Wednesday 7 November 2012

AES - PEMUDA UMNO CADANG HENTIKAN SEMETARA ???



PARIT - Pergerakan Pemuda Umno mencadangkan pengeluaran saman terhadap pesalah jalan raya yang dikesan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dihentikan sementara sehingga pengguna benar-benar bersedia dengan sistem tersebut.

Exco Pergerakan Pemuda Umno Mohd Hisamuddin Yahaya berkata idea penggunaan AES dilihat baik dan mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, namun pelaksanaannya tidak dirancang dengan baik.

Katanya Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepatutnya menjalankan kempen secara berterusan terlebih dahulu bagi memastikan orang ramai benar-benar faham dengan hasrat murni kerajaan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Bercakap kepada pemberita selepas Program Pemuda Prihatin Turun Padang di Kampung Sepakat Jaya, Titi Gantung dekat sini hari ini, beliau menyarankan pihak
kementerian supaya menggunakan sepenuhnya radio, televisyen serta media cetak untuk menjalankan kempen itu.

Selain itu, katanya pihak berkuasa juga perlu meletakkan tanda amaran terlebih dahulu, contohnya kira-kira satu kilometer dari tempat AES dipasang dan beberapa lagi papan tanda peringatan sebelum sampai ke lokasi berkenaan.

"Jika pengguna masih berdegil dan memandu laju, baru lah disaman. Orang ramai pun tidak akan marah lagi dengan kerajaan.

"Biar ia dijalankan dalam tempoh percubaan. Mungkin perlu ambil masa beberapa bulan. Buat masa ini hentikan dulu pengeluaran saman," katanya.

Mohd Hisamuddin berkata bagi meyakinkan lagi pengguna, JPJ juga diminta supaya mempamerkan statistik kadar kemalangan jalan raya di tempat peralatan AES itu dipasang.

"Jadi pengguna tidak boleh mempertikaikan lagi pemasangan AES di kawasan ia ditempatkan," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive