Thursday, 13 March 2014

MH370 - Pengurus IT Chicago Temui Imej Pesawat??? #Pray4MH370

Akhbar Mirror melaporkan Seorang pengurus IT dari Chicago, Amerika Syarikat, mungkin sudah dapat mengesan pesawat penerbangan Malaysia MH370 yang hilang melalui internet.

Mike Seberger mungkin menemui lokasi pesawat itu selepas meneliti imej satelit beresolusi tinggi yang diambil dari atas laut di mana pesawat tersebut hilang pada pagi Sabtu.

Imej yang dijumpai Mike menunjukkan objek berupa kapal terbang di bawah gumpalan awan di Teluk Thailand. Seberger, 47 tahun, terjumpa objek itu selepas memasuki laman Tomnod yang memuat naik imej satelit seluas 1,000 batu persegi sehari selepas pesawat itu hilang.

Lebih kurang setengah juta sukarelawan mendaftar untuk misi dalam talian itu pada hari pertama, dan sebanyak 100,000 orang menggunakan laman web itu dalam masa seminit. Laman web ini juga sering tergendala kerana trafik yang sesak.

Setiap pengguna diberikan sepetak kecil daripada kawasan pencarian itu di laman web itu. Pengguna kemudiannya meneliti imej tersebut dengan terperinci – kaedah ini yang dinamakan sebagai ‘crowdsourcing’.

Gambar satelit tersebut diambil dari 400 batu dari atas bumi pada 9 Mac dan berupaya merakam butiran sekecil kawasan penalti di padang bola sepak, kata laporan Mirror.

Jika pengguna dapat melihat sesuatu yang penting, pengguna akan menanda butiran itu untuk pengurus laman web tersebut. The Mirror memetik Seberger berkata ia hanya mengambil masa beberapa minit untuk menjumpai imej itu, yang ukuran dan dimensinya konsisten dengan sebuah Boeing 777.

“Pada mulanya saya selang sahaja objek itu kerana saya terfikir tidak mungkin saya dapat menjumpainya begitu cepat.

“Tetapi saya asyik kembali melihat objek itu dan terfikir, ‘Memang nampak seperti pesawat’” lapor The Malaysian Insider.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive