Sunday 2 March 2014

Pusat Tahfiz Amal Henti Operasi Jualan Amal

ALOR SETAR - Pusat Tahfiz Amal (PTA) dekat Jalan Yan- Kuala Kedah tidak lagi menjalankan aktiviti jualan amal buat sementara waktu selepas diarah menghentikan operasi oleh Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) pada 10 Februari lalu.

Pengetuanya, Muslim Ab Karim berkata, dakwaan orang ramai mengatakan pelajar PTA masih melakukan jualan amal di tempat awam adalah tidak benar.

“Sudah lama kami tidak melakukan aktiviti jualan amal. Mungkin yang melakukan jualan amal di tempat awam adalah pelajar dari institusi pondok lain.

“Kalau betul mereka adalah pelajar PTA, orang ramai boleh beri maklumat kepada sekolah atau terus dengan saya,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa pelajarnya dihantar menjalankan aktiviti jualan amal di sekitar Permatang Pauh, Pulau Pinang, baru-baru ini.

“Memang kita menjalankan aktiviti di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Tetapi kami tidak pernah hantar pelajar ke kawasan itu, apatah lagi sekarang ini kami diarah menghentikan operasi” katanya.  - Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive