Menurutnya, setiap manusia sentiasa melakukan kesalahan dan dengan bertaubat, umat Islam tidak akan terus berada dalam dosa di atas kesilapan yang dilakukan.
Harussani, antara pemimpin agama yang mendapat perhatian dana arena politik tempatan khususnya berkaitan idea kerjasama politik Pas-Umno menambah, "jadi, saya hanya meminta (Naib Presiden PKR) Nurul Izzah bertaubat apabila melakukan kesalahan."
Katanya, orang Islam pasa masa kini hanya berjuang atas kepentingan politik dan saling menabur fitnah sehingga mewujudkan perpecahan dikalangan umat Islam.
"Perjuangan orang Islam terutamanya pemimpin sekarang lebih kepada kepentingan politik sendiri.
"Mereka jauh terpesong, mereka tidak mengikut ajaran Islam dan tidak mengikut sunnah Rasulullah," kata beliau. Sumber
PT
Yang penting tanggungjawab sudah dilaksanakan. mereka nak dengar atau apa pun itu cerita lain. Kita sedar, mereka merasakan diri mereka seolah-olah maksum. Pkr dan Dap yang bersama mereka juga turut maksum. Parti mereka sahaja parti Islam. Kalau lawan mereka dikatakan lawan Islam. Pkr dan Dap juga secara automatik lebih Islam daripada parti lain kerana berada dalam kelompok mereka. Tidak ada seorang pun dalam dunia ini yang boleh menasihati mereka. Mereka sedang seronok kerana merasakan mereka boleh menang. Mereka sedang ditindih dan dibuai oleh perasaan mereka. Apakah mereka bukan golongan yang terpedaya? Apapun kita masing-masing
ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan
dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!
No comments:
Post a Comment