hasil tuntutan royalti sebanyak RM200 juta atau 36.41 peratus daripada keseluruhan anggaran hasil negeri tahun depan, merupakan satu pembohongan kepada rakyat negeri itu.

Ibrahim secara sinis turut berpendapat, tema bajet itu wajar ditukar kepada 'kesejahteraan pemimpin Pas dan penderitaan rakyat Kelantan' mengambil kira kegagalan kerajaan Pas membangunkan ekonomi negeri, meskipun telah diberi mandat untuk tempoh 23 tahun.

Menurut Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu, Kelantan yang kaya dengan hasil, tanah luas dan rakyat yang rajin, berkemampuan menjadi sebuah negeri hebat sekiranya dipimpin dengan baik oleh parti dan pemimpin yang hebat.

"Malangnya, rakyat Kelantan mudah diperbodohkan oleh imej kepemimpinan Pas, tetapi apa hasilnya? Peruntukan pembangunan begitu kecil macam mana rakyat Kelantan nak maju?

"Yang anehnya, balak ditebang dan syarikat kaut untung berjuta-juta tetapi hasil premium kepada kerajaan negeri tak seberapa. Kalau saya jadi pemimpin negeri dengan hasil macam ini malu nak keluar rumah kerana retorik berdegar-degar macam guruh tetapi hasilnya macam mana?," soalnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pembentangan Bajet 2014 oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Antara lain, kerajaan negeri sekali lagi memasukkan hasil royalti sebanyak RM200 juta atau 36.41 peratus daripada RM549.26 juta anggaran perolehan kerajaan pada 2014, biarpun isu tuntutan tersebut masih dalam proses perundangan.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, berdasarkan pembentangan bajet itu, jelas kerajaan Pas Kelantan masih lagi gagal mendapat sumber pendapatan baharu disebabkan ketiadaan pembangunan di daerah-daerah apabila terus bergantung kepada sumber lama seperti cukai tanah dan pintu.

"Kelantan jika tidak dibantu Kerajaan Pusat akan jadi padang tekukur, kilang-kilang tidak ada, usaha tarik pelabur tak ada, insentif (pelaburan) tak ada, harap daripada Pusat sahaja," katanya. - Sumber

Monday, 17 June 2013

Adun Pas Kelaboran - Mat Jaki Dakwa UMNO & BN Bagi Pil Kuda Dan Arak Kepada Petugas Parti!!

KOTA BHARU - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Lanas Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta penyokong kerajaan negeri Kelantan agar menjaga adab susila dengan tidak membuat tuduhan melulu ketika berbahas pada persidangan Dun.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata penyokong kerajaan perlu mengemukakan bukti tanpa berhujah kosong yang kononnya Barisan Nasional (BN) telah melakukan penipuan pada PRU13 lalu.

"Saya mendengar dengan penuh minat tetapi biarlah ada adab dalam tegur menegur itu. Biarlah ada bukti dalam membuat segala tuduhan itu," kata Mustapa ketika mencelah pada perbahasan titah ucapan Sultan Kelantan pada persidangan Dun di sini, hari ini.

Ketika itu Mohd Zaki Ibrahim (Pas-Kelaboran) yang sedang membahaskan usul berkenaan telah menuduh Umno dan BN melakukan penipuan pada pilihan raya umum lalu di Kelantan.

Mohd Zaki yang merupakan bekas timbalan speaker Dun mendakwa BN telah memberikan pil kuda dan arak pada petugas parti terutama pada golongan muda dan bukan Islam pada pilihan raya umum itu.

Tuduhan Mohd Zaki itu kemudiannya menimbulkan kemarahan ketua pembangkang, Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) apabila bingkas bangun membantah dakwaan yang dianggap berat itu dan menyifatkan tuduhan Mohd Zaki itu sebagai sesuatu yang `gila babi'.

Keadaan menjadi panas seketika apabila Mohd Zaki meminta Nozula menarik balik perkataan itu sambil tidak membenarkan ketua pembangkang itu mengganggu perbahasannya.

Keadaan panas itu kemudiannya berjaya ditenteramkan Speaker Abdullah Ya'kub dan Mohd Zaki kemudiannya meneruskan perbahasannya.

Nozula selepas itu yang diberi peluang membahaskan titah ucapan Sultan Kelantan itu meminta kerajaan negeri agar bekerjasama dengan kerajaan Pusat untuk terus membangunkan Kelantan.

"Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan kepada semua rakyat Kelantan tetapi yang kita sedih kerajaan negeri memberikan bantuan pada warna baju yang menyokong mereka sahaja," katanya.

Beliau berkata Pas sudah matang dalam mentadbir Kelantan sejak 1990 dan sepatutnya tidak perlu lagi menyalahkan kerajaan Pusat yang kononnya masih menganaktirikan negeri itu.

Nozula juga memuji sikap Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang dilihatnya lebih bersopan dalam mengeluarkan kenyataan berbanding dengan sesetengah Adun Pas yang sering mengeluarkan kenyataan celupar.

"Ini pemimpin yang sangat kita hormati dan apa pun kita perlu bersama-sama membantu membangunkan rakyat Kelantan dan jangan merugikan mereka," katanya.

Sikap lemah lembut Ahmad itu juga turut mendapat pujian Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) yang yakin kepimpinannya jauh berbeza daripada mantan menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwanya sering mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive