Showing posts with label k-pop. Show all posts
Showing posts with label k-pop. Show all posts

Sunday, 6 October 2013

K-Pop RM1.6j vs Artis Malaysia RM1.60 Sen - Zed Zaidi

Presiden Seniman, Zed Zaidi dikatakan pernah mempertikaikan bayaran RM1.6 juta untuk artis K-Pop -U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet tahun lalu. Namun begitu dia berjaya disenyapkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan pada ketika itu kerana dimaklumkan ada penaja yang menanggung perbelanjaan mereka.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan perbelanjaan itu sebenarnya ditanggung kerajaan dengan kos RM1.6 juta ternyata mengejutkan industri seni. Zed Zaidi berkata, tindakannya itu ternyata berasas apabila sudah terang lagi bersuluh ia adalah satu pembaziran dalam program berkenaan.

“Bayangkan dengan peruntukan RM1.6 juta, KBS ketika itu boleh membayar kepada kita-kira 1 juta artis Malaysia.”

Malah peruntukan RM1,000 untuk penyanyi solo dan RM3,000 untuk berkumpulan untuk artis tempatan juga boleh dinaikkan jika mereka ada peruntukan sebanyak itu.

“Ketika saya mempertikaikan dahulu, wakil KBS beri alasan tindakan mereka bawa artis Korea adalah untuk menarik belia dari kaum Cina. Tapi pada saya, mereka sepatutnya mempertaruhkan artis Cina tempatan untuk persembahan, apatah lagi, artis Korea bukannya membawa budaya yang elok,” dipetik Sinar Harian.

“Malah, sepatutnya kerajaan sendiri mengutamakan artis Malaysia dan saya sokong tindakan KBS yang sudah memansuhkan kemasukan artis Korea dalam program belia selepas ini,” ujarnya kepada Zass.

Zed Zaidi juga berkata sepatutnya SPRM boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai kerajaan yang didapati membelanjakan wang lebih daripada yang sepatutnya. Cantiklah Zek Zaidi dah mengutuk pembaziran tersebut, sekurang-kurangnya pengundinya melihat dia berani bersuara.

Namun sempoi sedikit la calon Exco Pemuda Umno ni, takkan artis Malaysia nak diberi RM1.60 untuk setiap persembahan. Lihat ayatnya, “dengan peruntukan RM1.6 juta, KBS ketika itu boleh membayar kepada kita-kira 1 juta artis Malaysia”. Tak apalah, mungkin dia nak sebut seribu, mungkin juga dia tengah bersemangat nak bersuara!

Sumber

Thursday, 3 October 2013

Terbaik!!! Penjelasan Ds @SHABERYC Tentang Konsert K-POP RM1.6 Juta Didedahkan!!!

PUTRAJAYA 22 Mei 2012 - Kementerian Belia dan Sukan menerima tajaan lebih RM20 juta daripada pihak swasta bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012 yang akan berlangsung selama lima hari bermula esok hingga 27 Mei depan.Menterinya,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata,berdasarkan jumlah itu,sumbangan­ syarikat swasta pada sambutan Hari Belia Negara 2012 kali ini lebih besar berbanding yang dibelanjakan kerajaan.

“Perbelanjaan kerajaan untuk sambutan Hari Belia Negara kali ini lebih kecil berbanding apa yang dibelanjakan oleh syarikat swasta.Ini adalah reaksi positif yang menunjukkan usaha-usaha kerajaan untuk memartabatkan belia negara mendapat sambutan dan sokongan ramai.Tahun lalu kita terima tajaan daripada pihak swasta sebanyak RM15 juta manakala tahun ini jumlah itu bertambah RM5 juta dan saya yakin, ia akan semakin meningkat,” katanya pada Majlis Penyerahan Penajaan daripada Penaja-Penaja Sambutan Hari Belia Negara 2012-Himpunan Jutaan Belia kepada KBS. - Sinar Harian

Inilah wang tajaan yang diperolehi oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012.Wang tajaan dimasukkan ke dalam akaun MSN bagi melancarkan pengurusan Hari Belia Negara.Dakwaan pihak AG Audit yang menyatakan KBS membayar KPOP pada Hari Belia Negara dengan jumlah RM 1 juta 600 ribu adalah benar kerana ianya adalah dari wang tajaan.Pihak AG Audit culas dalam menjelaskan pekara sebenar kerana Wang Sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS.

RM 20 Juta Wang Tajaan bagi menjayakan Hari Belia Negara dan ianya terbukti bahawa tidak ada Wang Rakyat dibazirkan sepertimana dakwaan pihak Pakatan Pembangkang yang hanya mengikut rumusan pendek laporan Pihak Audit Negara.Moga Rakyat celik mata dengan pekara ini,kita juga tidak mahukan pembaziran sepertimana laporan Audit negara tentang pembelian mesin Scanner beharga RM14 Ribu seunit.Tetapi dalam isu Kementerian Belia dan Sukan ianya tidak pembaziran Wang Rakyat sebaiknya adalah Wang Tajaan dari syarikat Koporat dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada Hari Belia Negara.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Tuesday, 5 June 2012

BIAR BETUL !!! PENJUALAN VIDEO DIKIR K-POP KELATE SEMAKIN LARIS

Aku tak berapa risau dengan K-POP dari korea yang dikatakan seksi tapi memang sah mereka bukan muslim dan audien pun difokuskan kepada bukan Islam dan orang Islam boleh memilih untuk tidak menontonnya. TAPI aku amat runsing dengan budaya K-POP dari Kelantan ini. Sudahlah penyanyinya orang Islam, bahasa digunakan pun loghat Kelantan dan pastinya audiennya ditujukan kepada muslim..Ternyata K-Pop Kelantan lebih teruk dari K-Pop Korea !!!


pT
Takkanlah MB Kelantan hanya pejam mata saja dengan isu ni. Kemana perginya exco agama atau mereka yang bertanggungjawab dalam soal ini. Atau mereka hanya ambil sikap lepas tangan? Pelik sangat2 di sebuah negeri yang diperintah oleh Pas katanya sebuah parti Islam tetapi boleh pulak membiarkan lagu serta video sebegini rupa berada di pasaran dan dijual kepada umum sewenang-wenangnya. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive