Showing posts with label Berehey Ali. Show all posts
Showing posts with label Berehey Ali. Show all posts

Sunday, 10 March 2013

Zulkifli Nordin Mohon Maaf Pada Tun M !!!

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Nordin hari ini membuat kejutan di depan kira-kira 15,000 rakyat di Sekolah Kebangsaan Panglima Raja di Pasir Mas apabila membuat permohonan maaf kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Permohonan maaf itu turut disaksikan isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

abdul razak baginda altantuya mongolian case 040607 zulkifli nordinZulkifli, yang sempat berucap di majlis Pemimpin Bersama Rakyat itu, turut memandang Dr Mahathir ketika memohon maaf kerana menurutnya, beliau pernah mencaci pemimpin negara tersebut ketika bersama pembangkang sebelum ini.

"Saya akui kesilapan saya, dan mahu memohon maaf kepada ayahanda Tun (Dr Mahathir) atas tindakan saya dahulu yang pernah memaki hamun Tun," katanya.

Dr Mahathir kemudian dilihat tersenyum dan mengangguk ketika Zulkifli berkata demikian.

"Dahulu saya tidak nampak kebijaksanaan Tun. Saya bersama-sama (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) maki Tun. Saya mengkritik langkah Tun memecat Anwar, walaupun saya tahu itu adalah jasa terbesar Tun kepada negara (memecat Anwar)," katanya.

Beliau kemudian meminta rakyat menolak pembangkang yang diketuai Anwar kerana kerosakan yang lebih besar terhadap negara akan berlaku jika mereka dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Zulkifli berkata apa yang dikhuatiri sinar Islam di negara ini akan terus pudar jika pembangkang dipilih menerajui negara, dan ketika itu, tiada apa lagi yang boleh dilakukan.

Naib Presiden PERKASA itu turut meminta rakyat berhati-hati dengan taktik pembangkang, terutama Anwar, dalam pilihan raya umum ini yang akan melakukan pelbagai perkara tidak dijangka demi untuk berkuasa.- Bernama

Saturday, 9 March 2013

[FOTO] Kehadiran Tun M Di Kelantan Beri Tamparan Hebat Buat Tok Guru #TukarKelantan

Kehadiran di luar jangkaan pada Majlis Perhimpunan Orang Kelantan Naik Angin yang telah berlangsung petang tadi di di Padang Sek.Men.Panglima Raja,Lemal,Pasir Mas.Kelantan. Hampir 20 ribu rakyat Kelantan hadir  memberi sokongan kepada kehadiran mantan Perdana Menteri Malaysia. 




Turut bersama hadir Idola rakyat Malaysia iaitu Ayahada Tun M & isteri Tun Siti Hasmah. Turut serta ialah YB Datuk Zulkifli Nordin dan YB Datuk Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas. Ternyata orang Kelantan benar-benar naik angin dah untuk TAKIR dan TUKAR Rejim Pas Kelantan.





Kedengaran di sebelah pihak hijau pemimpin mereka ternganga mulut melihat ribuan rakyat Kelantan memberi sokongan yang tak berbelah bagi kepada Tun M dan pemimpin Umno yang lain. Tak perlu cerita panjang tetapi lihat bukti dari foto-foto di bawah dan tak perlu berkata apa-apa.



Nampaknya suasana kebangkitan rakyat Kelantan ini mungkin menjadikan Nik Aziz dengan Husam Jamnapari tidak boleh tidur lena malam ni. Barangkali terbayang-bayang di mata mereka berdua keramaian rakyat Kelantan yang hadir bersama Tun M .


Saturday, 23 June 2012

BIAR BETUL !!! BEREHEY ALI DAPAT ANUGERAH TERULUNG



Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan Kelab Isteri Taat (OWC) akan merangkul anugerah dalam majlis yang sama?

PERKASA adalah sebuah kumpulan pendesak Melayu sementara OWC pula mempromosikan seks 'suci' yang didakwa berasaskan Islam.

Namun petang tadi, kedua-duanya 'diraikan' pada majlis "Aiyoh...Wat Lah?! Awards 2012" kerana kenyataan-kenyataan mereka dalam media pada tahun lepas berkenaan hubungan sulit di kalangan pasangan berkahwin.

Ibrahim 'menang' anugerah "Menghina Kebijaksanaan" kerana kenyataannya yang didakwa menyebut "hubungan sulit dalam perkahwinan berlaku kerana isteri yang mengabaikan tanggungjawab kepada suami." (7 April 2011).

OWC pula 'menang' anugerah "Paling Kurang Membantu Persaudaraan Wanita" kerana pernah dilapor menyebut "wanita yang tidak memuaskan suami mereka adalah punca seks luar nikah" (28 November 2011).


pT
Tahniah untuk Presiden Perkasa Ibrahim Ali kerana menerima anugerah yang agung ini...semoga Ibrahim Ali terus berjuang, terutamanya dalam bidang ini....saya sangat yakin isteri tersayang Pak Brehey pun mesti gembira dengan anugerah ini... Masing-masing ada otak, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Tuesday, 1 May 2012

Bubar Parlimen Jangan Bimbang Bersih - Berehey Perkasa

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yakin kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) akan memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen meskipun Bersih 3.0 dengan sokongan Pakatan Rakyat (PR) mengadakan perhimpunan, kelmarin.

Sehubungan itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu bimbang untuk membubarkan Dewan Rakyat, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam waktu terdekat.

Malah katanya, Pakatan Rakyat (PR) tidak mampu memerintah kerana berlainan ideologi yang dibawa setiap tiga parti politiknya.

“Mereka akan bercakaran sesama mereka, kerana pada hari ini ideologi yang dibawa oleh Pas juga sudah tergadai kepada DAP,” katanya dalam ucapannya pada perhimpunan Raja Berdaulat Kasih Dijunjung di Kelab Sultan Sulaiman, semalam.

Katanya, PR sudah menghabiskan jutaan ringgit untuk membuat perhimpunan tersebut yang mengundang nama buruk Malaysia di mata dunia.

“Paling menyedihkan tidak sampai setengah jam dalam laporan media antarabangsa CNN, Al-Jazeera menyiarkan liputan berita yang huru-hara di Malaysia. Betapa buruknya negara kita di mata dunia.


Ibrahim berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut pilihan raya yang bersih dan mendakwa daftar pemilih adalah kotor dan salah, sedangkan sudah empat kali beliau bertanding di Permatang Pauh dan memenangi kawasan itu.

“Ada dia menuntut dan tidak bersetuju dengan SPR? Mana ada negara maju daftar pemilihnya bersih seratus peratus, tetapi SPR hari ini telah mengambil daya usaha akan memperbaiki dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Ibrahim turut menyelar Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail merupakan pembohong besar kerana memfitnahnya sebelum ini, melalui wawancara khas Sinar Harian yang disiarkan semalam, berhubung permintaannya untuk menyertai PKR dan meminta belas kasihan Anwar ketika mendapatkan rawatan di Jerman pada akhir 2004.
-sH-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive