Thursday, 15 November 2012

BN BERKEMAMPUAN MENANG DI KELANTAN - KU LI


GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan dan kekal menerajui negara pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Katanya, ini kerana rakyat menerima banyak pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan BN bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi transformasi yang diperkenalkan.

"BN tidak menghadapi masalah untuk mencapai kemenangan pada PRU13 berikutan rakyat berada dalam keadaan selesa selepas banyak pelaksanaan kemajuan yang dicurahkan kerajaan sebelum ini.

"Memang sebelum ini sebilangan kecil mereka yang tidak menerima transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri itu, tetapi sejak kebelakangan ini mereka telah memahami perkara sebenar mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita selepas penyampaian bantuan Titik Sentuhan kepada masyarakat Orang Asli di Pos Hendrop, di sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusof, Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Gua Musang, Azman Ngadiron dan Pegawai Jabatan pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) Daerah Gua Musang, Muhammad Shukri Abdul Aziz.

Ditanya mengenai banyak tanah di kawasan penempatan Orang Asli diambil balik kerajaan negeri untuk pembangunan ladang, Tengku Razaleigh berkata, perkara itu perlu diadakan rundingan bagi menyelesaikannya.

Beliau berkata, JAKOA bersama Orang Asli perlu berbincang secara telus mengenai masalah yang dihadapi kaum berkenaan kerana jika tidak berbuat demikian akan menimbulkan banyak masalah untuk masa depan mereka.

"Kita (pemimpin) tempatan juga boleh campur tangan bagi menyelesaikan perkara itu, tetapi kita mahu melihat sejauh mana perbincangan jabatan terbabit dengan kerajaan negeri.

"Memanglah Kelantan lain daripada Negeri Pahang, Perak dan Selangor yang menyediakan tanah rizab kepada masyarakat Orang Asli, tetapi (di) Kelantan perlu berunding bagi mencari jalan penyelesaiannya," katanya. - Bernama

PT
Pas harap Tengku Razaleigh Hamzah mengatakan pas boleh menang. Tapi rupanya sebaliknya, kesian penyokong2 Pas. Tapi memang yakin pun BN akan menang lebih besar.Ku Li..Pemimpin yang berpandang jauh...melihat banyak perubahan dan transformasi di buat oleh PM kita. Cuma pihak pembangkang saja yang takut hancur lebur, terpaksa menolak fakta yang ada. Begini lah nasib malang pembangkang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive