Wednesday, 26 March 2014

Terkini!!! Warga China Seru Boikot MAS & Barangan Buatan Malaysia Termasuk Selebriti


Kedutaan Malaysia ke China pagi ini, mengeluarkan notis amaran keselamatan warganegara Malaysia yang berada di Beijing.

Persatuan termasuk Presiden Student Union Malaysia ke China, Kwok Ching Ching, mengesahkan menerima notis amaran tersebut daripada pihak kedutaan Malaysia.

Dimaklumkan, sekumpulan warga China akan mengadakan demonstrasi dengan panji-panji yang memaki hamun MAS dan Malaysia di depan Kedutaan Malaysia di negara itu.



Lebih buruk lagi, selebriti China secara terbuka menyeru rakyat China memboikot khidmat Malaysia Airlines dan barangan buatan Malaysia.

Di arena media maya seperti Twitter, Weibo dan Forum, Dato Lee Chong Wei, Tan Sri Michelle Yeoh, Sheila Amzah dan beberapa lagi selebriti Malaysia yang lain dihina dan diminta keluar dari negara China.

Di dalam forum terbabit juga, forumer cina China dan cina Malaysia bertikam lidah antara satu sama lain. - My Media Hub

1 comment:

  1. abis tu kita nak diam je? kita pun boikot le jgn pegi china..jangan sibuk2 nak pegi borong barangan dorang utk jual kat malaysia...yg selebriti china tu..gam je citer2 dorang utk disiarkan kat sini..kalau dorang boleh buat takkan kita tak boleh balas balik? atau kita takut?...aku pasti jawapannya mesti no 2...takut

    azhar

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive