Tuesday 18 March 2014

Laman FB & Instagram Kapten Zaharie Dipercayai Ditutup Ahli Keluarganya #Pray4MH370



Pada 8 Mac lalu, pesawat MH370 yang dipandu Zaharie bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Sebelum ini, media antarabangsa Daily Mirror melaporkan bahawa isteri Zaharie bersama tiga orang anaknya telah keluar ke luar negara sehari sebelum kejadian pesawat tersebut hilang.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian juga mendapati Facebook dan Instagram Zaharie telah ditutup dan dipercayai dilakukan oleh ahli keluarga untuk mengelakkan sebarang spekulasi yang menjejas imej keluarga.

Manakala, akuan Twitter beliau juga tidak mempunyai sebarang status lama dan kekal kosong. - Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive