Sunday 25 November 2012

#SAVE GAZA !!! BOIKOT ISRAEL !!! PAKAT BOIKOT PRODUK BUATAN ISRAEL TERMASUK McD ???



Kalau tengok di internet sekarang sana sini menunjukkan protes boikot Israel terutamanya perniagaan McDonald Malaysia. Semboyan acapkali berkumandang setiap kali rakyat Palestin di Gaza di dibedil & diperlakukan seperti binatang di sana. Cuma kami akan tertanya-tanya mengapa kempen bokit Israel hanya tertumpu kepada sesetengah produk semata? Bukanlah kami mahu menentang usaha untuk boikot Israel, tetapi dilihat kempen yang dijalankan agak tempang. Kenapa?



Adakah kempen boikot produk Israel, boleh pilih-pilih? Setakat boikot McD, kami umpamakan secebis zarah daripada satu tubuh lengkap manusia. pemasaran & promosi yang dijalankan pun KFC sendiri tidak mampu untuk melawan. Jikalau kita fahami sistem ekonomi yahudi, sistem kapitalis dan ekonomi dunia, sangat mustahil. Bahkan tindakan boikot Israel ini secara halusnya mempromosikan lagi produk tersebut, contohnya menjual t-shirt boikot, pelekat boikot.

Boleh tercapai atau tidak objektif kempen boikot Israel iaitu melibatkan produk buatan Israel)? Bukan mahu memperlekehkan, dan bukannya kami melarang sesiapa untuk boikot produk buatan israel. Itu hak & pendirian masing-masing. Tetapi perlu difikirkan secara mendalam disertakan dengan kajian. Bukan sekadar ikut-ikutan. Apabila diberikan promosi burger percuma, berduyun-duyun datang. Erm……mereka lapar agaknya….






Boikot Israel : McDonald Malaysia VS MacDonald Luar Negara

Yang penting sekarang kita kena titipkan roh keimanan kepada generasi yang ada. Barulah tahu yang mana betul yang mana salah. Sentiasa berdoa pada Allah untuk Palestin dan mereka yang senasib dengannya. Hanya Allah sahaja yang layak memberikan balasan perit kepada kaum Zionis LAKNATULLAH ini, dengan itu kita kenalah istiqomah berdoa dengan sangat yakin pada setiap masa.

Masih terngiang-ngiang di telinga kami kata-kata Ustaz Hassan Din yang pernah mengatakan :

Kalau nak anak automatik berpuasa di bulan Ramadan, kita kena ajarkan solat dahulu, sebab kalau anak tu tadi solat tanpa disuruh-suruh, maka dia akan puasa tanpa disuruh, anak yang ada ramai puasa tapi solat entah ke mana, hanya nak dihebohkan bahawa anaknya puasa cukup, dapatlah duit raya banyak. Hakikatnya, ibubapa sendiri tidak bersolat.

Diibaratkan seperti seekor khinzir, memang jelas sudah haram. Tetapi apabila lemak dan asid dijadikan lipstick, dijadikan dakwat printer, jadi kapsul pemutih kulit, boleh sahaja pakai.
Sekali lagi kami tidak pertahankan McD. Tetapi kami memikirkan yang bekerja itu, pembekal untuk semua cawangan McDonald di Malaysia. Bukankah itu semua memerlukan pekerja yang terdiri daripada kalangan anak-anak kita semua? Jikalau pun nak boikot Israel terutamanya melibatkan produk buatan Israel, mengapa hanya McD sahaja yang menjadi sasaran. Nak mulakan kempen boikot kena konsisten. Jangan ambil sikit-sikit. Bagaimana pula dengan produk Nestle, Milo tak nak boikot sama? - Sumber

2 comments:

  1. Jika mahu seribu daya jika tak mahu seribu dalih, saya tak tahu macam mana keadaan orang lain. Bagi saya, sejak difatwakan boikot oleh Al Qardawi, saya telah boikot hampir keseluruhan barang-barang berkepentingan yahudi. Bagi perkara yang tak perlu seperti makan di McDonald KFC PIzza Hut, saya sekeluarga memang tak pergi pun. Malah sekarang dah ada Radix Fried Chicken (RFC) yang mula tumbuh di Malaysia. Bagi barangan keperluan, saya cari alternatif dari barangan keluaran orang Islam dahulu. Sebenarnya ada banyak juga, cuma banyak orang tak tahu, atau sengaja tak mau kerana dah biasa dengan ada, atau kerana ada kepentingan lain. Pekerja-pekerja KFC ada yang berhenti dan bekerja dengan RFC. Yang penting setiap Muslim kena ada semangat jihad baru boleh dapat kejayaan.

    ReplyDelete
  2. Boikot bukan semberono je..kena faham dulu tujuan & apa yang perlu diboikot, barulah istiqamah.

    Boikot hanya jika syarikat itu sponsor dana Israel. McDonald sponosor sebabtu dimasukkan dalam list. Pizza Hut & KFC tak sponsor, so tak termasuk dalam list.

    Kita bukan boikot syarikat yahudi / xnak berniaga dengan mereka..Hanya nak bagi sign "Tauke, aku tak mau beli dari kau sebab kak menyokong kekejaman. Kalau kau berhenti sokong kekejaman, aku beli dari kau balik"

    http://www.youtube.com/watch?v=OiVjFK4WbM8&playnext=1&list=PL6ihclMuYbElnGGNHESmiK1m0WvND2uj4&feature=results_video

    Siti

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive