Showing posts with label media. Show all posts
Showing posts with label media. Show all posts

Wednesday, 19 March 2014

Media Luar Persoal Kenapa TUDM Tidak Kerah Jet2nya Pintas MH370??? #PrayForMH370


Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikritik hebat terutamanya oleh media asing berikutan kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) sembilan hari lepas ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Media-media luar negara seperti The New York Times, BBC dan CNN mempersoalkan mengapa TUDM tidak berbuat apa-apa ketika radar pertahanan udaranya mengesan sebuah pesawat tidak dikenali membuat "Air Turn Back" dari laluan asal di Laut China Selatan menuju ke perairan Laut Andaman.

"Di mana TUDM ketika semua ini berlaku," tanya Andrew Brookes, bekas juruterbang Tentera Udara Diraja British (RAF) dan penganalisis penerbangan kepada BBC hari ini.

Sejurus sebelum membuat pusingan, pesawat itu telah menutup transponder yang memberikan maklumat tentang jenis, kelajuan dan kedudukan pesawat kepada menara kawalan, selain mematikan sistem dikenali Aircraft Communication Addressing And Reporting System (ACARS) yang menyampaikan maklumat terkini tentang pesawat menerusi satelit.

Media-media luar mempersoalkan mengapa TUDM tidak mengerah jet-jet pejuangnya untuk memintas pesawat itu yang kemudiannya dikenali sebagai MH370, sebelum ia menghilangkan diri di Laut Andaman menuju ke lokasi yang tidak dapat ditentukan sehingga kini.

Ada di antara media-media luar negara itu mendakwa kegagalan TUDM bertindak membuktikan terdapatnya kelonggaran dalam kawalan keselamatan ruang udara negara dan menyukarkan pencarian MH370.

Sehingga kini, TUDM mahu pun Kementerian Pertahanan gagal tampil untuk memberikan jawapan terhadap dakwaan-dakwaan tersebut.

Bagaimanapun isu mengenai dakwaan kegagalan TUDM itu banyak dibincangkan di dalam blog-blog pertahanan negara.

Di antaranya adalah blog Malaysia Military Power yang mengatakan, pesawat MH370 itu tidak dipintas oleh jet-jet pejuang negara kerana ia dikategorikan sebagai bukan satu ancaman, sebagaimana yang dijelaskan oleh Panglima TUDM Jen Tan Sri Rodzali Daud di dalam sidang media beberapa hari lalu.

"Kebanyakan ancaman bergerak di dalam kelajuan yang amat tinggi dan di altitud yang amat rendah, menuju (ke sasaran) di dalam kedudukan sudut tertentu. Tidak ada jet pejuang yang terbang dengan kelajuan di bawah Mach 1 kerana ia akan menyebabkan enjin 'flame out."

"Kerana itu air defence radar hanya fokus kepada target yang abnormal dari segi altitud dan kelajuan mendadak seperti pesawat pejuang sehingga kepada peluru berpandu ballistik," menurut blog pertahanan itu.

Kelajuan pesawat penumpang seperti MH370 yang rendah serta terbang di laluan penerbangan awam menjadikan pesawat MAS itu sama seperti pesawat komersial yang lain pada pandangan radar tentera.

Menurut seorang penganalisis pertahanan tempatan pula, radar pertahanan udara negara lebih fokus untuk memantau ancaman yang datangnya dari luar negara seperti jet-jet pejuang berkelajuan tinggi dan yang terbang rendah.

Penerbangan rendah mendakap bumi atau dikenali di dalam lingo ketenteraan sebagai "Nap Of Earth" (NOE) adalah untuk mengaburi pantulan radar pertahanan udara.

"Jika pesawat itu terbang dari Kuala Lumpur, milik syarikat penerbangan dan mengikut ketinggian dan laluan yang biasa dilalui oleh penerbangan awam, ia biasanya dikendalikan oleh radar kawalan udara milik Jabatan Penerbangan Awam (DCA)," katanya.

TUDM menempatkan skuadron pesawat FA-18D Hornet di pengkalan udara Butterworth serta radar pertahanan udaranya, manakala skuadron pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM pula ditempatkan di pengkalan udara Gong Kedak, Terengganu.

Kedua-dua pesawat pejuang lebih daripada berkemampuan untuk memintas MH370.

Kelantangan media-media luar negara serta tempatan melontar pelbagai tuduhan terhadap TUDM juga amat tidak adil kerana perkara sama juga berlaku di dalam peristiwa 9/11 apabila dua pesawat penumpang Amerika Syarikat dirampas sebelum merempuh bangunan World Trade Center.

Di dalam kejadian terbabit, jet-jet pejuang negara kuasa besar yang memiliki sistem pertahanan udara yang jauh lebih canggih itu juga gagal memintas pesawat penumpang yang dirampas itu.

Itu adalah apa yang telah dilaporkan oleh MalaysiaGazette di ( SINI )

Dan jawapan yang telah diberikan oleh Malaysia Military Power pada dasarnya sudah tidak relevan lagi setelah berlakunya tragedi 911..

Kegagalan pihak Amerika Syarikat mengesan dan memintas pesawat komersial itu sepatutnya kita jadikan sebagai tauladan bukannya sebagai alasan untuk mempertahankan pihak TUDM.

Jadi tak hairanlah jika dunia mempersoalkan tahap keselamatan udara negara kita..

Pakar persoal pertahanan udara Malaysia

LONDON - Kehilangan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 8 Mac lalu menimbulkan persoalan berhubung kemampuan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam menangani ancaman dari udara.

Siaran berita Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan, maklumat terbaru bukan sahaja menimbulkan misteri berhubung kehilangan pesawat MH370 tetapi persoalan mengapa TUDM tidak bertindak selepas menyedari kapal terbang tersebut berpatah balik.

Pihak berkuasa Malaysia mendedahkan, radar tentera mengesan sebuah pesawat tidak dikenali yang kemudian disahkan pesawat MH370 berpatah balik dan melintasi semenanjung negara itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan diambil oleh tentera udara negara itu.

"Di mana tentera udara ketika semua ini berlaku?" kata bekas juruterbang Tentera Udara Britain dan penganalisis aeroangkasa, Andrew Brookes.

"Sejak serangan pengganas terhadap Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001 semua pertahanan udara di seluruh dunia sentiasa berjaga-jaga dengan kejadian rampasan pesawat yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang sasaran tertentu.

"Di Malaysia terdapat bangunan penting seperti Menara Berkembar Petronas yang mungkin menjadi sasaran kumpulan pelampau," tambahnya.

Ujar Brookes, ketika pesawat MH370 dikesan berpatah balik semasa dalam penerbangan dan mengubah ketinggian secara mendadak ia sepatutnya mencetuskan amaran kepada pihak tentera yang mengendalikan radar.

Akhbar The Telegraph melaporkan seorang pakar berkata, kebanyakan negara yang mempunyai pertahanan udara yang canggih akan mengesan pesawat musuh pada jarak beratus-ratus kilometer dan menghantar pesawat untuk memintasnya.

TUDM mempunyai beberapa jet pejuang canggih seperti Sukhoi S30, MiG-29N dan F18 serta sering mengadakan latihan bersama tentera udara dari negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand dan Singapura.

Di negara di Amerika Utara dan Eropah terdapat kerjasama rapat antara pihak tentera udara dan menara kawalan trafik.

Sekiranya radar tentera mengesan satu objek tidak dikenali atau mencurigakan, prosedur normal adalah berhubung dengan menara kawalan untuk pengesahan pesawat.

Jika pesawat itu tidak dikenali pihak tentera akan membuat hubungan radio dan sekiranya gagal jet pejuang dengan segera akan dihantar bagi memintas kapal terbang tersebut.- Agensi

Kalau di negara lain... dah tentu ada yang meletakkan jawatan kerana kegagalan ini... tapi di negara kita ni, jangan haraplah.. umpama mengharap babi terbang kalau mengharapkannya...

Selagi ada pihak lain yang boleh dipersalahkan.. salahkan pihak lain..

Lagi satu persoalan yang aku tak dapat jawapan ialah... Apa yang dilakukan oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam dari saat pesawat menghilang dari radar hingga ke pukul 7.45 pagi??

Tidur atau menunggu waktu pejabat yang rasmi untuk melakukan apa yang sepatutnya..

Monday, 10 March 2014

MH370 - Akhbar Pro Beijing Hentam Malaysia Kerana Tak Cukup Pantas Tangani Kehilangan Pesawat???#Pray4MH370

Ahli keluarga penumpang penerbangan MH370 Malaysia Airlines selepas memohon pasport mereka di Beijing, sebelum berlepas untuk berada lebih hampir dengan usaha mencari dan menyelemat. – Gambar AFP, 10 Mac, 2014.Sebuah akhbar yang rapat dengan pemimpin China membidas Malaysia ekoran kehilangan pesawat MH370, dan berkata Malaysia tidak boleh lari dari tanggungjawab serta perlu membekalkan maklumat terkini tentang kapal terbang yang hilang itu.
Dalam lidah pengarang akhbar itu hari ini, Global Times berkata kehilangan pesawat "harus disiasat dengan teliti dan pokok masalahnya perlu dipertanggungjawabkan kepada Malaysia".
"Pihak Malaysia tidak boleh lari dari tanggungjawabnya. Sehingga semalam, ia tidak dapat memastikan maklumat yang tepat mengenai penumpang. Respon awal dari Malaysia tidak cukup pantas.

"Terdapat kelemahan dalam kerja Malaysia Airlines dan pihak berkuasa keselamatan," kata akhbar pro-Beijing dalam laman beritanya.Ia menegaskan bahawa kemalangan pesawat biasanya berlaku semasa berlepas dan pendaratan, bukan semasa penerbangan.

"Kehilangan MH370 berlaku di langit, yang membuatkan kita ragu. Tidak kira apa sebabnya, ia telah mempengaruhi cara orang ramai melihat keselamatan udara.

"Jika ia disebabkan kerosakan mekanikal atau kesilapan juruterbang, maka Malaysia Airlines harus dipersalahkan.

"Jika ini adalah serangan pengganas, maka pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Kuala Lumpur dan dalam penerbangan itu dipersoalkan. Jika ia adalah disebabkan oleh beberapa faktor semulajadi atau tidak terkawal, semua syarikat penerbangan di seluruh dunia, termasuk Malaysia Airlines, ia perlu menjadi pengajaran," katanya.
Sementara itu, dalam perbualan telefon mereka hari ini, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menawarkan simpatinya dan berkata Amerika sedia berkerjasama secara "menyeluruh" dengan China dalam usaha menyelamat.

Hampir dua pertiga daripada 239 orang di atas penerbangan MH370 Malaysia Airlines itu adalah dari China, dan jika kehilangan pesawat itu disahkan, ia akan menjadi bencana udara kedua terburuk China dari segi bilangan rakyatnya yang terlibat.
Siasatan telah dilancarkan terhadap penumpang yang menjadi suspek selepas para pegawai berkata dua orang Eropah yang nama mereka dalam senarai penumpang - yang pasport kedua-dua mereka dicuri di Thailand - tidak berada di atas kapal terbang, menurut laporan AFP.

Dalam editorialnya, akhbar China Daily menulis bahawa "keganasan tidak boleh dikesampingkan", dan pihak berkuasa Malaysia dan antarabangsa masih belum menjelaskan bagaimana sekurang-kurangnya dua penumpang tersebut dapat menaiki kapal terbang itu dengan pasport Itali dan Austria yang dicuri.

Akhbar itu menulis bahawa hakikat beberapa penumpang di atas kapal telah menggunakan pasport palsu harus menjadi peringatan kepada seluruh dunia bahawa keselamatan tidak boleh terlalu ketat di lapangan terbang khususnya, "kerana keganasan, yang buruk dari dunia, masih cuba untuk menoda tamadun manusia dengan darah dari nyawa yang tidak bersalah".

"Siapa mereka dan mengapa mereka menggunakan pasport palsu?" soal China Daily.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata bahawa kedua-dua penumpang yang menggunakan pasport dicuri memiliki ciri wajah Asia.
"Saya masih hairan mengapa (pegawai imigresen) tidak boleh berfikir: Itali dan Austria tetapi dengan ciri-ciri wajah Asia," beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional, Bernama.
Pihak berkuasa penerbangan masih menemui jalan buntu hari ini dalam mencari pesawat dan menunggu keputusan ujian pada tumpahan minyak untuk mencari petunjuk jet penumpang yang hilang. – 10 Mac, 2014-. -  The Malaysian Insider

Friday, 29 March 2013

#PRU13 : Kebebasan Media Auta Pembangkang #tTolakPR #Vote4BN


Senario pada masa kini memperlihatkan banyak maklumat yang disebarkan melalui media komunikasi berlaku dengan agak bebas dan terbuka. Kebebasan dan keterbukaan tersebut kadangkala menjejaskan kredibiliti dan maruah golongan atau individu tertentu yang sepatutnya dipelihara. Atau mungkin pada satu masa akan mengakibatkan berlakunya pendedahan mengenai kelemahan keselamatan negara ini yang amat perlu dipelihara dan dijaga.

Namun masih ramai yang mudah terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang kononnya negara ini telah gagal dalam memberikan peranan yang seluas-luasnya kepada pengamal media.

Malah antara salah satu perkara yang dibangkitkan oleh mereka dalam ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dibentangkan baru-baru ini ialah kononnya untuk menghormati kematangan pengamal media bagi menyusun atur industri media supaya bebas dan bertanggungjawab sesama pengamal media tanpa campur tangan kerajaan.

Sedangkan menurut J.C Merrill melalui bukunya ‘Kewartawanan Sejagat, 1977’ mengatakan secara realitinya di seluruh dunia kebebasan media dan komunikasi adalah sesuatu yang terlalu ideal sehinggakan tidak ada sebuah negara pun di dunia ini yang benar-benar mengamalkan kebebasan tersebut.

Namun begitu, Indeks Kebebasan Akhbar (PFI) 2011-2012 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders mencatatkan Malaysia berada di tangga ke-122 sekali gus memperlihatkan lonjakan berbanding PFI 2010 di mana Malaysia di tangga 144. Dalam PFI terbaru ini Malaysia mendahului negara Asia Tenggara misalnya Singapura di tangga 135, Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146).



Mungkin ada bertanya apa maknanya lonjakan Malaysia dalam indeks yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders? Jawapannya indeks ini bukanlah terlalu penting. Tetapi ia boleh memberitahu dunia tentang tahap kebebasan media negara ini. Ia sekaligus menafikan tanggapan bahawa di Malaysia tiada kebebasan media. Itu sahaja.

Sekiranya tidak ada kebebasan media, bagaimana boleh wujud banyak portal berita, blog dan akhbar pembangkang di negara ini? Sebahagian besarnya bukan sahaja mengkritik kerajaan malah menyiarkan laporan palsu. Apakah semua ini masih lagi menafikan wujud kebebasan media?

Harakah sebagai contoh, tidak pernah menyiarkan laporan atau analisis tentang pembangunan rakyat, begitu juga Suara Keadilan, portal Malaysiakini dan Malaysian Insider. Mengikut definisi, Harakah dan Suara Keadilan bukanlah akhbar tetapi buletin yang membawa suara parti. Tetapi berapa orang yang faham definisi ini?

Buktinya banyak membandingkan kononnya Harakah dan Suara Keadilan lebih telus apabila menghentam dasar kerajaan. Apakah makna ketelusan itu mesti menghentam dasar kerajaan? Tetapi apabila akhbar arus perdana mengkritik dasar-dasar pembangkang, itu dikatakan tiada kebebasan media.

Semua ini membuktikan kebebasan media di negara ini cuba diselindungkan. Kebebasan melapor, menyiar dan masyarakat pula ada kebebasan mengakses portal atau membeli akhbar di tempat umum adalah kebebasan media.

Lebih menghairankan di sebalik kata-kata retorik pakatan pembangkang yang kononnya pejuang kebebasan media, di masa yang sama merekalah sebenarnya yang banyak menindas / mengherdik wartawan serta mengenakan pelbagai sekatan terhadap media.

Ironinya pihak mendakwa juara memperjuangkan kebebasan media adalah yang paling banyak menyaman media. Contoh yang paling mudah, cuba kita lakukan sedikit analisa, berhubung siapakah yang paling banyak mengemukakan saman terhadap media selain dari makhluk bernama Anwar Ibrahim?

Betul, mereka memang berhak mengambil tindakan tetapi bukankah ini bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang dilaung-laungkan?

Dan siapakah juga yang sering menghalang wartawan dari hadir untuk membuat sebarang liputan? Lihat sahaja di pintu masuk pejabat parti PKR yang secara jelas meletakkan nota, bagi menghalang dan melarang akhbar Utusan Malaysia dan stesyen televisyen TV3 hadir mana-mana program dan sidang akhbar yang diadakan mereka.

Bukankah itu satu bentuk menghalang kebebasan media? Nampak gayanya puak-puak pimpinan makhluk bernama Anwar ini hanya pandai cakap tak serupa bikin! Kalau beginilah caranya, alamat Malaysia akan hancur jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan.

Wednesday, 7 November 2012

TINDAKAN UNDANG2 KE ATAS AKHBAR DAN BLOG - NURUL IZZAH



SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah mengarahkan dua peguamnya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah agar mengambil tindakan undang-undang ke atas dua akhbar dan beberapa blog berkaitan laporan isu kebebasan beragama, yang didakwa berbaur fitnah.

"Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau tidak sanggup melihat "fitnah akidah" diteruskan.

"Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan," kata wakil rakyat penggal pertama ini. - sinarharian


PT
Dah jelas bercanggah dengan perlembagaan pesekutuan Artikel 160 bahawa salah satu ciri Melayu, selain mengamal adat resam Melayu dan berbahasa Melayu, ialah dia mesti beragama Islam!Dia pulak kata bebaskan mereka yang dilahirkan melau memilih agama. Bila sudah memilih islam baru tidak boleh mubaligh agama lain tidak boleh berdakwah kepada mereka. Selagi belum memilih agama boleh. Saudara setuju anak2 psangan melayu islam tidak boleh dipaksa menganut Islam.. perintah Nabi s.a.w. yang memerintahkan diajarkan solat kepada anak anak berusia 7 tahun dan dirotan setelah berumur 10 tahun sekiranya dia enggan bersolat (fardhu). Macamana pulak Nurul Izzah kata tiada paksaan dalam agama ???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive