Tuesday 1 May 2012

Katak Merah IA !!! Di halaman Rumah

MARANG – Sebuah keluarga yang tinggal berdekatan bangunan rumah kedai Majlis Daerah Marang (MDM) di Wakaf Tapai dekat sini, terkejut apabila anak mereka yang berumur sembilan tahun menemui spesies baru  katak berwarna merah di halaman rumah mereka.

Menurut ibu kanak-kanak terbabit, Kamsah Ludin, 38, sejak tinggal di kawasan berkenaan beberapa tahun lalu, dia tidak pernah menemui katak sebegitu.

“Selepas haiwan seberat lebih kurang 15 gram itu berjaya ditangkap bapanya, kami menyimpannya di dalam sebuah bekas,” katanya.

Menurut Kamsah, katak kecil sepanjang kira-kira dua sentimeter dan berwarna merah itu kelihatan amat menarik.
“Tertarik dengan warnanya, kami menyimpannya untuk tatapan mereka yang ingin melihatnya,” katanya semalam.

Maklumat yang diperoleh daripada beberapa laman web di internet semalam, mendapati  katak berwarna merah itu ada persamaan dengan spesies  katak merah ditemui di Costa Rica, Brazil berdasarkan warna dan bentuknya.

Bagaimanapun, laman web indonesia.mongabay.com itu tidak mengandungi maklumat lanjut dan terperinci mengenai katak merah yang dinamakan sebagai ‘Katak Merah Kosta Rika’ itu.

Selain itu, dalam Biology–blog.com, blogger terbabit menyifatkan spesies itu berasal dari pergunungan Haiti, Hawaii dengan nama saintifiknya ‘Eleutherodactylus audanti’.

Mengulas lanjut, Kamsah berkata, dia akan menyimpan haiwan amfibia itu dan bersedia memberikan jika ada pihak yang ingin mengkaji spesies baru ditemui itu. -sH-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive