Thursday, 20 March 2014

Pesawat P-3 Orion Australua Tiba Di Lokasi Disyaki Serpihan??? #PrayForMH370


SYDNEY 20 Mac. - Sebuah pesawat peninjau jarak jauh P-3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia telah tiba dilokasi penemuan dua objek di Lautan Hindi yang disyaki serpihan pesawat milik Malaysia Airlines MH370m, kata Pengurus Besar, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), John Young.

Tambahnya lagi, sebanyak tiga buah pesawat lagi telah dikerahkan ke kawasan tersebut termasuk sebuah pesawat Orion milik Tentera Udara New Zealand dan pesawat Poseidon P8 milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS).

Ekoran itu juga katanya, sebuah lagi pesawat Hercules C-130 milik Australia juga telah diarahkan oleh pihak berkuasa Australia untuk menjatuhkan pelampung penanda di lokasi berkenaan.

"Perkara utama yang mereka perlu lakukan ialah salah sebuah pesawat tersebut perlu meneliti serpihan berkenaan," katanya pakar penerbangan, Bill Waddock.

Pelampung itu akan menjadi penanda tempat penemuan dan menghantar data lokasi tempat berkenaan. - AGENSI

Laporan terdahulu: Imej 24 meter tenggelam timbul di permukaan air, mungkin serpihan pesawat, kata Australia



Dua imej yang ditemui oleh satelit Australia kemungkinan besar adalah serpihan pesawat MH370 yang hilang, namun ia kurang jelas dengan objek yang besarnya berukuran 24 meter, kata Jabatan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini.

Autralia menghantar empat buah kapal terbang dan dua kapal laut ke kawasan pencarian di Lautan Hindi itu untuk mengenalpasti objek yang dikesan oleh satelit itu.


"Ia adalah objek yang saiznya wajar dan kemungkinan ditolak oleh air dengan tenggelam timbul di permukaan laut," kata John Young, Pengurus Besar kepada Divisyen Tindakan Kecemasan, satu unit di bawah AMSA memberitahu sidang media hari ini.

Air di kawasan itu adalah 'dalam beberapa ribu meter' dan penglihatan yang kabur akan menyukarkan pencarian, walaupun cuaca adalah sederhana, kata Young.
Imej satelit itu kabur namun saiznya sesuai sekali dengan serpihan kapal terbang, lapor Reuters.

Menurut kenyataan AMSA, imej itu diambil oleh satelit dan boleh jadi ia tidak berkaitan dengan MH370.

Penilaian terhadap imej ini yang dibuat oleh Geospatial-Intelligence Organisation Australia yang memberikan indikasi ia mungkin serpihan pesawat MH370 kerana ia termasuk dalam kawasan carian yang menjadi fokus kepada pasukan pencari dan penyelamat.

Imej ini diambil dari dalam kawasan pencarian yang ditetapkan dua hari lalu.
Australia mengetuai carian di bahagian selatan koridor selatan, dengan bantuan daripada Tentera Laut Amerika Syarikat.



Kru pasukan Royal Australian Air Force AP-3C Orion dalam rondaan pesawat mengesan permukaan laut barat Semenanjung Malaysia dalam gambar bertarikh 17 Mac ini. Objek yang dijumpai satelit Australia hari ini kemungkinan besar adalah serpihan pesawat MH370 yang hilang, kata Jabatan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini. – Gambar Reuters, 20 Mac, 2014.

Kawasan pencarian semakin kecil berdasarkan data pengesan satelit dan analisis cuaca dan arus, tetapi ia masih meliputi kawasan seluas 600,000 km persegi, kira-kira saiz Sepanyol dan Belanda.

Pencarian Boeing 777-200ER sebelum ini memberi tumpuan kepada dua koridor; satu menuju ke utara melalui darat dari Laos ke arah Laut Caspian, dan kedua ke arah selatan, di seluruh Lautan Hindi dari barat pulau Sumatera Indonesia di barat Australia.

"Andaian sekarang ialah ia pergi ke arah selatan, dan ke hujung koridor selatan itu," kata sumber yang rapat dengan penyiasatan itu kepada Reuters.

Pandangan itu adalah berdasarkan ketiadaan tanda daripada negara di sepanjang koridor utara bahawa pesawat memasuki ruang udara mereka, dan kegagalan untuk mencari kesan bangkai dalam pencarian di bahagian atas koridor selatan. – 20 Mac, 2014. - MI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive