Sunday 23 March 2014

MH370 - Kos Pencarian Pesawat Cecah 10 Juta


Kuala Lumpur: Jika benar objek yang dikesan pihak berkuasa China dan Australia di Lautan Hindi adalah pesawat MH370, kos mencari bangkai pesawat dan kotak hitam diyakini boleh mencecah sekurang-kurangnya RM10 juta.

Ini berikutan tiga alat yang boleh digunakan untuk mencari kotak hitam iaitu ‘autonomous underwater vehicle’ (AUV), ‘remotely operated vehicles’ (ROV) dan alat teknologi sonar yang dinamakan pemerum gema berbilang alur (PGBA) boleh mencecah nilai berkenaan.

Malaysia tidak memiliki PGBA manakala AUV dan ROV lazimnya digunakan untuk operasi cari gali minyak.

Selain itu, faktor tempoh operasi yang mungkin berlanjutan boleh menambah kos pencarian kotak hitam.

Pakar Ukur Hidrografi dan Pemetaan Dasar Laut, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Mohd Razali Mahmud (gambar) berkata teknologi terkini diperlukan dalam proses pencarian ini yang kosnya pasti membabitkan berjuta-juta ringgit. -hm

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive