Tuesday, 1 May 2012

Bubar Parlimen Jangan Bimbang Bersih - Berehey Perkasa

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yakin kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) akan memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen meskipun Bersih 3.0 dengan sokongan Pakatan Rakyat (PR) mengadakan perhimpunan, kelmarin.

Sehubungan itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu bimbang untuk membubarkan Dewan Rakyat, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam waktu terdekat.

Malah katanya, Pakatan Rakyat (PR) tidak mampu memerintah kerana berlainan ideologi yang dibawa setiap tiga parti politiknya.

“Mereka akan bercakaran sesama mereka, kerana pada hari ini ideologi yang dibawa oleh Pas juga sudah tergadai kepada DAP,” katanya dalam ucapannya pada perhimpunan Raja Berdaulat Kasih Dijunjung di Kelab Sultan Sulaiman, semalam.

Katanya, PR sudah menghabiskan jutaan ringgit untuk membuat perhimpunan tersebut yang mengundang nama buruk Malaysia di mata dunia.

“Paling menyedihkan tidak sampai setengah jam dalam laporan media antarabangsa CNN, Al-Jazeera menyiarkan liputan berita yang huru-hara di Malaysia. Betapa buruknya negara kita di mata dunia.


Ibrahim berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut pilihan raya yang bersih dan mendakwa daftar pemilih adalah kotor dan salah, sedangkan sudah empat kali beliau bertanding di Permatang Pauh dan memenangi kawasan itu.

“Ada dia menuntut dan tidak bersetuju dengan SPR? Mana ada negara maju daftar pemilihnya bersih seratus peratus, tetapi SPR hari ini telah mengambil daya usaha akan memperbaiki dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Ibrahim turut menyelar Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail merupakan pembohong besar kerana memfitnahnya sebelum ini, melalui wawancara khas Sinar Harian yang disiarkan semalam, berhubung permintaannya untuk menyertai PKR dan meminta belas kasihan Anwar ketika mendapatkan rawatan di Jerman pada akhir 2004.
-sH-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive