Hamzah Fansuri pernah bergurindam, kepada orang muda ditinggalkan pesan:
“Wahai muda kenali diri mu
Ia lah perahu tamsil tubuh mu
Tiada lah berapa lama hidup mu
Ke akhirat jua kekal diam mu
Hai muda arif budiman
Hasilkan kemudi dengan pedoman
Alat perahu mu jua kerjakan
Itu lah jalan membetuli insan”
Khairy juga bercakap tentang retorik pakatan haram pembangkang, mengingatkan kita kepada kepincangan dan dongengan mereka.
Kupasan tentang ketidakefesienan kerajaan yang dipimpin oleh pakatan pembangkang itu perlu kita amati dan fahami kerana kita bakal berdepan dengan PRU yang bakal menentukan masa depan bangsa, agama dan negara.
Kerapuhan ikatan sesama parti pembangkang menjadi lebih nyata dengan pertelagahan calon PM untuk mereka.
Satu lagi ialah saranan Pemuda UMNO agar kerajaan mempergiatkan lagi usaha mencari Asnaf dengan bantuan zakat. Dengan cari itu, saudara-saudara Islam tidak didekati oleh anasir-anasir yang boleh memurtadkan mereka.
Satu lagi ialah saranan Pemuda UMNO agar kerajaan mempergiatkan lagi usaha mencari Asnaf dengan bantuan zakat. Dengan cari itu, saudara-saudara Islam tidak didekati oleh anasir-anasir yang boleh memurtadkan mereka.
Malah, sudah banyak propaganda pembangkang yang cuba mengaburi mata rakyat.
Bagaimana pun, orang yang berilmu dan berfikir, tidak mungkin akan percaya dengan propaganda pembangkang itu. Malah, modus operandi mereka memburuk-burukkan sistem pilihanraya dilihat sebagai persediaan untuk memporak-perandakan negara dengan membawa undang-undang ke jalanan.
Propaganda mereka sudah ditanam dan disuburkan sehingga ke hari ini, persis tektik yang dicipta oleh pihak Nazi Hitler.-Sumber
No comments:
Post a Comment