Showing posts with label tun faisal. Show all posts
Showing posts with label tun faisal. Show all posts

Tuesday, 8 October 2013

Ahli MT Dapat Bantu Gerak Kerja Parti Berterusan - Tun Faisal #TF4MT #No60 @TunFaisal


Calon ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz berpendapat bahawa kehadiran anggota MT yang tidak terikat dengan pentadbiran kerajaan ataupun Parlimen adalah penting kerana ia memastikan gerak kerja parti dapat dilaksanakan secara berterusan dan berkesan.

Jelas beliau yang juga Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pemuda UMNO Malaysia, ahli yang tidak terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan mahupun Parlimen boleh membantu mengisi kekosongan vakum yang tidak dapat diisi oleh pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO sebelum ini.

"Untuk bertemu dengan rakyat... untuk berhadapan dengan pembangkang dan juga untuk melaksanakan program di peringkat gerak kerja parti secara berterusan dan berkesan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Ditanya sama ada ahli MT yang terlalu ramai dalam pentadbiran kerajaan dan juga Parlimen merupakan satu kelemahan kepada parti, beliau berkata perlu ada keseimbangan di antara kedua-duanya.

"Dia perlu ada keseimbangan di sini. Kita perlukan juga anggota pentadbiran dalam MT, kita perlu juga ada ahli Parlimen dalam MT... kita juga perlukan orang-orang yang tidak terikat dengan tugas-tugas pentadbiran dan Parlimen, kerana waktu Parlimen bersidang ataupun waktu banyak tugas-tugas pentadbiran perlu dilakukan dalam kerajaan, gerak kerja parti akan terabai.

"Jadi kita perlukan orang-orang yang boleh buat gerak kerja parti secara berterusan," katanya.

Selain itu, jelas Tun Faisal mereka yang tidak terikat dengan tugas-tugas pentadbiran juga boleh bercakap dengan nada parti dan bukan dalam nada kerajaan.

Sementara itu, beliau berpandangan bahawa pertemuan secara dialog adalah lebih baik berbanding dengan perdebatan di antara calon-calon naib presiden dalam pemilihan UMNO nanti.

Katanya, perbincangan dalam bentuk dialog dapat menggalakkan suasana kekeluargaan dan saling hormat menghormati.

Bagaimanapun beliau tidak menentang sekiranya perdebatan secara sihat diadakan, menyifatkannya ia bagus jika dilaksanakan.

"Kalau boleh diadakan ia bagus tetapi dalam bentuk dialog berbanding perdebatan kerana ini menggalakkan suasana kekeluargaan dan saling hormat menghormati," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Namun katanya ia juga tidak menjadi masalah sekiranya tidak dilaksanakan kerana ada yang berpandangan bahawa cara tradisi iaitu dengan turun berjumpa perwakilan lebih mempunyai sentuhan peribadi.

"Bagi saya kita patut raikan kalau sempat alhamdulillah kita buat, kalau ada yang lebih yakin dengan cara tradisi kita serahkan kepada kebijaksanaan calon yang mengendalikan gerak kerja kempen masing-masing," tambahnya.

Baru-baru ini, ahli Veteran Umno, Tun Musa Hitam mencadangkan agar keenam-enam calon naib presiden dalam Pemilihan Umno 2013 ditemukan dalam satu perdebatan melalui televisyen.

Kata beliau, perdebatan itu sesuai dengan transformasi Umno dalam sistem pemilihan barunya sempena proses yang bakal berlangsung pada 19 Oktober ini. - Sumber

Thursday, 26 September 2013

Apa Sudah Jadi??? Calon MT Dighaibkan Untuk Pemilihan UMNO 2013 @NajibRazak @Muhyiddinyassin @HishammuddinH2O @Zahid_Hamidi #TF4MT



Di bawah adalah senarai calon-calon Majlis Tertinggi UMNO yang terbaru tetapi satu perkara telah mengejutkan  sahabat-sahabat Media alternatif yang lain.

Majlis Tertinggi UMNO
SHAHIDAN BIN KASSIM - 1
SHAMSUL ANUAR BIN NASARAH - 2
AZIZ JAMALUDIN BIN HJ MHD TAHIR - 3
ISMAIL SABRI BIN YAAKOB - 4
RAJA NONG CHIK BIN RAJA ZAINAL ABIDIN – 5
ANNUAR BIN HAJI MUSA - 6
ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN - 7
TAWFIQ BIN ABU BAKAR TITINGAN – 8
MISRI BIN BARHAM - 9
ROSNAH BTE HJ ABD RASHID SHIRLIN -10
MUSA BIN HAJI SHEIKH FADZIR – 12
AHMAD SHABERY BIN CHEEK – 13
AB AZIZ BIN KAPRAWI – 14
ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM - 15
MUSTAPA BIN MOHAMED - 16
SOHAIMI BIN SHAHADAN - 17
IDRIS BIN HJ JUSOH - 18
MAHDZIR BIN KHALID - 19
RAZALI BIN IBRAHIM - 20
MOHD PUAD BIN ZARKASHI - 21
HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE - 22
YUSOFF BIN ISHAK – 23
MOHD ARIFF BIN ABDUL AZIZ - 24
JAMALUDIN BIN DATO MOHD JARJIS - 25
MOKTAR BIN RADIN – 26
AB WAHAB BIN IBRAHIM – 27
ZAWAWI BIN OTHMAN - 28
RAJA ROPIAAH BINTI RAJA ABDULLAH - 29
ROSNI BINTI ZAHARI - 30
JAMIL KHIR BIN BAHAROM - 31
ABD RAHMAN BIN DAHLAN - 32
ABD. LATIFF BIN AHMAD - 33
RAZALI BIN HUSAIN – 34
NORRAESAH BINTI MOHAMAD - 35
AZALINA BINTI OTHMAN - 36
SITI ZAHARAH BINTI SULAIMAN - 37
MD ALWI BIN CHE AHMAD - 38
AZMAN SHAH BIN OMAR SHAH - 39
MOHAMAD BIN HJ HASAN – 40
TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN - 41
MAZNAH BINTI ABD HAMID - 42
HAMIDAH BINTI OSMAN - 43
HASAN BIN MALEK - 44
MOHD SAZILI BIN SHAHIBI – 45
ABD ZARIN BIN MOHD YASIN - 46
MOHAMAD SATIM BIN DIMAN - 47
AHMAD KAMAL ARIFFIN BIN MOHAMED - 48
IDRIS BIN HARON - 49
MOHD ZAIN BIN HJ ISMAIL - 50
WAN MOHAMMAD KHAIR-IL ANUAR BIN WAN AHMAD - 51
NUR JAZLAN BIN MOHAMED - 52
NASIR BIN SAFAR - 53
AZLAN BIN MAN - 54
ZUBIR BIN HARUN – 55
AHMAD TAJUDDIN BIN SULAIMAN – 56
MOHSIN BIN YUSOFF - 57
SAIFUDDIN BIN ABDULLAH - 58
ISHAK BIN ISMAIL – 59
A RAHIM BIN TAMBY CHIK - 61
AHMAD BIN JAAFAR – 62
REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN – 63
SAPIN @ SAIRIN BIN KARANO @ KARNO - 64

Ramai terkejut besar apabila nama Tun Faisal Aziz digugurkan dalam pencalonan MT UMNO.

Sesungguhnya, siapa yang tidak kenal Tun Faisal Aziz, Pengerusi Unit Media Baru (UMB) yang juga merupakan Exco Pemuda UMNO Malaysia. Seluruh famili penggerak media alternatif sama ada pro-BN atau pun pro-pembangkang kenal beliau.



Beliau adalah AJK Pemuda UMNO Malaysia yang menang bertanding semasa pemilihan Pemuda UMNO pada tahun 2008 bukan atas perlantikan.

Dan Tun Faisal Aziz adalah salah seorang daripada calon Pemuda yang mendapat endorsement daripada YB Khairy Jamaluddin dan seluruh Pemuda UMNO Malaysia.

Seterusnya baca [SINI]

Thursday, 5 September 2013

#TF4MT - Tun Faisal Calon Paling Layak Untuk Majlis Tertinggi???


Sejak malam tadi tengok dah lebih meriah suasana pemilihan apabila Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengumumkan untuk menghantar 4 orang calon sebagai Ahli Majlis Tertinggi Malaysia.


Dalam 4 orang calon tersebut, salah seorangnya ialah Pengerusi Unit Media Baru PPUM, saudara Tun Faisal Ismail.

Mungkin di kalangan perwakilan peringkat bahagian ada yang masih belum mengenali Tun Faisal secara peribadi atau lebih dalam, tetapi apa yang penting ialah, Tun Faisal telah memberikan khidmat selama bertahun tahun dalam melawan pihak pembangkang di alam siber.

Untuk melihat atau mengetahui Tun Faisal secara lebih lanjut..sila baca DISINI

Kalau nak tulis tu rasanya memang le tak mampu sebab banyak sangat yang telah dilakukan oleh Tun Faisal sepanjang bergiat dalam politik tanah air.

Berpendapat bahawa angka 4 orang mewakili pergerakan pemuda bukanlah angka yang banyak dan untuk memberikan nafas baru kepada UMNO, maka satu transformasi kepimpinan perlu dilakukan.

Bukanlah menidakkan Ahli Majlis Tertinggi yang ada kini untuk meneruskan khidmat, tetapi trend pada masa kini sudah berubah, majoriti pengundi juga sudah berubah dimana ianya mencorakkan satu landskap baru dalam era politi tanah air yang memerlukan satu perubahan yang drastik.

Seperti yang ada dalam pautan yang berikan tadi tentang Tun Faisal, agak agaknya la, berapa orang yang mampu untuk melakukan hal sebegitu? Sekadar untuk bercakap memang tidak menjadi masalah yang besar, tetapi untuk merealisasikan perkara tersebut tidak tentu lagi ada yang mampu.

Jika kita lihat, pengamal media sosial perlu di letakkan di barisan Ahli Majlis Tertinggi supaya segala permasaalahan dan tohmahan terhadap kerajaan akan segera di jawab dan tidak perlu lagi menunggu agak lama seperti apa yang berlaku sekarang.

Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai orang yang bakal menentukan perjalanan politik negara untuk menjamin kesinambungan UMNO/BN untuk kekal sebagai pemerintah dan kekal sebagai kerajaan, muka muka baru ini perlu diberikan peluang.

Rasanya di bahagian bahagian juga sudah mula kelihatan akan timbul muka muka baru dalam menjadi pentadbir atau pemimpin ekoran pemimpin pemimpin lama yang berhasrat untuk tidak mengekalkan jawatan dan memberikan laluan kepada muka muka baru untuk meneruskan perjuangan. - Sumber

Monday, 8 April 2013

#GE13 : Bongkar !!! Ops Harimau Belang Takutkan Pengundi BN #PRU13 #tolakPR @tunfaisal

Ops Harimau Belang! Itulah operasi bersepadu yang bakal dilakukan oleh PAS semasa dan ketika hari pengundian sebagaimana surat yang didedahkan di atas adalah satu perkara yang serius dan ianya wajib disiasat oleh pihak berkuasa.

Kerana berdasarkan maklumat dalaman PAS, sehari selepas pembubaran parlimen - Unit Amal PAS bermesyuarat di SUK Selangor untuk mewujudkan gerak kerja menimbulkan kekecohan sepanjang kempen.

Modus operandi mereka ialah dengan memasuki rumah yang belum dimasuki oleh BN bertujuan menakutkan pengundi.

Percubaan PAS mahu mencetuskan kekecohan sekaligus mewujudkan perasaan takut di kalangan pengundi semasa PRU13 kelak adalah bukti jelas bahawa pembangkang sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan proses pemilihan kerajaan oleh rakyat dilihat berjalan dalam suasana yang tidak demokrasi.

Adakah Ops Harimau Belang, NED dan BERSIH Ada Hubung Kait? Kita imbas sedikit ingatan kita terhadap segala kekecohan yang tercetus atas nama mahukan pilihan raya yang adil oleh NGO haram BERSIH.

BERSIH  pada awalnya menganjurkan demontrasi jalanan atas nama 'BERSIH' kononnya mahu menuntut pilihan raya yang adil dengan meminta SPR menggunakan sistem dakwat kekal dalam proses pilihan raya, setelah cadangan ini diterima pembangkang mewujudkan beberapa lagi tuntutan bagi menghalalkan demontrasi BERSIH 2.0, BERSIH 3.0 dan BERSIH 4.0.

Walhal jika diteliti isu pengundi hantu yang sering kali dimainkan oleh pembangkang hanya tiba setiap kali negara menghampiri pilihan raya tetapi isu tersebut menyepi sebaik sahaja mereka memenangi 5 negeri dalam PRU12.

Sebenarnya jika diperhatikan tindakan pembangkang menerusi balaci mereka Ambiga dan BERSIH bukan mahukan pilihan raya yang adil. Sebaliknya ia bertujuan menarik campur tangan asing mencampuri proses pilihan raya sebagaimana berlaku di Filipina, Myanmar, Laos dan Indonesia.

Kerana gerakan BERSIH hampir sama dengan apa yang berlaku di negara-negara tersebut. Bermula di Filipina pihak asing memainkan peranan melalui penyaluran maklumat palsu secara besar-besaran menerusi bahan kempen dan akhbar, menyeleweng sistem pilihanraya, membiayai serta menulis ucapan untuk calon pro-amerika dalam kempen pilihanraya negara tersebut.

Sekitar 1955 sejumlah USD1 juta digunakan oleh pihak asing untuk membiayai kempen pilihanraya gabungan parti sederhana bagi menganggu dan mengurangkan sokongan rakyat Indonesia terhadap Presiden Sukarno.

Manakala di Laos pada tahun 1960 pihak asing terlibat serta campur tangan dalam sistem pilihan raya negara setelah pembangkang mendakwa pilihan raya negara tersebut tidak adil dan tidak telus.

Pihak asing dipercayai zionis amerika terlibat dengan memasukkan kertas undi palsu untuk membantu kemenangan orang kuat mereka iaitu Phoumi Nosavan (pembangkang) bagi memastikan kerajaan pro-Amerika ditubuhkan di negara tersebut.

Gerakan licik yang dilakukan oleh agen asing telah berubah dan kini dikatakan mereka terus bergerak dengan berselindung melalui NED yang ditubuhkan kononnya menyokong institusi demokrasi di seluruh dunia melalui usaha yang dilakukan oleh badan-badan bukan kerajaan.

Jadi pendedahan surat yang tersebar di beberapa laman blog merupakan satu perkara yang serius, jika benar Ops Harimau Belang bukannya datang dari PAS, sewajarnya pemimpin tertinggi PAS mengeluarkan kenyataan serta ikrar kepada rakyat bahawa parti tersebut sama sekali tidak akan membuat kekecohan sepanjang PRU13.

Justeru itu sewajarnya pihak berkuasa meneliti serta menyiasat mengenai perkara ini, kerana ia sebenarnya melibatkan soal keselamatan negara, kerana dibimbangi perkara yang dilihat kecil ini bakal membuatkan negara kita menerima nasib yang sama seperti Filipina, Laos, Myanmar dan Indonesia.

Sumber : TUN FAISAL

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive