Tuesday 18 March 2014

Penganalisis Dedah Punca Sebenar MH370 Hilang Hingga Kini #Pray4MH370


Kehilangan misteri penerbangan MH370 berpunca daripada kawalan udara tidak responsif di Malaysia, lapor akhbar Britian, The Guardian.

Kegagalan bertindak cepat apabila menyedari hubungan terputus dan isyarat transponder hilang jelas menunjukkan reaksi di darat lemah.

"Jika kamu terputus hubungan dengan pesawat dan pastinya hilang isyarat transponder, kamu pasti mengganggap sesuatu yang buruk berlaku.

"Saya tidak lihat pihak berkuasa Malaysia responsif dengan apa yang berlaku di ruang udara," kata Professor David Allerton dari University of Sheffield, yang juga pakar teknologi penerbangan kepada The Guardian.

Allerton berkata, sekiranya situasi sama berlaku di Eropah atau Amerika Utara, orang ramai pastinya kecoh dan mengganggap sesuatu yang buruk dan tidak dijangka berlaku.

"Apabila kamu bertanya bagaimana ini boleh terjadi? Jika menara kawalan udara tidak memantau secara teliti, ia pasti mengambil masa tujuh jam sebelum seseorang sedar ia hilang," katanya.

The Guardian juga menjelaskan pesawat Boeing 777 yang dinaiki 239 penumpang tersebut tidak mempunyai perkhidmatan talian telefon satelit bagi membolehkan penumpang menelefon keluar jika mendapati sesuatu buruk berlaku.

Bagaimanapun, The Guardian tidak menolak panggilan telefon boleh dilakukan penumpang pesawat tetapi ia masih bergantung kemampuan luaran telefon bimbit, permukaan daratan dan rangkaian pembekal talian ketika pesawat sedang terbang.

"Ia tidak mengambil masa lama untuk hilang isyarat telefon.

"Ia bergantung kepada altitud dan arah kamu terbang," kata Dan Warren, pengarah teknologi senior di Persatuan GSM yang dipetik dalam The Guardian.

Mengenai kemungkinan pintu kokpit boleh dipecahkan sekirannya berlaku rampasan, Allerton berkata, mustahil kebarangkalian situasi tersebut berlaku.

"Ia a direka supaya tidak ditembusi, enam pengganas tidak boleh mencabutnya. Ia diperbuat daripada keluli bertetulang, dengan mekanisme penguncian kukuh.

"Andaiannya, ada dua atau tiga orang dalam kokpit pesawat dan semuanya hilang akal," kata Allerton.

Allerton berkata, teori pesawat MH370 hilang, tekanan oksigen dan menyebabkan semua penumpang dan anak kapal pengsan tidak munasabah, kerana pesawat masih menghantar isyarat terakhir dan secara tiba-tiba menukar laluan asal.

"Secara faktanya, pesawat menukar laluan asal, transponder dan alat komunikasi lain ditutup, kebarangkalian ini berlaku jauh sekali," kata The Guardian.

Misi mencari dan menyelamat MH370 masuk hari ke-11 hari ini, bagaimanapun tiada sebarang petunjuk terbaru ditemui.

Usaha mencari dan menyelamat MH370 kini masuk fasa kedua melibatkan koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand manakala koridor selatan, dari Indonesia hingga selatan Lautan Hindi.

MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal hilang daripada radar selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dalam perjalanan ke Beijing. ~tmi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive