Showing posts with label tuan ibrahim tuan man. Show all posts
Showing posts with label tuan ibrahim tuan man. Show all posts

Wednesday, 12 March 2014

MH370 Masuk Ke Alam Jin - Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR: Kehilangan MH307 sebagai suatu yang misteri, tulis Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi facebook.

“Apakah mungkin objek di alam manusia boleh memasuki alam jin, sehingga ia hilang dari pandangan mata manusia dan alat pengesan manusia seperti radar, GPS dan lain-lain,” ujarnya.

Ini, katanya kita biasa mendengar kehilangan misteri manusia beberapa hari, sehingga ia 'kembali' semula ke alam manusia. “Ia bukanlah satu perkara pelik, sama ada kita ingin mempercayainya atau tidak.

“Namun hakikat yang kita wajib percaya wujudnya alam jin dan alam malaikat di sebalik alam manusia ini,” ujarnya. Justeru, tanya beliau apakah mustahil sesuatu objek memasuki alam tersebut, sehingga ia kembali atau terus hilang tanpa dapat dikesan.

“Semuanya dalam kekuasaan Allah. Maka sebagai hamba Allah, jangan putus asa, memohon, merayu dan berdoa. Di saat ini jauhi perbuatan khurafat dan kepercayaan karut.

“Jauhi tukang-tukang telek, ahli-ahli nujum dan mereka yang sanggup melakukan perbuatan khurafat dan syirik untuk menjadi 'hero' dalam merungkai misteri ini,” tulisnya lagi.  - Sumber

Tuesday, 8 October 2013

Pas Selalu Rendah2kan Kaum Ibu???

Baru-baru ini, Ketua Penerangan PAS pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man telah membuat satu kenyataan berbaur penghinaan terhadap kaum ibu. Kenyataan yang dibuat semasa Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pahang yang ke 25 itu benar-benar meletakkan kesalahan dikalangan kaum ibu sahaja di dalam mendidik anak di dalam keluarga.


“Pentingnya peranan muslimat ialah mengambil berat tentang ibu-ibu tunggal. Ingat, kebiasaannya anak-anak akan dipengaruhi ibu. Umpamanya isteri Nabi Nuh tidak beriman, anaknya juga tidak beriman. Begitu juga dengan isteri Nabi Lut yang tak beriman, dituruti oleh anaknya.”-Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Pusat).

Seolah-olah meletakkan segala tanggungjawab diatas bahu gologan ibu, Tuan Ibrahim nampaknya terlupa bahwa institusi kekeluargaan itu harus dicorakkan oleh kesemua ahli keluarga dan tidak tertakluk kepada ibu sahaja. Lantas kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Ibrahim itu bertentangan dengan prinsip kekeluargaan di dalam Islam. Bukannya kesemua tanggungjawab diletakkan dibahu ibu sahaja.

Dengan menggunakan analogi ‘isteri nabi-nabi terdahulu sesat, maka anak-anak mereka akan sesat” adalah satu penghinaan bukan sahaja kepada golongan ibu di dunia ini, tetapi juga satu penghinaan kepada golongan nabi, kerana ia seperti merendah-rendahkan martabat nabi kononya tidak berupaya mendidik isteri-isteri mereka untuk taat kepada perintah Allah.

Selanjutnya baca [SINI]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive