Wednesday, 19 March 2014

Adakah Ini Benar??? Penduduk Maldives Melihat Pesawat Jumbo Terbang Rendah!!! PrayForMH370



PETALING JAYA : Penduduk Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll di Maldives dilaporkan melihat sebuah "pesawat jumbo terbang rendah" di atas rumah mereka pada awal pagi 8 Mac, hari yang sama Malaysia Airlines penerbangan MH370 hilang.

Dalam satu laporan oleh akhbar harian Maldives iaitu Haveeru, penduduk menjelaskan bahawa pesawat itu terbang di Kuda Huvadhoo kira-kira pukul 6.15 pagi dengan menggambarkan ia berwarna putih dengan jalur merah.


Skim warna itu adalah hampir sama dengan yang digunakan oleh pesawat Malaysia Airlines termasuk Boeing 777 untuk penerbangan MH370.


Saksi-saksi yang melihat pesawat itu bersetuju bahawa ia membuat penerbangan dari utara sehingga ke tenggara ke arah Addu, di selatan Maldives, dan kesemua mereka memberi komen mengenai bunyi kuat dari pesawat itu apabila terbang melintasi pulau itu.


Paparan laman web Haveeru Online yang melaporkan mengenai penduduk Maldives melihat 'pesawat jumbo terbang rendah'.

Salah seorang saksi dapat melihat pintu pesawat dengan jelas, malah ia turut dipersetujui oleh seorang saksi lain.


"Ada yang keluar dari rumah mereka untuk melihat apa yang menyebabkan bunyi bising yang kuat," kata saksi, dan dilaporkan bahawa Anggota Majlis pulau itu, Mohamed Zaheem mengatakan bahawa penduduk lain di Kuda Huvadhoo turut bercakap mengenai kejadian itu.
Haveeru turut memetik seorang pakar penerbangan tempatan, yang berkata ia mungkin pesawat MH370 yang diterbangkan sehingga ke Maldives, sambil menambah bahawa kemungkinan sebarang pesawat terbang di atas pulau itu adalah sangat rendah.


Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal , berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing pada 8 Mac, mendapat perhatian antarabangsa sejak kehilangannya pada awal pagi hari yang sama.
Sumber mStar Online

3 comments:

  1. kalau benar... jauh nyer mh370 berada... biarlah PAKAR2 yang menyiasat... semoga itu satu petunjuk... amin3

    ReplyDelete
  2. doa adalah yg terakhir

    ReplyDelete
  3. Berkat solat hajat dan doa berterusan..semoga Allah beri petunjuk jelas dan sebaik-baik penyelesaian. Amin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive