Tuesday 25 March 2014

Tragedi MH370!!! Punca Sebenar Pesawat Terbang Ke Lautan Hindi Tersebar???

Pesawat Malaysia Airlines MH370 mungkin terhempas di selatan Lautan Hindi dalam misi membunuh diri, lapor akhbar Britian Daily Telegraph, memetik sumber yang enggan dikenali sebagai berkata, hari ini.

Akhbar itu menyatakan pasukan penyiasat kehilangan MH370 percaya tiada kerosakan atau kebakaran yang mampu menyebabkan penerbangan luar biasa pesawat itu.

“Sistem komunikasi pesawat yang ditutup juga tidak menyebabkan MH370 berubah haluan dan terbang secara senyap selama tujuh jam ke lautan itu,” kata akhbar harian itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan lauan terakhir MH370 ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, mengikut data satelit terbaharu diperolehi.

Seorang sumber rasmi memberitahu The Telegraph penyiasat percaya “ini adalah tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat yang mempunyai pengetahuan terperinci untuk melakukan apa yang berlaku. Tiada yang mengembangkan butir itu menjadi motif.”

Ditanya mengenai kemungkinan pesawat itu mengalami kerosakan atau kebakaran dalam pesawat, sumber memberitahu The Telegraph:”Ia tidak saling berkait… (Penyiasat) meneliti proses yang diperlukan untuk menerbangkan pesawat itu di mana ia terbang selama lapan jam. Mereka mendapati ia dikendalikan dengan cara yang rasional.”

Walaupun tanpa penemuan bangkai yang dapat disahkan, Najib berkata malam tadi, data terbaharu menunjukkan MH370 mengakhiri penerbangan lapan jamnya pada 8 Mac dalam lautan, di kawasan terpencil perairan Lautan Hindi.

Data itu diberikan oleh syarikat satelit Inmarsat milik Britain dan Biro Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.

“Ia adalah kawasan terpencil, jauh daripada daratan yang membolehkan pendaratan,” kata Najib.

Di hotel di Beijing, ada ahli keluarga yang pengsan kerana terlalu marah dan sedih mendengar berita yang paling menakutkan mereka dan nasib buruk menimpa pesawat itu.

Ada yang menerima pesanan teks daripada Malaysia Airlines.

Mereka kemudian mengecam dan mengkritik Malaysia Airlines dan Putrajaya, melabelkan kedua-duanya sebagai “pembunuh sebenar” penumpang MH370.

Tetapi sebahagiannya masih menaruh harapan, bergantung kepada kegagalan berterusan dalam mencari pesawat itu.

“Tiada bangkai yang disahkan, maka tiada penutup yang sebenar,” kata Sarah Bajc, iaitu pasangan kepada Philip Wood, warga Amerika yang berada dalam pesawat itu.

Laporan Telegraph berkata, pesawat itu masih diselubungi misteri dan salah maklumat.

MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam pada 8 Mac menuju Beijing, hilang daripada skrin radar sejam kemudian.

Pesawat sepatutnya tiba Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Perdana menteri dijangka memberikan sidang akhbar pada jam 12.30 tengah hari ini untuk memberikan maklumat terbaharu berhubung MH370. ~tmi

1 comment:

  1. Perenggan pertama berita ini sudah cukup membuat aku jelek dgn laporan dari akhbar mat saleh ni. Warga malaysia yang beragama islam, adakah anda boleh terima andaian yg mereka buat ini? Sebagai seorang islam, saya tidak percaya sama sekali kapten yang beragama islam dan dikatakan mempunyai sikap keperibadian yang tinggi dan disenangi ramai sanggup "membunuh diri", apatah lagi dengan sekian ramai insan lain yg sudah semestinya diletakkan di bawah pengawasannya berada di dalam pesawat berkenaan. Astaghfirullahalaazim. Tak habis2 media barat cuba memburuk2kan negara Malaysia yang tercinta ini.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive