Monday, 24 March 2014

Australia Sahkan Objek MH370??? #PrayForMH370

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menelefon Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini mengesahkan penemuan dua objek di kawasan pencarian, kemungkinan serpihan milik penerbangan MH370 yang hilang, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Pemangku menteri pengangkutan itu mengesahkan perkara itu pada sidang media hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini."Hari ini, Perdana Menteri Australia telah menghubungi Perdana Menteri memberitahu mengenai penemuan dua objek di kawasan pencarian.

"Dua objek tersebut berbentuk bulat dan segi empat," kata Hishammuddin.Hishammuddin berkata kemungkinan Kapal Tentera Laut Diraja Australia, HMAS Success yang terlibat dalam misi pencarian dan menyelamat akan tiba di lokasi objek tersebut ditemui hari ini atau esok.

"HMAS Success ketika ini berada di kawasan tersebut dan kemungkinan objek tersebut dapat diambil dalam tempoh beberapa jam atau mungkin seawal pagi esok," katanya.

Dua objek tersebut menurut Hishammuddin dikesan menerusi radar milik HMAS Success yang berada di kawasan pencarian tersebut.

Ketika ini, enam kapal dan tiga helikopter milik Malaysia dikerahkan ke kawasan pencarian bahagian utara di sebelah koridor selatan Perth.

Pihak berkuasa Malaysia meminta Canberra mengambil tanggungjawab mencari di "Koridor Selatan" dalam usaha mencari Boeing 777 yang hilang pada pagi 8 Mac semasa perjalanan ke Beijing, China dengan 239 penumpang itu.

Satelit Australia sebelum ini mendedahkan penemuan dua imej satelit yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air.

Kerajaan Malaysia percaya, pesawat itu secara sengaja ditukar hala tujunya dan terbang beberapa jam selepas keluar daripada laluan asalnya – sama ada ke utara Asia Tengah atau ke selatan di Lautan Hindi.

Lautan Hindi yang ketiga terbesar di dunia mempunyai kedalaman purata lebih daripada 12,000 kaki atau dua batu (3.6 kilometer).

Ia lebih dalam daripada Laut Atlantik di mana masa dua tahun diambil untuk mencari bangkai pesawat Air France di dasar laut yang hilang pada 2009 walaupun serpihan terapung dapat dilihat dengan cepat di lokasi kemalangan.

Setakat ini, operasi mencari oleh tentera laut dan pesawat yang melibatkan lebih 10 negara gagal mencari MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing dan mengalihkan laluan penerbangan dari laluan asal.

Selepas mendapat maklumat tersebut, Hishammuddin memberitahu empat pesawat telah dikerahkan ke barat daya Perth yang berkeluasan 2,500 kilometer. ~tmi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive