Showing posts with label Kerajaan Pusat. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Pusat. Show all posts

Wednesday, 22 May 2013

Zalim Sungguh!!! Kerajaan Pas Negeri Kelantan Bertuah Dapat RM69 Juta Dari Kerajaan Pusat Tahun Ini!!!

Kerajaan Pusat telah memperuntukkan sebanyak RM69 juta kepada Kerajaan Pas Kelantan untuk membangunkan syiar Islam di negeri ini pada tahun ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, peruntukan yang disalurkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) itu adalah untuk perbelanjaan mengurus dan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan. 

Menurut beliau, pihaknya berharap kerjasama yang baik di antara Kerajaan Pusat dan negeri akan diteruskan bagi membantu menyelaraskan aktiviti keagamaan di negeri ini.

"Saya datang hari ini bertemu dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bagi membincangkan hal-hal berkaitan penyelarasan agama dalam erti kata tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan negeri membangunkan agama Islam ke arah memupuk semangat kesepaduan bersama dalam melaksanakan aktiviti keagamaan. 

"Pada pertemuan ini, saya persembahkan kepada Menteri Besar tentang peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM69 juta untuk kerajaan Kelantan bagi menampung pelbagai perbelanjaan termasuk sekolah agama di negeri ini.

"Peruntukan ini juga adalah untuk membayar elaun untuk lebih 900 orang imam, guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) untuk lebih 5,000 orang, penyumbang agama lebih 800 orang, pengawai penyelaras masjid daerah di Kelantan serta guru-guru takmir," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ahmad di Kota Darulnaim disini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankusa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan, dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Mengulas mengenai Sekolah Agama Rakyat (SAR) Jamil Khir berkata, pihaknya mengalu-alukan sekiranya Kerajaan Pas Kelantan ingin mendaftarkan sekolah tersebut dengan Kementerian Pelajaran di bawah program Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) - Utusan

PT
Untung betul kerajaan Pas dalam Pru13 lepas kalahkan BN tapi Kerajaan BN tetap bantu jugak...adakah ini zalim???

Saturday, 25 August 2012

KERAJAAN PUSAT SOKONG HUDUD DI KELANTAN !!!



KOTA BHARU- Kerajaan Pusat menyokong pelaksanaan segera hudud di Kelantan dengan membolehkan cadangan hukuman itu menggunakan satu contoh kes.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, sepatutnya Kerajaan Negeri sudah mengambil satu kes yang belum selesai di bawah enakmen dan mengenakan hukuman di bawah hukum hudud.

“Hudud dilaksanakan sejak zaman Rasulullah SAW dan di Kelantan ia sudah diluluskan sejak 22 tahun lalu, namun sehingga kini belum dilaksanakan.

“Sekarang, jika Kerajaan Kelantan sudah bersedia, silalah laksanakannya, usaha berdolak-dalik. Caranya, tangkap seorang daripada mana-mana kes tertangguh, dakwa di bawah enakmen dan lakukan hukuman di bawah hukum hudud,” katanya kepada media pada Majlis Aidilfitri di kediaman Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, di sini, semalam.

Md Alwi berkata, apabila hudud sudah dilaksanakan, jika ada kekurangan, ia boleh sama-sama diperbaiki jika ada perkara yang tidak lengkap, ia boleh disempurnakan selepas dilaksanakan.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Ketereh berkata, hudud bukan untuk menghukum sesiapa, sebaliknya bagi mencegah jenayah, jadi ia dapat buktikan undang-undang Islam tepat dan adil akan menjadikan umat negara ini lebih bertanggung jawab.

“Barisan Nasional (BN) tidak pernah menghalang hudud dan dakwaan Pas mengatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad halang, itu tidak betul.

“Dr Mahathir beritahu dalam surat yang dihantar kepada Kerajaan Kelantan, hudud mesti adil dan jika rasa sudah betul, cukup peralatan, bersedia, ia boleh dilaksanakan.

"Dr Mahathir juga beritahu, hudud yang dilakukan di Pakistan dan Sudan tidak berjaya dan cetus kontroversi, jadi Malaysia mahu mengelak perkara tidak baik itu kerana sayangkan Islam," katanya.-SH

Thursday, 14 June 2012

MANAKAH JANJI PAS KEPADA PENDUDUK SABAK?

Pantai Sabak dahulunya adalah sebuah lokasi peranginan laut yang terkenal di Kelantan. Pantai landainya yang putih bersih sentiasa menggamit pengunjung terutamanya pada setiap hujung minggu dan hari-hari kelepsan am.

Di sini terdapat kesan sejarah terpenting tanah air. Di sinilah tempat pendaratan tentera Jepun ke Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua. Di pantai ini dahulunya terdapat kubu peringatn pendaratan Jepun ini. Namun kini segala-segalanya telah lenyap di telan hakisan ombak. Satu pertanyaan yang tidak terjawab - Apa yang Menteri Besar Kelantan buat?

Industri keropok yang beroperasi sejak lebih 10 tahun lalu juga pernah diancam hakisan ombak. Namun syukurlah kata seorang pengusaha keropok yang di kenali sebagai Encik Yusoff. Dapat meneruskan industri keropok ini tanpa sebarang rasa resah dan celaru memikirkan masalah hakisan ombak. Projek pembinaan benteng yang di lakukan segera oleh kerajaan pusat ternyata dapat menyelamatkan mereka. Turut diselamatkan termasuklah punca pencarian harian kira-kira 10 orang penduduk sekitar yang bekerja di tempat perusahaan keropok berkenaan.

Untuk rekod, Kerajaan Pusat melulus peruntukan sebanyak RM2 juta bagi membina benteng sepanjang 340 meter di pantai Mukim Kemerok, Sabak. Membabitkan kos pertama antara RM40 juta hingga RM50 juta. Janji serupa pernah ditabur oleh Kerajaan Pas tetapi janji tinggal janji..Menurut seorng penduduk, pernah Kerajaan Pas membuat benteng tetapi menggunakan guni yang diisi pasir. Kerja yang sia-sia oleh Kerajaan Pas.Fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive