Wednesday 19 March 2014

Media Luar Persoal Kenapa TUDM Tidak Kerah Jet2nya Pintas MH370??? #PrayForMH370


Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikritik hebat terutamanya oleh media asing berikutan kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) sembilan hari lepas ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Media-media luar negara seperti The New York Times, BBC dan CNN mempersoalkan mengapa TUDM tidak berbuat apa-apa ketika radar pertahanan udaranya mengesan sebuah pesawat tidak dikenali membuat "Air Turn Back" dari laluan asal di Laut China Selatan menuju ke perairan Laut Andaman.

"Di mana TUDM ketika semua ini berlaku," tanya Andrew Brookes, bekas juruterbang Tentera Udara Diraja British (RAF) dan penganalisis penerbangan kepada BBC hari ini.

Sejurus sebelum membuat pusingan, pesawat itu telah menutup transponder yang memberikan maklumat tentang jenis, kelajuan dan kedudukan pesawat kepada menara kawalan, selain mematikan sistem dikenali Aircraft Communication Addressing And Reporting System (ACARS) yang menyampaikan maklumat terkini tentang pesawat menerusi satelit.

Media-media luar mempersoalkan mengapa TUDM tidak mengerah jet-jet pejuangnya untuk memintas pesawat itu yang kemudiannya dikenali sebagai MH370, sebelum ia menghilangkan diri di Laut Andaman menuju ke lokasi yang tidak dapat ditentukan sehingga kini.

Ada di antara media-media luar negara itu mendakwa kegagalan TUDM bertindak membuktikan terdapatnya kelonggaran dalam kawalan keselamatan ruang udara negara dan menyukarkan pencarian MH370.

Sehingga kini, TUDM mahu pun Kementerian Pertahanan gagal tampil untuk memberikan jawapan terhadap dakwaan-dakwaan tersebut.

Bagaimanapun isu mengenai dakwaan kegagalan TUDM itu banyak dibincangkan di dalam blog-blog pertahanan negara.

Di antaranya adalah blog Malaysia Military Power yang mengatakan, pesawat MH370 itu tidak dipintas oleh jet-jet pejuang negara kerana ia dikategorikan sebagai bukan satu ancaman, sebagaimana yang dijelaskan oleh Panglima TUDM Jen Tan Sri Rodzali Daud di dalam sidang media beberapa hari lalu.

"Kebanyakan ancaman bergerak di dalam kelajuan yang amat tinggi dan di altitud yang amat rendah, menuju (ke sasaran) di dalam kedudukan sudut tertentu. Tidak ada jet pejuang yang terbang dengan kelajuan di bawah Mach 1 kerana ia akan menyebabkan enjin 'flame out."

"Kerana itu air defence radar hanya fokus kepada target yang abnormal dari segi altitud dan kelajuan mendadak seperti pesawat pejuang sehingga kepada peluru berpandu ballistik," menurut blog pertahanan itu.

Kelajuan pesawat penumpang seperti MH370 yang rendah serta terbang di laluan penerbangan awam menjadikan pesawat MAS itu sama seperti pesawat komersial yang lain pada pandangan radar tentera.

Menurut seorang penganalisis pertahanan tempatan pula, radar pertahanan udara negara lebih fokus untuk memantau ancaman yang datangnya dari luar negara seperti jet-jet pejuang berkelajuan tinggi dan yang terbang rendah.

Penerbangan rendah mendakap bumi atau dikenali di dalam lingo ketenteraan sebagai "Nap Of Earth" (NOE) adalah untuk mengaburi pantulan radar pertahanan udara.

"Jika pesawat itu terbang dari Kuala Lumpur, milik syarikat penerbangan dan mengikut ketinggian dan laluan yang biasa dilalui oleh penerbangan awam, ia biasanya dikendalikan oleh radar kawalan udara milik Jabatan Penerbangan Awam (DCA)," katanya.

TUDM menempatkan skuadron pesawat FA-18D Hornet di pengkalan udara Butterworth serta radar pertahanan udaranya, manakala skuadron pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM pula ditempatkan di pengkalan udara Gong Kedak, Terengganu.

Kedua-dua pesawat pejuang lebih daripada berkemampuan untuk memintas MH370.

Kelantangan media-media luar negara serta tempatan melontar pelbagai tuduhan terhadap TUDM juga amat tidak adil kerana perkara sama juga berlaku di dalam peristiwa 9/11 apabila dua pesawat penumpang Amerika Syarikat dirampas sebelum merempuh bangunan World Trade Center.

Di dalam kejadian terbabit, jet-jet pejuang negara kuasa besar yang memiliki sistem pertahanan udara yang jauh lebih canggih itu juga gagal memintas pesawat penumpang yang dirampas itu.

Itu adalah apa yang telah dilaporkan oleh MalaysiaGazette di ( SINI )

Dan jawapan yang telah diberikan oleh Malaysia Military Power pada dasarnya sudah tidak relevan lagi setelah berlakunya tragedi 911..

Kegagalan pihak Amerika Syarikat mengesan dan memintas pesawat komersial itu sepatutnya kita jadikan sebagai tauladan bukannya sebagai alasan untuk mempertahankan pihak TUDM.

Jadi tak hairanlah jika dunia mempersoalkan tahap keselamatan udara negara kita..

Pakar persoal pertahanan udara Malaysia

LONDON - Kehilangan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 8 Mac lalu menimbulkan persoalan berhubung kemampuan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam menangani ancaman dari udara.

Siaran berita Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan, maklumat terbaru bukan sahaja menimbulkan misteri berhubung kehilangan pesawat MH370 tetapi persoalan mengapa TUDM tidak bertindak selepas menyedari kapal terbang tersebut berpatah balik.

Pihak berkuasa Malaysia mendedahkan, radar tentera mengesan sebuah pesawat tidak dikenali yang kemudian disahkan pesawat MH370 berpatah balik dan melintasi semenanjung negara itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan diambil oleh tentera udara negara itu.

"Di mana tentera udara ketika semua ini berlaku?" kata bekas juruterbang Tentera Udara Britain dan penganalisis aeroangkasa, Andrew Brookes.

"Sejak serangan pengganas terhadap Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001 semua pertahanan udara di seluruh dunia sentiasa berjaga-jaga dengan kejadian rampasan pesawat yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang sasaran tertentu.

"Di Malaysia terdapat bangunan penting seperti Menara Berkembar Petronas yang mungkin menjadi sasaran kumpulan pelampau," tambahnya.

Ujar Brookes, ketika pesawat MH370 dikesan berpatah balik semasa dalam penerbangan dan mengubah ketinggian secara mendadak ia sepatutnya mencetuskan amaran kepada pihak tentera yang mengendalikan radar.

Akhbar The Telegraph melaporkan seorang pakar berkata, kebanyakan negara yang mempunyai pertahanan udara yang canggih akan mengesan pesawat musuh pada jarak beratus-ratus kilometer dan menghantar pesawat untuk memintasnya.

TUDM mempunyai beberapa jet pejuang canggih seperti Sukhoi S30, MiG-29N dan F18 serta sering mengadakan latihan bersama tentera udara dari negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand dan Singapura.

Di negara di Amerika Utara dan Eropah terdapat kerjasama rapat antara pihak tentera udara dan menara kawalan trafik.

Sekiranya radar tentera mengesan satu objek tidak dikenali atau mencurigakan, prosedur normal adalah berhubung dengan menara kawalan untuk pengesahan pesawat.

Jika pesawat itu tidak dikenali pihak tentera akan membuat hubungan radio dan sekiranya gagal jet pejuang dengan segera akan dihantar bagi memintas kapal terbang tersebut.- Agensi

Kalau di negara lain... dah tentu ada yang meletakkan jawatan kerana kegagalan ini... tapi di negara kita ni, jangan haraplah.. umpama mengharap babi terbang kalau mengharapkannya...

Selagi ada pihak lain yang boleh dipersalahkan.. salahkan pihak lain..

Lagi satu persoalan yang aku tak dapat jawapan ialah... Apa yang dilakukan oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam dari saat pesawat menghilang dari radar hingga ke pukul 7.45 pagi??

Tidur atau menunggu waktu pejabat yang rasmi untuk melakukan apa yang sepatutnya..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive