KOTA BHARU - Beberapa perwakilan Pas di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di sini hari ini menyokong cadangan agar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipilih menjadi Perdana Menteri apabila pembangkang menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.
Mereka berkata ini bagi memastikan sinar Islam subur di negara ini.
Perwakilan Kapar, Mohd Senu Saad berkata cadangan oleh Perwakilan Dewan Ulamak Pas, Hairun Nizam itu adalah tepat pada masanya dan perlu disokong oleh semua umat Islam di negara ini.
Beliau berkata tidak ada calon lain yang lebih layak selain Abdul Hadi.
Perwakilan Serdang, Nik Razak Nik Hashim yang turut menyokong cadangan itu yakin semua rakyat terutama umat Islam di negara ini turut menyokongnya.
Nizam ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada sebelah pagi mencadangkan parti itu tidak perlu berkempen untuk pemimpin lain menjadi perdana menteri selain Abdul Hadi.
Beliau berkata Abdul Hadi merupakan calon terbaik memegang jawatan perdana menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya itu. - Bernama
PT
Hahahaha nak suko weh...sah puak-perwakilan Pas ni memang 'tak kaba' cuba lihat keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat malam tadi dan diumumkan oleh 'Bapa Komunis' untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai PM ke tujuh. Perwakilan Pas pulak dok membengongkan diri mengatakan HJ Hadi layak jadi PM...Anwar nak jadi PM negara mana pulak??? Alahai tak sempat berkuasa dah berebut nak jadi PM... Belum apa2 lagi Allah dah tunjukkan betapa " BERPAKATNYA PAKATAN " puak2 ni...terimalah gambaran awal dari Allah ketika ini sebagai pedoman kita untuk mengundi nanti...sesungguhnya Allah masih sayangkan negara ini dan dipelihara olehNya dari puak2 yang rakus dan gelojoh untuk memerintah....tiada keraguan lagi...dengan petunjuk Allah ini, hanya UMNO/BN yang mampu memerintah negara ini....
No comments:
Post a Comment