Showing posts with label pau13. Show all posts
Showing posts with label pau13. Show all posts

Wednesday, 9 October 2013

Sudah Sampai Masanya Ahmad Mukhriz Diberi Peluang Anggotai Exco Pemuda #Mukhriz4Exco #TF4MT

Sebelum PT mengenali beliau, PT juga merasakan mungkin Dato' Ahmad Mukhriz bin Ahmad Fuad ni sombong dengan segala yang ada pada dirinya.


Maklumlah dengan pangkat dan segala kemampuan, mana mungkin anak lelaki muda yang sudah mendapat gelaran Dato ' atas segala sumbangan yang beliau berikan mahu bergaul dan berceloteh bersama sama dengan pemuda pemuda marhain.

Namun apa yang PT sangkakan itu jauh meleset sebenarnya, apabila memulakan bicara dengan pemuda dari Pekan Pahang ini ternyata beliau tidak sombong dan mahu bergaul dengan rakan rakan tidak mengira pangkat dan darjat.

Perlakuan ini telah membuatkan PT tertarik untuk menyokong beliau sebagai EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan yang akan berlangsung pada 12 Oktober nanti dan bagi Sangkakala, adalah satu kerugian jika Dato' Ahmad Mukhriz tidak diberi mandat untuk berada dalam barisan pergerakan pemuda UMNO Malaysia.

Dengan sikap ramah tamah dan tidak meninggi diri, beliau amat sesuai untuk berada di saf kepimpinan sayap UMNO tersebut.

Mungkin ada yang pernah merasakan sepertimana yang PT rasa tetapi percayalah, anggapan tersebut tidak benar sama sekali dan jika mahukan buktinya cibalah rapat dengan calon no 11 pergerakan pemuda UMNO Malaysia ini dan anda semua akan merasai kemesraan yang beliau tunjukkan terhadap rakan rakan walaupun baru sahaja mengenali beliau.

PT harap agar beliau diberi peliang untuk bersama sama membantu pergerakan pemuda UMNO Malaysia demi kebaikan seluruh ahli pemuda dan demi untuk kesinambungan survival pemuda itu sendiri. - Sumber

PT
Antara petikan kata-kata beberapa pemimpin UMNO yang mahukan golongan muda diberi peluang membarisi kepimpinan UMNO di masa hadapan...

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata golongan muda perlu diberikan peluang untuk memimpin UMNO bagi memastikan parti itu terus dapat bersaing dengan cabaran yang lebih mencabar pada masa akan datang.

Mantan Perdana Menteri Tun M menegaskan jawatan yang disandang ketika ini ada penghujungnya dan jika pemimpin itu sendiri tidak berhenti bermakna UMNO tiada pemimpin baharu untuk diketengahkan.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pula mengingatkan agar perwakilan memilih calon yang 'berjiwa rakyat' pada pemilihan parti Oktober ini, serta menepati hasrat pucuk pimpinan yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.

Tuesday, 8 October 2013

#PemilihanUmno 2013: Senarai Calon Puteri, Pemuda & MT #TF4MT #Mukhriz4Exco


Pemilihan UMNO 2013: Senarai calon Puteri UMNO

KUALA LUMPUR - Berikut senarai muktamad calon Pergerakan Puteri UMNO peringkat pusat bagi pemilihan Sabtu ini untuk penggal 2013-2016, yang dikeluarkan oleh Umno, hari ini.

Pengerusi Tetap
1. Azlieza Azizan (penyandang/menang tanpa bertanding)
Timbalan Pengerusi Tetap
1. Salbiah Saari
2. Nurul Huda Nordin Ahmad
Ketua Puteri
1. Mas Ermieyati Samsudin
2. Jamilah Hanim Othman
Naib Ketua
1. Norsabrina Mohd Noor
2. Zahida Zarik Khan
3. Nazliah Ali

Ahli Jawatankuasa Puteri (Exco)(20 jawatan)
1. Azura Mohd Afandi
2. Norasimah Md Nowar
3. Norrulhuda Marsidin
4. Noormadiana Kamaruddin
5. Nasibah Ismail
6. June Artisha Mohamad Nazari
7. Asfalinda Anuar
8. Norwahida Patuan
9. Masmira Mohd Salleh
10. Noor Aeiza Hassan
11. Mimie Harianie Alias
12. Nurhuda Ab Karim
13. Nor Hazreena Mohamad Hashim
14. Suzanna Shahrom
15. Nurhidayah Mohamad Shahaimi
16. Isfarina Mohd Bali (Penyandang)
17. Mariana Ayob
18. Norhayati Ramli
19. Wan Izwany Abdul Malek
20. Junaida Mat Ishak
21. Nor Farhana Alham
22. Azlina Azma Mohd Azmi
23. Julie Sabran
24. Nor Azryna Mohd Jainuri
25. Syakima Nur Sabri
26. Normalah Rasik
27. Noley Harun
28. Razmalina Razali
29. Haziqah Nasirah Zol Bahari
30. Sry Noraerni Khairudin

Pemilihan UMNO 2013: Senarai calon Pemuda
KUALA LUMPUR - Berikut senarai muktamad calon Pergerakan Pemuda UMNO pusat bagi pemilihan UMNO Sabtu ini untuk penggal 2013-2016, yang dikeluarkan UMNO, hari ini.

Pengerusi Tetap
1. Datuk Zubir Zabidi
2. Datuk Abdul Fattah Abdullah (Penyandang)
3. Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad
Timbalan Pengerusi Tetap
1. Muhammad Yadzan Mohammad (Penyandang)
2. Ahmad Mushawir Abdullah
3. Bahrul Razha Chuprat
4. Hisham Ahmad Sabri
5. Mohd Shoubli Jamal

Ketua Pemuda
1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Penyandang)
2. Syed Rosli Syed Harman
3. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
4. Irwan Ambak Khalid Izhar
5. Abd Karim Ali

Naib Ketua Pemuda
1. Jamawi Jaafar
2. Lokman Noor Adam
3. Mohamad Iruan Zulkefli
4. Khairul Azwan Harun

Ahli Jawatankuasa Pemuda (Exco) (20 Jawatan)
1. Ibdillah Ishak
2. Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi
3. Rohsawal Nizam Abd Ghafar
4. Arman Azha Abu Hanifah
5. Mohd Aizli Shahar Abdul Malek Shahar
6. Mohd Rafe Sidek
7. Nazir Hussin Akhtar Hussin (Penyandang/Dipilih)
8. Mohamad Fazly Zainudin
9. Mohd Zamri Mohd Idrus
10. Armizan Mohd Ali
11. Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad
12. Ahmad Faisal Abdul Karim
13. Rozaidi Abdul Jamil
14. Suhasni Hayani
15. Mohd Najib Mohd Isa
16. Fathulbari Mat Jahya
17. Dazma Shah Daut @ Daud
18. Muhammad Yusmizan Md Yunus
19. Faez Ainstein Nordin
20. Dr Mazlan Ismail
21. Muhamad Muqharrabbin Mokhtaruddin
22. Onn Hafiz Ghazi
23. Awang Saleh Makmud
24. Mohamad Suji Bilang Mohd Nordin
25. Khairul Firdaus Akbar Khan
26. Rahimi Abd Karim
27. Mohd Rafiq Naizamohideen
28. Ahmad Lutfi Ibrahim
29. Maisham Ma'arof
30. Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz
31. Azlan Abdullah
32. Mohamad Faiz Yaacob
33. Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman
34. Abdul Aziz Ismail
35. Ariffin Kassim
36. Shahrizal Man Harun
37. Kamarol Salleh
38. Jeffri Salim
39. Mohammad Nawar Ariffin
40. Zaidel Baharuddin
41. Mohamed Hazali Abu Hassan
42. Mohd Safiee Salam
43. Sallehudin Satar
44. Erwin Mukhriz Zahari
45. Mohd Amir Izwan @ Felix Abdullah
46. Mohd Faizal Daud
47. Muhamad Saman @ Azizul Kamar Abdul Rahman
48. Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin
49. Norhilman Mohd Noor
50. Mohd Khairul Amri Amihamzah
51. Mohd Shazril Mohd Khalid
52. Syahrin Md Jamaludin
53. Mohamed Noor Mohamed Amin
54. Nurul Izham Nurul Anuar
55. Mohd Fairuz Mohd Sakirin
56. Mohd Idham Yasser Suleiman
57. Azrinizam Ibrahim
58. Hasniyusfee Abu Hassan
59. Mohd Ikhmal Abu Bakar
60. Zukhairi Md Osman
61. Muhammad Faiz Hashim
62. Ariff Hakimi Zulkifli
63. Jefrizal Mohd Jaafar
64. Mohamed Noor Affendy Ameerudeen
65. Mohd Iskandar Jaafar
66. Mohd Husaimi Hussin
67. Anuar Abd Manap
68. Azmi Md Yatim
69. Manndzri Nasib
70. Mohmad Asian Ahmad
71. Khairul Azlan Shah Abd Aziz
72. Mohd Saiful Mohd Sahak
73. Shahriman Akma Md Shabudin
74. Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi
75. Mohamad Nazari Ahmad
76. Ahmad Baidzawi Saleh Hamdi
77. Muhammad Faiz Mahayudin

Pemilihan UMNO 2013: Senarai penuh calon Majlis Tertinggi
KUALA LUMPUR - Berikut senarai muktamad calon Majlis Tertinggi untuk pemilihan Umno 19 Oktober ini, bagi penggal 2013-2016 yang dikeluarkan UMNO hari ini.

Pengerusi Tetap
1. Tan Sri Badruddin Amiruldin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)
Timbalan Pengerusi Tetap
1. Datuk Mohamad Aziz (Penyandang)
2. Ahmad Fariz Abdullah
3. Datuk Abd Rahman Palil

Presiden
1. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)
Timbalan Presiden
1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)
Naib Presiden
1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Penyandang)
2. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Penyandang)
3. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Penyandang)
4. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
5. Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
6. Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Majlis Tertinggi: (25 Jawatan Dipilih)
1. Datuk Seri Shahidan Kassim (Penyandang/dilantik)
2. Datuk Shamsul Anuar Nasarah
3. Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir
4. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Penyandang)
5. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Penyandang/dilantik)
6. Tan Sri Annuar Musa
7. Datuk Zahidi Zainul Abidin
8. Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan
9. Datuk Misri Barham
10. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin
12. Datuk Musa Sheikh Fadzir (Penyandang/dilantik)
13. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Penyandang)
4. Datuk Ab Aziz Kaprawi
15. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Penyandang)
16. Datuk Seri Mustapa Mohamed
17. Datuk Sohaimi Shahadan
18. Datuk Seri Idris Jusoh (Penyandang)
19. Datuk Seri Mahdzir Khalid
20. Datuk Razali Ibrahim (Penyandang/dilantik)
21. Dr Mohd Puad Zarkashi (Penyandang)
22. Datuk Halimah Mohamed Sadique
23. Yusoff Ishak
24. Mohd Ariff Abdul Aziz
25. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis (Penyandang)
26. Datuk Moktar Radin (Penyandang)
27. Datuk Ab Wahab Ibrahim
28. Zawawi Othman
29. Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah
30. Datuk Rosni Zahari
31. Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Penyandang/dilantik)
32. Datuk Abd Rahman Dahalan
33. Datuk Abd Latiff Ahmad (Penyandang)
34. Razali Husain
35. Datuk Dr Norraesah Mohamad (Penyandang)
36. Datuk Seri Azalina Othman Said
37. Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman
38. Datuk Md Alwi Che Ahmad
39. Datuk Azman Shah Omar Shah
40. Datuk Seri Mohamad Hasan
41. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Penyandang)
42. Datuk Maznah Abdul Hamid
43. Datuk Hamidah Osman
44. Datuk Hassan Malek
45. Mohd Sazili Shahibi
46. Abd Zarin Mohd Yasin
47. Datuk Mohamad Satim Diman
48. Dr Ahmad Kamal Ariffin Mohamed
49. Datuk Idris Haron (Penyandang)
50. Datuk Mohd Zain Ismail
51. Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
52. Datuk Nur Jazlan Mohamed
53. Datuk Nasir Safar
54. Azlan Man
55. Dr Zubir Harun
56. Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman
57. Mohsin Yusoff
58. Datuk Saifuddin Abdullah (Penyandang)
59. Datuk Ishak Ismail
60. Tun Faisal Ismail Aziz
61. Tan Sri A. Rahim Tamby Chik
62. Datuk Ahmad Jaafar
63. Datuk Reezal Merican Naina Merican
64. Sapin @Sairin Karano @Karno
- Bernama

Monday, 7 October 2013

Ahmad Mukhriz Calon Pelapis UMNO Masa Kini #Mukhriz4Exco



Sudah tiba masanya para pemimpin pelapis Pemuda UMNO secara beransur-ansur mengambil alih tampuk kepimpinan Negara kini. Bermula dengan pemilihan bulan depan, UMNO perlu memastikan usaha meremajakan parti keramat ini suatu realiti dan bukan omongan kosong semata-mata. Mana tahu, mungkin dengan barisan kepimpinan muda yang menerajui UMNO nanti, majoriti 2/3 akan sekali lagi milik kita?

Istilah anak emas diamalkan oleh YAB sehinggakan mengharapkan lantikan semata-mata sedangkan calon ini juga saling berusaha bersaing dengan calon yang lain dalam kancah pemilihan exco Pemuda UMNO Pusat kali ini.


Kepada usaha untuk memperkenalkan calon-calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini adalah sebagai satu tanda sokongan kami kepada usaha meremajakan UMNO kembali. Namun apa yang lebih penting, kami ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan muda berkualiti yang ada dalam UMNO kepada semua, bagi menafikan tohmahan pihak lawan bahawa UMNO kini tenat dan ketandusan pemimpin pelapis. Anda semua boleh nilaikan sendiri bukan? Salah seorangnya ialah Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad merupakan calon Exco Pemuda UMNO Pusat.

TERBAIK!!! @tunfaisal Kembali Untuk Bertanding MT #TF4MT

Setiap dari kita mempunyai cabaran serta liku kehidupan yang harus ditempuhi. Namun begitu cara mengatasi cabaran yang ditempuh itu memberikan seribu makna dan hikmah disebaliknya. Jika nawaitu serta semangat perjuangan yang ikhlas dan suci nescaya Allah memberikan jalan yang terbaik untuk kita.

Alhamdulilah Rayuan Tun Faisal telah diterima sebagai calon Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah diterima oleh jawatankuasa pemilihan UMNO sebentar tadi. Ianya telah diumumkan oleh Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di PWTC. Tahniah Tun Faisal...semoga kemenangan dan menjadi salah seorang MT...

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata:

Jumlah calon bertanding untuk Majlis Tertinggi: 260 orang.

Jumlah calon bertanding untuk pemilihan bahagian: 33,012 orang.

Jumlah Calon Muflis: 334 orang.

Menarik diri: 495 orang.

Tindakan Disiplin: 39 orang.

Jumlah keseluruhan perwakilan muflis: 1,703 orang.

Tan Sri Tajol Rosli Ghazali juga berkata, calon Majlis Tertinggi yang sebelum ini digugurkan kerana tidak menepati syarat, Tun Faisal Abdul Aziz dibenarkan untuk bertanding. Ini kerana beliau dicalonkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO.

Pemilihan UMNO kali ini agak berskala besar dan ramai yang terlibat, Ianya umpama pilihanraya. Persiapan rapi telah disusun oleh UMNO Malaysia untuk memastikan pergerakan dijamin bergerak lancar.

Setiap bahagian akan menerima 100 unit peti undi, 300 unit bakul untuk untuk kertas undi dan mesin kira undi sebanyak 10 unit.

Setiap bahagian juga akan menerima 200 helai baju sukarelawan untuk diedarkan kepada anggota yang bertugas pada pemilihan nanti.

Kesemua barangan ini akan diterima sebelum atau pada hari Khamis ini dan akan diedarkan kepada bahagian masing-masing untuk diguna dan diselia untuk hari mengundi Sabtu ini.

Kira-kira 30,000 petugas akan bertugas pada hari pemilihan nanti.


Tuesday, 24 September 2013

MENGAPA @tunfaisal Perlu DiPilih Sebagai MT #TF4MT

PT bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh rakan blogger dari Taiping yang mengatakan bahawa jika dilihat daripada jumlah calon yang menyerahkan borang pencalonan sebagai ahli majlis tertinggi, ada harapan untuk Tun Faisal memperolehi kemenangan. 





Baca SINI.

Kalau mengikut pandangan PT pula, Tun Faisal perlu diberikan peluang untuk berada dalam barisan majlis tertinggi UMNO Malaysia untuk memberikan idea atau pendapat yang lebih baik dalam sistem pentadbiran parti.

Bukan sahaja Tun Faisal, malah keempat empat calon yang diendorse oleh pemuda UMNO Malaysia perlu diberikan peluang untuk berganding sama dengan barosan orang lama dalam kepimpinan UMNO Malaysia.

Keseimbangan ini bagi PT amat perlu kerana untuk meneruskan perjuangan dalam memastikan kerajaan Barisan Nasional kekal sebagai kerajaan, maka suara suara orang muda perlu dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.

Jadi PT amat berharap kepada seluruh para perwakilan untuk memberikan undi kepada Tun Faisal serta rakan rakan yang lain demi untuk kebaikan UMNO itu sendiri serta
kombinasi kepimpinan lama dan baru penting bagi kesinambungan perjuangan dalam UMNO.

Sumber

Monday, 23 September 2013

Mengapa @AriffHakimi Perlu Dipilih Perwakilan Sebagai KP UMNO Pasir Puteh #AriffHakimi4Exco




Kepimpinan UMNO perlu diimbangi dengan kehadiran pemimpin yang mampu berkhidmat sepenuh masa bagi memastikan keberkesanan parti itu.

Pemimpin-pemimpin yang sudah mempunyai jawatan dalam kerajaan seperti Menteri Besar dan menteri sudah tentu mempunyai kekangan masa untuk melaksanakan tugas-tugas parti kerana pada masa yang sama mereka mempunyai tugas sebagai anggota kerajaan.

Calon Ketua Pemuda Pasir Puteh dan Exco Pemuda Malaysia UMNO, Ariff Hakimi bin Zulkifli merupakan seorang anak muda yang bergiat aktif dalam beberapa NGO pro kerajaan serta pergerakaan lain. 


Antaranya ialah:

1- Ketua Pegawai Eksekutif, Tabung Orang Muda Berbakti Kelantan (TOMBAK).

2- Naib Presiden, Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK).

3- Timbalan Presiden, Kelab Alumni Senibina Landskap UPM (KASEL).

4- Exco, Majlis Belia Negeri Kelantan.

5- Pengarah Eksekutif, Gerakan Destini Anak Bangsa.

6- Naib Presiden, Angkatan Generasi Melayu Muda (AGENDA).

7-Presiden, Kelab Sukarelawan Belia Pasir Puteh (KRISPATEH)

Katanya, apabila beliau diumumkan bertanding jawatan itu respons daripada ahli seperti ada keterujaan dan sokongan untuk calon anak muda menerajui pemuda Pasir Puteh.

Kata beliau lagi kombinasi kepimpinan lama dan baru penting bagi kesinambungan perjuangan dalam UMNO.
Ariff Hakimi bin Zulkifli 34 merupakan seorang Arkitek Landskap. Beliau berkelulusan B.L.Arch(UPM), M.B.A.(UUM) dan sekarang sedang belajar secara sambilan di UUM utk ijazah Doctor of Business Administration.

Thursday, 5 September 2013

#TF4MT - Tun Faisal Calon Paling Layak Untuk Majlis Tertinggi???


Sejak malam tadi tengok dah lebih meriah suasana pemilihan apabila Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengumumkan untuk menghantar 4 orang calon sebagai Ahli Majlis Tertinggi Malaysia.


Dalam 4 orang calon tersebut, salah seorangnya ialah Pengerusi Unit Media Baru PPUM, saudara Tun Faisal Ismail.

Mungkin di kalangan perwakilan peringkat bahagian ada yang masih belum mengenali Tun Faisal secara peribadi atau lebih dalam, tetapi apa yang penting ialah, Tun Faisal telah memberikan khidmat selama bertahun tahun dalam melawan pihak pembangkang di alam siber.

Untuk melihat atau mengetahui Tun Faisal secara lebih lanjut..sila baca DISINI

Kalau nak tulis tu rasanya memang le tak mampu sebab banyak sangat yang telah dilakukan oleh Tun Faisal sepanjang bergiat dalam politik tanah air.

Berpendapat bahawa angka 4 orang mewakili pergerakan pemuda bukanlah angka yang banyak dan untuk memberikan nafas baru kepada UMNO, maka satu transformasi kepimpinan perlu dilakukan.

Bukanlah menidakkan Ahli Majlis Tertinggi yang ada kini untuk meneruskan khidmat, tetapi trend pada masa kini sudah berubah, majoriti pengundi juga sudah berubah dimana ianya mencorakkan satu landskap baru dalam era politi tanah air yang memerlukan satu perubahan yang drastik.

Seperti yang ada dalam pautan yang berikan tadi tentang Tun Faisal, agak agaknya la, berapa orang yang mampu untuk melakukan hal sebegitu? Sekadar untuk bercakap memang tidak menjadi masalah yang besar, tetapi untuk merealisasikan perkara tersebut tidak tentu lagi ada yang mampu.

Jika kita lihat, pengamal media sosial perlu di letakkan di barisan Ahli Majlis Tertinggi supaya segala permasaalahan dan tohmahan terhadap kerajaan akan segera di jawab dan tidak perlu lagi menunggu agak lama seperti apa yang berlaku sekarang.

Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai orang yang bakal menentukan perjalanan politik negara untuk menjamin kesinambungan UMNO/BN untuk kekal sebagai pemerintah dan kekal sebagai kerajaan, muka muka baru ini perlu diberikan peluang.

Rasanya di bahagian bahagian juga sudah mula kelihatan akan timbul muka muka baru dalam menjadi pentadbir atau pemimpin ekoran pemimpin pemimpin lama yang berhasrat untuk tidak mengekalkan jawatan dan memberikan laluan kepada muka muka baru untuk meneruskan perjuangan. - Sumber

Wednesday, 28 August 2013

NKPUM Landasan Terbaik Untuk Kumpul KeKAYAan???


Dari Blog MTK...

Marah betul rakan rakan blogger aku bila calon yang mereka sedang promote untuk menjadi calon NKPUM dinafikan kelayakannya untuk bertanding dalam artikel aku Jumaat lepas..

Maaf rakan rakanku, bukan niat aku untuk menidakkan ketokohan Azwan bro sebagai koperat muda yang hebat yang pernah membantu sewaktu penubuhan Team Media Perak..




Tapi ada juga maklumat yang aku dapat Azwan bro lama menyepi macam chipsmore kejap ada kejap tak ada.Jangan bila dekat pemilihan parti baru nampak muka lepas tu buat roadtour perkenal diri minta restu nak lawan NKPUM ??..

Tak dinafikan, Azwan Bro tak banyak isu peribadi dimainkan cuma aku ada terbaca pendedahan dalam 1 blog saveumnoperak.blogspot.com dan http://en.wikipedia.org/wiki/Khairul_Azwan_Harun tentang kekayaan beliau dan senarai syarikat yang pernah dan dimiliki beliau..


Kalau Azwan Bro rasa benda tu satu fitnah, Azwan bro kena buat penjelasan untuk membersihkan namanya.Itu sahaja..

Cuma aku nak nyatakan disini adalah kepimpinan Pemuda Umno kali ini perlu bebas dari imej koperat..

Ada rakan blogger yang promote Azwan Bro menulis di blognya berkata, Apa masalah jika seseorang pemuda berimej koperat sudi untuk perjuangkan nasib pemuda? Aku nak tanya pula, berapa ramai tokoh koperat yang ada dalam pemuda sekarang ini bantu nasib pemuda akar umbi dan Melayu ?? Kalau ada tolong senaraikan berapa ramai ahli pemuda Umno di peringkat akar umbi yang susah dibantu oleh tokoh tokoh koperat muda Pemuda Umno???

Artikel ini(KLIK) adalah salah satu contoh tokoh koperat yang berjawatan dalam Pemuda Umno tidak mempedulikan nasib peniaga Melayu yang ditindas oleh syarikat yang dimilikinya..

Kalau rakan rakanku rasa tak ada masalah jika calon berimej koperat boleh mengembalikan sokongan orang muda terhadap Umno pada PRU14, anda semua teruskan, aku tiada hak untuk menghalang..

Apa yang aku nak tekankan ialah transformasi yang perlu dilakukan dalam pemuda adalah bebas dari imej koperat.. Sebab ianya boleh memberikan persepsi buruk terhadap pimpinan pemuda dan Umno masa akan datang..

Cukuplah dengan apa yang berlaku dalam kepimpinan yang lepas.Janganlah kita pertaruhkan lagi pada kepimpinan akan datang..

Jangan salah faham, Aku menulis ni bukan disuruh atau dipaksa oleh sesiapa, aku tak pernah dibayar oleh sesiapa untuk menulis perihal calon yang akan bertanding pada pemilihan kali ini..

Semua ini pendapat peribadi aku sebab sebelum ni pun aku dah tulis aku akan tolak mana mana calon yang bertanding jawatan tertinggi dalam pemuda bawa imej koperat.. Rujuk artikel sebelum ni yang dikeluarkan pada 16 Julai 2013..




Misi penubuhan Pemuda UMNO bagai parti dalam parti.Lebih kurang satu entiti pemberontak atau pendesak sama seperti apa yang dilakukan oleh rakan rakan blogger aku ini menyerang sesiapa saja yang buat salah dalam kerajaan dan parti.. Jadi tak salah aku nyatakan pendapat aku bukan ??

PT




Tuesday, 20 August 2013

Khir Toyo Hentam Noh Omar???

Bekas MB Selangor dah mula menjadi penasihat sekarang, maklumlah dah tiada jawatan, masa rehat makin panjang dan kali ini mulalah pandai nasihat orang lain. Beliau berkata pemimpin Umno Selangor tak perlulah ghairah bertanding pemilihan Umno di peringkat pusat, utamakan kekuatan Umno Selangor.

“Apa tujuan mereka bertanding? ”“Apa keutamaan mereka, negeri Selangor atau Umno pusat ?” tanya Khir Toyo dihubungi FreeMalaysiaToday. Kata Khir Toyo lagi, peliknya ketika ramai Menteri Besar tidak mahu bertanding, ada pemimpin Umno Selangor yang ingin berbuat demikian.

“Menteri Besar Johor (Datuk Seri Mohamad Khalid Norden), Menteri Besar Pahang (Datuk Seri Adnan Yaakob) tidak mahu bertanding kerana hendak menguatkan parti di negeri masing-masing. Tetapi pemimpin dari negeri yang kalah pula mahu bertanding,” tambah beliau.

Difahamkan dua pemimpin Umno Selangor akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi seperti dimaklumkan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Shukor Idrus. Mereka yang akan bertanding ialah bekas menteri kabinet yang juga Pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar dan bekas Setiausaha BN Selangor, Datuk Satim Diman. - Sumber

PT
Bapak Khir Toyo tak payahlah berkokok lagi dalam UMNO, kamu tu sudah jadi ahli yang terpalit dengan kesalahan...dok diam-diam sudahlah sedara Khir. Kamu tegyr atau bagi pandangan sekalipun orang UMNO takkan pandang dah. Cukup-cukuplah tu....sedar diri sikit....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive