Showing posts with label perigigitmur. Show all posts
Showing posts with label perigigitmur. Show all posts

Wednesday, 27 August 2014

Jenis Muka Tak Reti Malu Manusia PKR & DAP Ni, Tetap Mahukan Jijah Jadi MB???

PKR dan DAP tetap hanya akan mencalonkan satu nama sebagai menteri besar Selangor iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail walaupun Sultan Sharafuddin Idris Shah menghendaki Pakatan Rakyat (PR) menghantar lebih daripada dua nama.

Melalui satu kenyataan lewat malam ini, dua parti itu berkata, hanya nama Dr Wan Azizah akan dipersembahkan untuk pertimbangan Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan PR pada tahun lepas.


"Ini sejajar dengan konvensi yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan menteri besar sebelum ini.

"Ia juga memandangkan Dr Wan Azizah sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang ahli Dewan Undangan Negeri Selangor," menurut kenyataan yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

Kenyataan berkenaan turut melampirkan surat dari istana bertarikh 7 Mei, 2013 berkenaan pelantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.
Sambil merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara Sultan Selangor, Pua dan Saifuddin berkata, keputusan berkenaan diambil dengan mengambil kira titah Sultan dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Khalid apabila parti dalam PR mencadangkan beliau pada 2013.

"Pencalonan ini diperkenankan dan diterima pakai oleh Sultan Selangor.
"Oleh yang demikian, PKR dan DAP menjunjung titah Sultan dan akan mempersembahkan pencalonan Dr Wan Azizah untuk dipertimbangkan sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh PR dalam tahun 2013," kata mereka dalam kenyataan itu.

Sultan Selangor hari ini menangguh peletakan jawatan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga pelantikan menteri besar baru dibuat.

Baginda mahu PAS, DAP dan PKR setiap satu mengemukakan lebih daripada dua nama bagi memudahkannya menentukan calon yang layak.

Khalid berkata, beliau menghantar surat peletakan jawatannya kepada Istana Kayangan, Shah Alam hari ini, namun ia ditolak Sultan.

"Ini ialah tatacara yang pernah dilakukan oleh istana bukan saja semasa PR, tetapi juga semasa Barisan Nasional (BN) ingin menamakan mereka yang dicadangkan untuk dilantik menjadi menteri besar," katanya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) petang tadi.

Khalid dipecat keahlian PKR pada 9 Ogos lalu selepas enggan berundur dan memberi laluan kepada Dr Wan Azizah untuk menjadi menteri besar.

Beliau kemudiannya memecat enam anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) daripada PKR dan DAP dan mentadbir Selangor dengan empat exco PAS.

"Sultan Selangor menitahkan agar setiap pemimpin parti PAS, PKR, dan DAP mencadangkan lebih dua nama daripada parti-parti PR sebagai calon menteri besar Selangor bagi memudahkan Sultan Selangor menentukan calon berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak.

"Ini adalah sejajar dengan konvensi yang diamalkan secara berterusan dalam perlantikan menteri besar Selangor sebelum ini," katanya dalam kenyataan yang dibacakan Khalid.
Khalid dalam pertemuannya dengan sultan memohon maaf kepada baginda atas suasana politik masa kini sehingga menyebabkan pihak istana terheret sama.

Katanya, beliau menyerahkan kepada baginda untuk mencari penyelesaian terbaik sekaligus mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemerintah, institusi beraja dan pentadbiran awam. – Sumber

Sunday, 25 May 2014

[VIDEO] UMNO #DSIS @ismailsabri60 Kerajaan BN Abaikan Penternak, Peladang Dan Nelayan @tunfaisal????


Pelbagai lagi bantuan daripada pihak kementerian dalam membantu meningkatkan taraf hidup para petani, penternak dan nelayan dalam negara disamping beberapa program lain yang dilihat mampu memberikan impak positif terhadap golongan sasar itu.

ANTARA KEMUDAHAN UNTUK PETANI
http://m.youtube.com/watch?v=gVWWqa9KQNY



FAMA SEDIAKAN KEMUDAHAN UNTUK PETANI 
http://m.youtube.com/watch?v=LznX7VaySS8


Pihak orang tengah memang bijak menipu mereka. Pada mula nya mereka diberi in modal, wang, dahulukan wang jika perlu, tetapi pada akhirnya nya petani, penternak dan nelayan dipaksa menjual hasil mereka dengan harga ditetapkan oleh hm orang tengah sesuka hati.

LAFAZ IKRAR JIHAD MEMERANGI ORANG TENGAH 
http://m.youtube.com/watch?v=TeHNx3_H_qs


Masalah inilah yang menyebabkan nelayan, petani dan penternak tidak maju dan hidup dalam kemiskinan.

Dengan adanya pelan strategi pemasaran yang baru oleh kementerian dan usaha memperbanyakkan produk untuk pasaran antara bangsa diharap jihad ini akan berjaya.

Semalam pada 24 Mei 2014, Dato Seri Ismail Sabri berada di RTC Gopeng Perak untuk melancarkan kempen Jihad Memerangi Orang Tengah untuk sub sayur sayuran dan buah buahan.
RM60 BERBILION RINGGIT DICURAHKAN KEPADA PETANI PENTERNAK DAN NELAYAN
http://m.youtube.com/watch?v=UIqaXslVlxs



Harap dengan strategy pemasaran yang baru ini akan menjadikan anak anak muda berminat dalam bidang ini sebagai kerjaya mereka yang memberikan mereka pendapatan tinggi.

Saturday, 24 May 2014

Apa Lagi Produk Yang Tercemar Dengn DNA Babi Keluaran Cadbury???


RESPON KKM

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata pihak pengeluar produk berkenaan, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk itu dari pasaran dengan serta-merta.

Katanya, siasatan dilakukan ke atas tiga sampel coklat Cadbury berkenaan bagi tujuan pemantauan selepas timbul dakwaan dalam media sosial adanya DNA babi dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas dalam rangkaian media sosoal, semalam.

"Di dalam media sosial itu telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (babi)(porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.

"Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya," kata kenyataan itu.

Dua sampel yang disahkan mengandungi DNA Khinzir itu babi ialah Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan satu lagi Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

"Tindakan berkenaan diambil mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang antara lain bertujuan melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya,” katanya dalam kenyataan itu.

Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, boleh mengemukakan kepada kementerian melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq

RESPON JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggantung serta merta sijil pengesahan halal dua produk coklat Cadbury yang dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine).
DNA khinzir itu dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, tindakan itu diambil berikutan analisis yang dijalankan KKM dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca pencemaran.
Tambahnya, selepas sijil halal dikeluarkan, pemegang sijil adalah tertakluk kepada pemeriksaan berkala Jakim terhadap syarikat pengeluar produk.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Jakim telah menjalankan pemeriksaan berkala terhadap syarikat pengeluar coklat terbabit pada 20 Februari lepas dan mendapati syarikat tersebut ketika itu mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia. - Bernama

Friday, 21 March 2014

MH370 - Petunjuk Baru!!! Objek Bersaiz Besar Kira2 2,500 Dari Barat Daya Perth, Australia???

Pakar tersebut, David Gallo (gambar) berkata, rumusan itu dibuat selepas sebuah satelit berjaya mengesan beberapa objek bersaiz besar di satu lokasi di Lautan Hindi kira-kira 2,500 dari barat daya Perth, Australia semalam.

Gallo merupakan ketua penyiasat AS yang membantu mencari sebuah pesawat Air France yang hilang selepas terhempas di Lautan Atlantik pada 2009.

Katanya, berdasarkan gambaran yang diberikan oleh para pegawai Australia, terdapat dua objek besar dengan sebuah objek berkenaan berukuran lebih 20 meter panjang dan dikelilingi beberapa objek kecil terapung di Lautan Hindi. Objek tersebut dipercayai serpihan kapal terbang. 

Ujarnya, beberapa pakar marin yang mengkaji angin dan ombak memberitahu bahawa keadaan lautan di lokasi objek itu dikesan adalah tenang sejak beberapa hari lalu.

"Biasanya serpihan akan bertaburan di lautan tetapi sekiranya keadaan laut adalah tenang kemungkinan serpihan ini berada dekat antara satu sama lain," katanya.
Berdasarkan saiz yang digambarkan oleh pegawai Australia, Gallo meramalkan objek itu kemungkinan sayap atau badan pesawat.
"Daripada serpihan yang besar ini kemungkinan pesawat ini mendarat dengan agak perlahan ketika di laut.
"Kapal terbang ini tidak terhempas secara menjunam ke permukaan laut," jelasnya.
Menurutnya, ketika misi mencari pesawat Air France, ekor kapal terbang adalah serpihan pertama ditemui selepas lima hari pesawat itu dilaporkan terhempas. 

Beberapa serpihan lagi dan beberapa mayat penumpang pesawat itu hanya dijumpai hampir dua minggu selepas penemuan pertama tersebut.
Dalam tragedi tersebut, seramai 228 penumpang dan anak kapal pesawat itu maut manakala kotak hitam kapal terbang itu hanya dijumpai selepas dua tahun tragedi berlaku.
"Lautan adalah tempat yang misteri dan sukar untuk kita meramalkan sama ada penumpang pesawat MH370 ini terselamat atau sebaliknya.
"Kita hanya akan mengetahui semua itu selepas pesawat ini djumpai," jelasnya. ~agensi

MH370 - Australia Yakin Serpihan Dapat Disahkan Dalam Waktu Terdekat!!!!

Kerajaan Australia yakin dapat memberi pengesahan berhubung status serpihan yang dikesan satelit sebaik sahaja pihak tenteranya berjaya menjejak objek yang dimaksudkan. - Gambar Reuters.Australia menjangkakan dapat memberi pengesahan segera berhubung sama ada serpihan dilihat adalah daripada pesawat MH370, kata satu laporan.

Bagaimanapun, usaha pertama pesawat peninjau untuk menjejak objek berkenaan gagal disebabkan cuaca buruk.

Pihak berkuasa akan mengetahui kemungkinan serpihan itu daripada pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH370 dalam masa "dua atau tiga hari", Australia Associated Press memetik Menteri Pertahanan David Johnston berkata di Jakarta.

Namun, pesawat Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), Orion P -3C dihantar hari Khamis untuk menyiasat kemungkinan bangkai Boeing 777 gagal mengesan sebarang serpihan, kata Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

Pesawat pemerhati P -3C Orion dihantar ke zon carian Lautan Hindi lebih kurang 2,500 kilometer barat daya Perth selepas Australia mendedahkan kehadiran dua objek di laut yang berkemungkinan ada hubungan dengan pesawat MH370.

"Anak-anak kapal P3 RAAF tidak dapat mengesan serpihan. Awan dan hujan mengehadkan penglihatan," kata AMSA pada status Twitter. "Pesawat akan dihantar untuk meneruskan pencarian #MH370."

Tiga buah pesawat lagi – dari Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat – akan memeriksa kawasan di mana imej satelit yang diambil Ahad menunjukkan dua objek, salah satunya bersaiz 24 meter.

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott memberitahu parlimen imej mewakili "maklumat baru dan boleh dipercayai " tetapi menegaskan sebarang kaitan dengan pesawat MH370 masih perlu disahkan. Malaysia juga berkata maklumat yang diberi adalah boleh “dipercayai” tetapi menegaskan masih terlalu awal diberitahu.

Ia "memerlukan semalaman untuk kami mengesahkan dan menyokong pernyataan itu", kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada pemberita di Kuala Lumpur, sambil menambah usaha mencari dan menyelamat menyeluruh akan berterusan pada masa yang sama.

Pada masa ini, terdapat 18 kapal, 29 pesawat dan enam helikopter dikerahkan dalam pencarian bersama-sama ke dua koridor yang meliputi selatan Lautan Hindi ke Asia Tengah.

Tuesday, 11 March 2014

MH370 - Paspot Curi - Malaysia Tidak Guna Pengkalan Data Interpool - Interpool #Pray4MH370

Penggunaan pasport curi oleh dua penumpang pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia menunjukkan ketidakpekaan negara-negara di dunia ini untuk menggunakan pangkalan data Polis Antarabangsa (Interpol) dalam memeriksa seseorang individu sebelum meninggalkan sesebuah negara.

Memetik laporan Associated Press dari media Kanada, CTV News, Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata meskipun Interpol telah berkali-berkali mengingatkan mengenai kes-kes berkaitan penipuan pasport ini, masih lagi terdapat ramai orang yang mampu menaiki pesawat dan terbang beberapa kali menggunakan pasport dan dokumen pengenalan diri yang dicuri itu.

“Adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa terdapat kaitan antara pasport yang dicuri ini dengan misteri kehilangan pesawat tersebut namun yang jelas disini adalah kebimbangan mengenai individu yang mampu terbang ke mana-mana destinasi menggunakan pasport curi yang telah disenaraikan dalam pangkalan data Interpol,” kata Ronald.

Di sebalik kritikannya itu, agensi yang beribu pejabat di Lyon, Perancis itu memberitahu bahawa mereka kini sedang menyiasat dan memeriksa individu sebenar yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat Boeing 777-200 yang hilang pada Sabtu lalu, sejam selepas ianya berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Kecurian pasport milik seorang warga Austria dan Itali pada tahun 2012 dan tahun lalu di Thailand telah dilaporkan dan datanya telah pun berada dalam pangkalan maklumat namun, tiada pemeriksaan terhadap pasport curi itu dilakukan oleh “mana-mana negara” sebelum penerbangan tersebut.

“Namun begitu, terdapat negara-negara yang secara sistematik menggunakan pangkalan data agensi polis itu untuk memeriksa sama ada pasport yang digunakan oleh mana-mana individu sebelum masuk atau meninggalkan sesebuah negara,”.

Dalam satu temubual bersama Associated Press pada Januari 2010, Noble pernah mengingatkan ketika itu bahawa “ancaman terbesar di dunia” ialah, separuh billion ketibaan individu dari pelbagai penerbangan dunia menggunakan dokumen perjalanan yang tidak sah atau dicuri.

Ada beberapa negara yang telah mula sedar dengan ancaman seperti ini.

“Pada tahun 2006 sahaja, pihak berkuasa Amerika Syarikat telah membuat 2,000 kali saringan individu yang tiba di negara itu menggunakan pangkalan data Interpol dan telah merekodkan 78 juta kali saringan untuk tiga tahun kemudiannya,”.

Bertahun-tahun, Interpol mempersoalkan mengapa negara-negara di dunia ini perlu menanti sesuatu tragedi berlaku untuk mengetatkan soal keselamatan di pintu masuk sempadan negara atau juga lapangan-lapangan terbang.

“Sekarang pula kita berhadapan dengan satu keadaan dimana seluruh negara mengandaikan bahawa pemegang pasport curi itu ialah pengganas walhal dalam hal sebenar, kita memperoslakan pula kenapa hanya beberapa negara sahaja yang begitu mengambil berat terhadap sola keselamatan terutamanya pemegang pasport curi yang seharusnya tidak dibenarkan menaiki mana-mana pesawat untuk terbang ke destinasi mereka,”.

Noble berharap bahawa kerajaan dan mana-mana juga syarikat pengendali penerbangan dapat belajar dari kejadian kehilangan pesawat MH370 ini dan mula meneliti pasport penumpang-penumpang pesawat sebelum dibenarkan terbang ke mana-mana destinasi dunia.- astro awani

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive