Showing posts with label Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Mahathir. Show all posts

Sunday, 27 April 2014

Misteri MH370!!! - Tun M Salahkan Boeing & Pihak Ketiga

[Artikel asal dalam Bahasa Inggeris yang ditulis dalam blog rasmi Tun Dr Mahathir - chedet semalam dan hari ini telah disekat kerana mungkin terlalu lantang dan bercakap benar. mengenai apa yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airlines yang hilang - MH370] MH 370

1. Saya berasa kecewa apabila pekerja MAS dikepung di Beijing oleh ahli keluarga penumpang MH370 yang hilang. Saya juga terkilan kerana mereka menyalahkan pihak yang salah. Kehilangan pesawat ini adalah disebabkan oleh pembuat pesawat Boeing itu sendiri.

2. Mengapakah Boeing mereka pesawat yang begitu lemah dan mudah dilumpuhkan? Dalam keadaan yang sepatutnya, kru pesawat termasuk juruterbang, pembantu juruterbang boleh berhubung dengan KLIA.

Walaupun ada kemungkinan juruterbang tidak mahu menghubungi KLIA, tetapi pembantu juruterbang sudah tentu sekali ada keazaman untuk memaklumkan stesyen operasi di darat sekiranya pesawat tidak terbang mengikuti jalan udara yang sepatutnya.

3. Jika sekiranya penumpang tidak perasan apa-apa yang di luar kebiasaan sekali pun, sudah tentu kru kabin, dan pembantu juruterbang dapat mengesannya. Mereka semua amat terlatih untuk berhadapan dengan kes-kes kecemasan.. jika tidak serta merta sekalipun.. setidak-tidaknya kemudian.

4. Tetapi apa yang berlaku, nampaknya tiada sesiapa pun di dalam kabin yang mencuba (maklumkan keanehan/keganjilan yang berlaku). Andainya juruterbang yang dengan sengaja mematikan system keselamatan, sudah tentu ia memerlukan sedikit masa dan usaha.

Pembantu juruterbang pula sudah pasti perasan kelakuan aneh juruterbang dan setidak-tidaknya berbuat sesuatu untuk menghalang. Adakah pembantu juruterbang telah turut ‘dilumpuhkan’ (oleh siapa?), Adakah kesemua kru pesawat juga telah ‘dilumpuhkan’ (oleh siapa juga)?

5. Kesemua pesawat penumpang sepatutnya boleh dikesan, walaupun menggunakan teknologi biasa seperti telefon bimbit. Saya boleh lakukannya melalui telefon. Jika ia mendarat, saya boleh lihat status pendaratannya.

Saya juga boleh memperoleh maklumat mengenai mana-mana pesawat di mana jua – siapa pembuatnya, model apa, kepunyaan siapa.. ke mana dan dari mana ia terbang dan destinasinya.

6. Saya yakin dan percaya terdapat peralatan di dalam pesawat yang membolehkan ia dikesan – mungkin GPS.

7. Peralatan kamera canggih yang terpasang pada satelit-risikan (di angkasa) yang dikendali oleh beberapa buah kuasa besar dunia sebenarnya mampu mengambil gambar manusia (di atas muka bumi) dan sekaligus mengenalpasti identity manusia terbabit. Sudah semestinya kamera seperti ini lebih daripada mampu untuk mengesan objek sebesar 63 meter (pesawat Boeing)

8. Kali ini, pesawat MH370 telah hilang secara mutlak. Saya jangkakan di dalam telefon bimbit semua orang, ia juga telah hilang. Peralatan keselamatan di atas pesawat telah dimatikan. Malah, sistem keselamatan lapisan kedua dan ketiga (back-up) juga telah dilumpuhkan.

9. Pesawat MH370 ini dibina oleh Boeing. Oleh itu, Boeing patut menjelaskan bagaimanakah segala sistem keselamatan dan pengesan pesawat canggih ini boleh dimatikan, dalam erti kata lain.. gagal. Ini menjurus kepada rumusan samada teknologi Boeing sangat teruk, atau ia tidak selamat. Saya tidak akan terbang menaiki pesawat Boeing , sekiranya Boeing tidak mampu menjelaskan isu terbabit.

10. Sistem penerbangan kawalan jauh (drone) sekarang amat maju dan berkuasa. Apakah benar Boeing telah memasang sistem kawalan jauh ke atas pesawatnya bagi mengelak aktiviti rampasan dan keganasan?

Jika benar.. maka kenapa ia tidak dikawal bagi membolehkan MH370 mendarat dengan selamat? Adakah tidak mustahil bagi pihak ke-tiga (selain Boeing dan MAS) mengambilalih kapal terbang dan mengawalnya dari jauh?

11. Apabila pesawat terhempas.. biarpun di atas tanah, mahupun di laut.. sudah pati ada bangkai pesawat ataupun tompokan minya. Sehingga tarikh ini, tiada satu pun yang menjadi bukti terhempasnya pesawat. Persoalannya, bolehkah pesawat terhempas/tenggelam dengan begitu sempurna sehinga tiada kesan apa sekali pun?

12. Bolehkah kita percaya pesawat ini (MH370) jatuh dengan begitu tenang sekali di dalam lautan ganas (Laut Hindi) dan tenggelam dengan begitu mudah ke dalam lautan? (tanpa meninggalkan sebarang petunjuk)

13. Sudah menjadi amalan kebiasaan, apabila pesawat terhempas, sepasukan pakar akan tiba ke lokasi dengan segera untuk mencari punca terhempasnya peawat. Boeing dan pihak berkuasa SEPATUTNYA berusaha mencari kapal terbang tersebut. TETAPI Boeing langsung tidak menunjukkan minat mencari, dan sebenarnya seperti langsung tidak menolong proses pencarian.

14. Syarikat penerbangan nasional MAS telah mengendalikan pelbagai pesawat dan ada rekod yang cemerlang. Juruterbang MAS juga amat terlatih. Jika sekiranya juruterbang ingin membunuh diri sekalipun, sudah tentu pembantu juruterbang dan kru kabin tidak akan membenarkannya berbuat demikian (demi keselamatan penumpang). Tetapi kali ini, ada kemungkinan kesemua kru penerbangan sudah ‘dilumpuhkan’ sama sekali (melalui cara yang tidak kita ketahui)

15. Boeing perlu menjawab kesemua persoalan ini. Boeing mesti membuktikan kesemua kemungkinan mengapa sistem komunikasi boleh dimatikan. Boeing patut menanggung tanggungjawab kerana membina sebuah pesawat yang boleh tiba-tiba hilang begitu sahaja secara total di tengah-tengah udara.

16. MAS tidak bersalah. MAS terlah menerbangkan pesawat untuk menjalankan tugas. Tetapi pesawat Boeing tersebut telah bekelakuan luar dari kebiasaan. SIapa yang harus bertanggungjawab? Sudah tentu bukan MAS, tapi pastinya pembuat kapal terbang tersebut.. iaitu Boeing Aircraft Corporation. - Sumber

Tuesday, 22 April 2014

Tun M Desak Tambak Johor Dirobohkan

Tambak Johor sudah tidak lagi relevan dalam dunia moden sekarang kerana ia dilihat menyekat laluan di Selat Tebrau. Malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Tambak Johor juga menyebabkan pelbagai masalah terutamanya melibatkan isu alam sekitar dan kesesakan lalu lintas di Johor Bahru.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya Tambak Johor dirobohkan bagi membolehkan pembinaan jambatan baru antara Malaysia dan Singapura yang dikenali sebagai ‘Jambatan Persahabatan’ seperti yang dicadangkan kerajaan.

“Jika ia adalah sebuah jambatan, adakah kita masih perlukan sebuah tambak? Tambak ini menghalang air mengalir keluar dan ia juga sangat kotor”.

“Ia menyebabkan laut menjadi sangat kotor dan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk di Johor Bahru kerana jambatan tidak dibina,” katanya selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Leaders in Today’s Society: Issues, Challenges and Way Forward’ di Universiti Teknologi Petronas di Seri Iskandar, Perak pada Rabu.

Beliau juga berharap kerajaan tidak akan membina jambatan di tempat lain dan kemudian meninggalkan Tambak Johor di tempatnya kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Johor.

“Ia (Tambak Johor) perlu dirobohkan, jika tidak tak adalah persahabatan,” katanya. Dr Mahathir juga melahirkan kekecewaan beliau berhubung pembatalan projek pembinaan ‘Jambatan Bengkok’ di Selat Johor, sebelah Malaysia menghubungkan Tambak Johor ke Singapura.

Beliau berkata sewajarnya jambatan berkenaan dibina kerana Tambak Johor menghalang pergerakan aliran air timur-barat yang boleh digunakan bagi tujuan komunikasi.

Pada 7 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan pembinaan ‘Jambatan Persahabatan’ semasa sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong selepas kedua-dua mereka mengakhiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura selama dua hari di Putrajaya.

Sumber

Monday, 3 March 2014

Kenapa Tun M Pertikai Pemberian BR1M Oleh Najib???

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi mempersoalkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dan mengingatkan ahli politik Barisan Nasional (BN) supaya tidak berada dalam khayalan bahawa pemberian tunai secara meluas seperti itu boleh memberikan sokongan yang lebih kepada kerajaan.

"Perlukah kita akan BR1M? Tanpa BR1M pun, kita pernah mendapat sokongan rakyat," tulis Dr Mahathir dalam blognya.

"Jika mereka tidak sokong, ia adalah kerana mereka tidak puas hati dengan sesuatu, malah mungkin tentang BR1M.

Cari sebab mengapa mereka tidak puas hati dan anda akan tahu apa perlu dilakukan.

" Dr Mahathir juga memberi respon kepada kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang berkata seramai 17,000 penerima BR1M tahun lepas telah memaklumkan kepada kerajaan bahawa mereka tidak mahu menerima bantuan kali ini kerana merasakan bukan lagi dalam kategori keluarga susah.

Menurut Ahmad Husni, ia membuktikan tahap kematangan masyarakat semakin tinggi kerana menolak BR1M dengan penuh rasa tanggungjawab.

Bagaimanapun, Dr Mahathir menempelak kenyataan itu, dan mengatakan ramai yang menyifatkan BR1M sejenis bentuk rasuah.

"Ia tidak mencerminkan perasaan atau sentimen mereka. Perasaan sedemikian lebih baik diperlihatkan apabila mereka mengundi.

“Undi merekalah yang mencerminkan kematangan mereka. Perasaan mereka pula mungkin akan dilahirkan dengan cara lebih kasar," kata beliau.

Dr Mahathir juga memberikan perkiraan jumlah yang perlu dibelanjakan kerajaan bagi menampung pemberian BR1M. "RM500 seorang untuk 7 juta orang bermakna kerajaan membelanjakan RM3.5 billion. Jika kadar BR1M ditambah kepada RM1,200, kos ini menjadi RM8.4 billion.

“Ini jumlah wang yang banyak. Tetapi masih ramai lagi orang miskin di negara ini," tulisnya, sambil menambah bahawa walaupun beliau menyokong kerajaan, ada beberapa yang beliau tidak setuju.

Putrajaya mengumumkan fasa ketiga program BR1M tahun ini, dengan nilai bantuan ditambah daripada RM500 kepada RM650 bagi kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, manakala RM450 bagi kategori berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000.

Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun menerima kenaikan RM100, menjadikan jumlah bantuan RM650, manakala bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan RM2,000 dan ke bawah diberi penambahan RM50, menjadikan bantuan kepada RM300.

Sumber

Tuesday, 25 December 2012

MALAYSIA NEGARA YANG SANGAT BERTUAH !!!



Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mempunyai pengalaman melalui kehidupan sejak awal abad ke-19 apabila negara ini dikenali sebagai Malaya, menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang bertuah dalam banyak aspek.

Beliau, yang turut menerajui negara ini selama 22 tahun iaitu pada akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20, mengakui telah melihat banyak transformasi yang menakjubkan dan pencapaian yang cemerlang di negara ini.

Daripada pemerintahan British hingga negara mencapai kemerdekaan dan dari sebuah ekonomi pertanian kepada kepelbagaian teknologi tinggi, Malaysia melalui satu perubahan yang begitu lancar dari segi sosial, politik dan ekonomi.

Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai sejak sekian lama. Hanya mengalami tempoh gangguan dalam ketenteraman semasa pendudukan tentera Jepun semasa Perang Dunia 11 dan kejadian 13 Mei, 1969.

Ini antara ucapan mengenai keamanan di Malaysia oleh Dr Mahathir di hadapan ahli Parlimen pada satu jamuan malam di sini baru-baru ini.

Selari
Dr Mahathir berkata, walaupun 'tuah' itu bukan perkara baru untuk diperkatakan namun ia harus sentiasa diperdengarkan agar 28 juta rakyat Malaysia khususnya generasi muda terus mempunyai alasan kukuh untuk sentiasa berbangga dan bersyukur betapa beruntungnya berpijak dan membina kehidupan di Bumi Malaysia.

Paling jelas adalah aspek peningkatan ekonomi yang menjadikan Malaysia dan rakyatnya kini hidup dalam zon selesa dan setanding dengan negara maju yang lain.

"Saya selalu buat bandingan di antara masa saya dan masa sekarang. Masa British dulu, 70 peratus rakyat Malaysia berada di bawah paras kemiskinan," katanya.

Namun kini keadaan jauh berbeza dan ia dijadikan satu ukuran yang jelas kepada rakyat untuk memahami sejauh mana kemajuan yang telah dicapai sejak Malaysia merdeka selama 55 tahun.

Beliau berkata kemajuan ekonomi Malaysia begitu menakjubkan terutama jika dibuat perbandingan dengan negara yang mencapai kemerdekaan hampir seusia Malaysia, contohnya, Uganda di Afrika.

"Uganda pernah dianggap oleh British sebagai lebih maju berbanding Malaysia, namun apabila saya berada di sana (Uganda), pemimpinnya bertanya, bagaimana Uganda sekarang ini ketinggalan sejauh 50 tahun berbanding kemajuan di Malaysia," katanya.

Banyak negara Eropah seperti Greece, Portugal dan Itali, yang terkenal sebagai pemegang ekonomi dunia, kini turut menghadapi krisis ekonomi.

Negara kuasa besar dunia, Amerika Syarikat, juga terpaksa melalui kemelesetan ekonomi dengan kadar pengangguran yang tinggi.

Malaysia terus maju
Jelasnya, meskipun Malaysia memiliki tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India serta 29 suku kaum Sabah dan Sarawak, yang mempunyai anutan agama, mazhab dan ideologi politik yang berbeza rakyatnya dapat hidup harmoni tanpa sebarang rusuhan yang memudaratkan.

Dr Mahathir berkata keadaan yang bertentangan pula berlaku di kebanyakan negara yang berbilang kaum dan puak seperti di Pakistan, Iraq dan Afghanistan, yang mana berlaku rusuhan antara kaum dan antara puak yang mempunyai fahaman dan mazhab yang berlainan seperti Sunil dan Syiah.

"Di sebelah Timur Tengah juga kita dapati negara Arab berada dalam keadaan kucar-kacir, sudah ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan Libya, Mesir bahkan usaha juga sedang dibuat untuk menjatuhkan Syria dan Bahrain.

"Bahkan di negara Asean seperti Thailand dan Filipina juga menyaksikan berlakunya tunjuk perasaan dan rusuhan di jalanan," katanya.

Kedudukan geografi
Dr Mahathir berkata bertuahnya rakyat di Malaysia bukan sahaja kerana ekonomi dan penyatuan keharmonian rakyatnya malahan bumi indah ini berada dalam kedudukan geografi yang semulajadinya bebas daripada bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, ribut taufan dan letusan gunung berapi.

"Kita juga harus bersyukur di sebelah timur kita terdapat angin yang cukup kencang tetapi kita dilindungi oleh Filipina, di sebelah barat ada Tsunami tetapi Sumatera menjadi tembok melindungi Malaysia," katanya.

Bahkan Malaysia boleh mendirikan menara ketiga tertinggi di dunia iaitu menara KLCC dengan kos hanya RM3 bilion berbanding negara lain yang terpaksa membayar tiga kali ganda untuk mendirikan menara seumpama itu kerana mempunyai ancaman bencana gempa bumi.

Justeru Dr Mahathir berkata di atas segala faktor itu, rakyat Malaysia diharap mengekalkan kesinambungan keharmonian negara dengan hidup secara rukun dan bersatu padu dan sentiasa berusaha menyelesaikan segala permasalahan yang timbul dengan cara rundingan dan persaingan yang tertib.

Beliau yang meluahkan kegembiraan menyaksikan pencapaian Malaysia kini turut optimis sekiranya keharmonian dan kemajuan negara yang dikecapi dikekalkan, Malaysia akan terus berkembang pesat sehingga mencapai matlamat wawasan 2020 dan bahkan untuk seterusnya.-Bernamamalaysia

Saturday, 25 August 2012

KERAJAAN PUSAT SOKONG HUDUD DI KELANTAN !!!



KOTA BHARU- Kerajaan Pusat menyokong pelaksanaan segera hudud di Kelantan dengan membolehkan cadangan hukuman itu menggunakan satu contoh kes.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, sepatutnya Kerajaan Negeri sudah mengambil satu kes yang belum selesai di bawah enakmen dan mengenakan hukuman di bawah hukum hudud.

“Hudud dilaksanakan sejak zaman Rasulullah SAW dan di Kelantan ia sudah diluluskan sejak 22 tahun lalu, namun sehingga kini belum dilaksanakan.

“Sekarang, jika Kerajaan Kelantan sudah bersedia, silalah laksanakannya, usaha berdolak-dalik. Caranya, tangkap seorang daripada mana-mana kes tertangguh, dakwa di bawah enakmen dan lakukan hukuman di bawah hukum hudud,” katanya kepada media pada Majlis Aidilfitri di kediaman Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, di sini, semalam.

Md Alwi berkata, apabila hudud sudah dilaksanakan, jika ada kekurangan, ia boleh sama-sama diperbaiki jika ada perkara yang tidak lengkap, ia boleh disempurnakan selepas dilaksanakan.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Ketereh berkata, hudud bukan untuk menghukum sesiapa, sebaliknya bagi mencegah jenayah, jadi ia dapat buktikan undang-undang Islam tepat dan adil akan menjadikan umat negara ini lebih bertanggung jawab.

“Barisan Nasional (BN) tidak pernah menghalang hudud dan dakwaan Pas mengatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad halang, itu tidak betul.

“Dr Mahathir beritahu dalam surat yang dihantar kepada Kerajaan Kelantan, hudud mesti adil dan jika rasa sudah betul, cukup peralatan, bersedia, ia boleh dilaksanakan.

"Dr Mahathir juga beritahu, hudud yang dilakukan di Pakistan dan Sudan tidak berjaya dan cetus kontroversi, jadi Malaysia mahu mengelak perkara tidak baik itu kerana sayangkan Islam," katanya.-SH

Wednesday, 30 May 2012

INSAN INILAH YANG PERNAH DICACI MAKI, FIKIR-FIKIRKANLAH !!!


Insan ini bukan ulamak,namun dia tetap menunaikan solat iaitu kewajiban seorang muslim.

Dia mengaku ilmu agamanya tidak sehebat TGNA.Tapi dialah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu ketika umat Islam di sana disembelih oleh pengganas Serb.

Dia pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

Insan ni digelar MahaFiraun,dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Zionis keatas umat Islam serta mempertahankan Islam di mata dunia. Dia tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

Ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Dia dijemput oleh Allah SWT masuk ke dalam Kaabah.

pT
Paling utama seumur hidupnya,dia tiada video seks dan tidak pernah menyokong usaha menyelamatkan negara Israel. Fikir-fikirkanlah!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive