Tuesday, 11 March 2014

MH370 - Paspot Curi - Malaysia Tidak Guna Pengkalan Data Interpool - Interpool #Pray4MH370

Penggunaan pasport curi oleh dua penumpang pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia menunjukkan ketidakpekaan negara-negara di dunia ini untuk menggunakan pangkalan data Polis Antarabangsa (Interpol) dalam memeriksa seseorang individu sebelum meninggalkan sesebuah negara.

Memetik laporan Associated Press dari media Kanada, CTV News, Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata meskipun Interpol telah berkali-berkali mengingatkan mengenai kes-kes berkaitan penipuan pasport ini, masih lagi terdapat ramai orang yang mampu menaiki pesawat dan terbang beberapa kali menggunakan pasport dan dokumen pengenalan diri yang dicuri itu.

“Adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa terdapat kaitan antara pasport yang dicuri ini dengan misteri kehilangan pesawat tersebut namun yang jelas disini adalah kebimbangan mengenai individu yang mampu terbang ke mana-mana destinasi menggunakan pasport curi yang telah disenaraikan dalam pangkalan data Interpol,” kata Ronald.

Di sebalik kritikannya itu, agensi yang beribu pejabat di Lyon, Perancis itu memberitahu bahawa mereka kini sedang menyiasat dan memeriksa individu sebenar yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat Boeing 777-200 yang hilang pada Sabtu lalu, sejam selepas ianya berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Kecurian pasport milik seorang warga Austria dan Itali pada tahun 2012 dan tahun lalu di Thailand telah dilaporkan dan datanya telah pun berada dalam pangkalan maklumat namun, tiada pemeriksaan terhadap pasport curi itu dilakukan oleh “mana-mana negara” sebelum penerbangan tersebut.

“Namun begitu, terdapat negara-negara yang secara sistematik menggunakan pangkalan data agensi polis itu untuk memeriksa sama ada pasport yang digunakan oleh mana-mana individu sebelum masuk atau meninggalkan sesebuah negara,”.

Dalam satu temubual bersama Associated Press pada Januari 2010, Noble pernah mengingatkan ketika itu bahawa “ancaman terbesar di dunia” ialah, separuh billion ketibaan individu dari pelbagai penerbangan dunia menggunakan dokumen perjalanan yang tidak sah atau dicuri.

Ada beberapa negara yang telah mula sedar dengan ancaman seperti ini.

“Pada tahun 2006 sahaja, pihak berkuasa Amerika Syarikat telah membuat 2,000 kali saringan individu yang tiba di negara itu menggunakan pangkalan data Interpol dan telah merekodkan 78 juta kali saringan untuk tiga tahun kemudiannya,”.

Bertahun-tahun, Interpol mempersoalkan mengapa negara-negara di dunia ini perlu menanti sesuatu tragedi berlaku untuk mengetatkan soal keselamatan di pintu masuk sempadan negara atau juga lapangan-lapangan terbang.

“Sekarang pula kita berhadapan dengan satu keadaan dimana seluruh negara mengandaikan bahawa pemegang pasport curi itu ialah pengganas walhal dalam hal sebenar, kita memperoslakan pula kenapa hanya beberapa negara sahaja yang begitu mengambil berat terhadap sola keselamatan terutamanya pemegang pasport curi yang seharusnya tidak dibenarkan menaiki mana-mana pesawat untuk terbang ke destinasi mereka,”.

Noble berharap bahawa kerajaan dan mana-mana juga syarikat pengendali penerbangan dapat belajar dari kejadian kehilangan pesawat MH370 ini dan mula meneliti pasport penumpang-penumpang pesawat sebelum dibenarkan terbang ke mana-mana destinasi dunia.- astro awani

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive