Friday 21 March 2014

Semoga Berakhir Dengan Khabar Gembira - Bapa Penumpang MH370

Putrajaya: "Saya berharap anak saya dan menantu Mohd Razahan Zamani (suami Norli Aqmar) yang menaiki pesawat itu dalam keadaan selamat," kata Hamid Ramlan, bapa kepada penumpang pesawat MH370, Norli Akmar.

Menurutnya, sesi taklimat bersama keluarga itu kebanyakannya membabitkan perkara yang diterangkan sudah didedahkan pada sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang.

"Mengenai penemuan dua serpihan yang dijumpai oleh pihak Australia juga belum disahkan,” katanya yang begitu mengharapkan berita baik daripada pihak berkenaan selepas 13 hari MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing hilang.

Hamid bersama Kira-kira 50 ahli keluarga penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 tempatan dan warga China hadir pada sesi taklimat di Hotel Cyberview Lodge Resort and Spa di Cyberjaya di sini, malam ini.

HAMID ditemuramah media mengenai taklimat keluarga penumpang dan kru MH370 di Cyberjaya, malam tadi.

Di Hotel Everly, Putrajaya, seorang lagi waris penumpang MH370, Selamat Omar, 60, memberitahu taklimat berlangsung dalam keadaan tenang, namun ada juga di kalangan mereka terutama keluarga dari China yang tidak dapat membendung perasaan sedih.

"Mereka banyak bertanyakan soalan terutama mengenai perkembangan terkini kejadian itu. Walaupun ada yang emosi tetapi ada juga di kalangan mereka yang dapat menerima penerangan termasuk kesukaran yang dihadapi pihak berkuasa dalam operasi ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri taklimat berkenaan.

Selamat berkata, MAS juga memberi peluang kepada ahli keluarga untuk bertanyakan sebarang soalan.

Sementara itu, Wakil Khas Perdana Menteri Malaysia ke China Tan Sri Ong Ka Ting berkata, kerajaan bertindak secara telus untuk memaklumkan sebarang perkembangan terkini dan maklumat terbaru mengenai pencarian pesawat itu kepada keluarga.

Beliau berkata, kerajaan tidak pernah menyembunyikan sebarang maklumat berhubung perkembangan terkini kehilangan pesawat MH370 kepada keluarga penumpang.

"Taklimat yang diadakan pada malam ini berkisar mengenai usaha dilakukan untuk menjayakan misi mencari pesawat MH370 yang hilang.

"Kita memaklumkan semua maklumat terkini yang kita tahu kepada ahli keluarga.

Kita tidak menyembunyikan sebarang perkara kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas mengetuai sesi taklimat perkembangan terkini MH370 di Cyberview Lodge Resort and Spa Cyberjaya, sebentar tadi. Hadir sama Pengerusi MAS Tan Sri Md Nor Yusof.

Taklimat berkenaan dihadiri ahli keluarga penumpang dan ia berlangsung hampir dua jam bermula jam 9 malam. - HM

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive