Wednesday 19 March 2014

Tragedi MH370 - Ulasan Haron Din #PrayForMH370




Ini antara Intipati Kuliahnya Selepas Maghrib:

Kembali kepada cara hidup islam..sistem islam..kembali kepada Allah. Insaflah yang kita sedang diuji Allah.


Air di empangan makin kurang..3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru Mh370. Berpuluh2 kapal and aircrafts cari pun tidak jumpa. Allah nak ajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah.

Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan-tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta..masih tidak mampu nak menulis kalimah Allah..apatah lagi ilmuNya.

Dr Harun Din bacakan ayat quran ..jangan makan dan minum yang haram…maka kalau kita langgar ..mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala.

Apa yang berlaku MH370 jadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya…Allah hina negara kita Malaysia dengan peristiwa macam ini.

Majoriti manusia tidak melihat peristiwa yang berlaku dengan mata hati bukan mata kasar. Mata hati kita buta kerana banyak maksiat dan syirik. Allah ingatkan kita..kembali padaNya..pohon maaf..insaf.

Apabila sudah 3 4 hari tidak jumpa baru nak ingat Allah..baru nak solat hajat. Bagi yang terang mata hati..terus baca innalillahi wainna ilaihirojiuun sewaktu awal-awal peristiwa berlaku.

Dr Harun Din kata ikut pengalaman beliau cuma Saudi Airline dan Brunei yang baca doa perjalanan sebelum penerbangan.

Kenapa kita tidak berserah pada Allah dalam setiap permulaan perjalanan? Di Malaysia ni..banyak sangat orang Islam percaya perkara khurafat..bomoh sudah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tiada orang Islam yang menghalang… hingga 1 dunia tengok gejala khurafat dan kesyirikan yang berlaku di negara kita… lihat dengan mata hati…itu penghinaan Allah pada kita. – -beritasemasa.com.my

1 comment:

  1. Anonymous said...
    Oleh kerana perjuangan Wan Azizah yg paling utama di PRK Kajang ialah membela Anwar,jadi sebagai org Islam saya tidak akan mengundi beliau.

    Ini adalah kerana saya sangat yakin Anwar memang melakukan liwat tersebut berdasarkan bukti-bukti mahkamah dan juga kegagalan Anwar dari segi moralnya utk melakukan perkara yg sama seperti apa yg Saiful lakukan.

    Saiful dgn berani membuat lapuran polis,membuat pemereksaan doctor ,menyerahkan DNAnya secara sukarela utk di uji, berdiri di kandang saksi utk di soal balas oleh peguam bela dan paling utama keberanian beliau bersumpah laknat bagi membuktikan beliau benar.

    Semua ini satu pun tidak di lakukan oleh Anwar.

    Saya takut jika saya mengundi Wan Azizah,saya pula yg di laknat Allah kerana membela seorang peliwat satu perbuatan keji yg dilaknat Allah dan Rasull Nya.

    Jadi lebih baiklah saya menjauhkan diri dari menyokong beliau.Lagi pun saya dapati satu ketika dulu Wan Azizah pernah berbohong dalam kes jam Omega dulu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive