Thursday 20 March 2014

Imej Satelit Australia Bukan MH370 - Komander William Mark

Radar pesawat canggih P-8A Poseidon milik Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat turut mengesan objek yang berada di lokasi penemuan satelit Australia.

Bagaimanapun, Komander William Marks, jurucakap Tentera Laut AS 7 Fleet berkata, ia tidak berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.


Wartawan ABC News, David Wright, satu-satunya wartawan mengikut operasi pesawat tersebut melaporkan anak kapal memberitahunya radar pesawat mengesan objek di kawasan perairan Laut Hindi tersebut.

P-8A merupakan pesawat pelbagai misi yang menyediakan pemantauan dan pengintipan di permukaan dan dasar laut.

Terdahulu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata tentera udara negara itu sedang menyiasat tentang kemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang itu ditemui di laut.

Ini berikutan penemuan dua imej satelit dengan saiz 24 meter (79 kaki) yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air.

Kerajaan Malaysia ketika ini masih menunggu pengesahan kerajaan Australia sebelum menghantar aset ke lokasi.

Pihak berkuasa Malaysia Isnin lepas meminta Canberra mengambil tanggungjawab mencari di "Koridor Selatan" dalam usaha mencari Boeing 777 yang hilang pada pagi 8 Mac semasa perjalanan ke Beijing, China dengan 239 penumpang itu.

Kerajaan Malaysia percaya, pesawat itu secara sengaja ditukar hala tujunya dan terbang beberapa jam selepas keluar daripada laluan asalnya – samada ke utara Asia Tengah atau ke selatan di Lautan Hindi.

Lautan Hindi yang ketiga terbesar di dunia mempunyai kedalaman purata lebih daripada 12,000 kaki atau dua batu (3.6km).

Ia lebih dalam daripada Laut Atlantik di mana masa dua tahun diambil untuk mencari bangkai pesawat Air France di dasar laut yang hilang pada 2009 walaupun serpihan terapung dapat dilihat dengan cepat di lokasi kemalangan.

Setakat ini, operasi mencari oleh tentera laut dan pesawat yang melibatkan lebih 10 negara gagal mencari MH370 yang hilang lebih seminggu lalu selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing dan mengalihkan laluan penerbangan dari laluan asal.

Bagaimanapun, pencarian pesawat yang hilang di sekitar Lautan Hindi selatan masih diteruskan. ~tmi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive